Tayar Kereta Merekah Bila-Bila Masa Boleh Meletup, Pecah

Balik kampung cuti raya cina hari tu kereta Alza aku terpaksa tukar tayar baru sebab tayar kereta merekah teruk dah.

Patut la masa tengah drive nak balik kampung di Pasir Mas aku rasa steering berat semacam je.

Jumpa kawasan RnR aku terus berhenti. Bila aku check tayar depan bahagian pemandu, tengok dia punya merekah memang menakutkan. Nampak macam bila-bila masa je boleh meletup, pecah.

Perjalanan pulang ke kampung cuti raya cina
Terlupa nak ambil gambar tayar. Tengok gambar pemandangan jela.

Masa tu jarak perjalanan balik kampung lebih kurang 200KM lagi. Aku teruskan juga perjalanan dengan menukar gaya pemanduan.

Sebelum tu bawa kereta bukan main laju. Dah tahu tayar rosak, terus jadi pemandu berhemah, bawa perlahan je. Hehe.

Alhamdulillah dalam perjalanan takde berlaku apa-apa perkara yang tak diingini. Sampai kampung terus tanya pasal tayar kereta dengan ‘mekanik’ yang ada kat rumah.

Katanya tayar kereta aku tu memang tunggu masa je nak pecah. Tapi masih boleh pakai lagi, cuma kena siap sedia jela kalau dia meletup tengah jalan.

Daripada tunggu tayar meletup baik aku tukar tayar baru terus.

Usahawan telco bisnes simkad prepaid ONEXOX
Usahawan telco ONEXOX sedang berurusan dengan pelanggan.

Dengan keadaan tayar kereta yang merekah dan hampir pecah sempat lagi aku jumpa dengan bro Eizil di KB Mall untuk hantar simkad prepaid ONEXOX yang dia order.

Lepas tu terus memecut perlahan-lahan pergi bengkel kereta untuk tukar tayar baru.

Bila dah sampai bengkel, diorang buka tayar yang rosak dan tolong check juga tayar-tayar yang lain.

Seperti yang aku jangkakan, lepas diorang check tu tengok tayar depan yang satu lagi pun rosak juga. Tengok dari luar nampak ok, tapi rupanya dah merekah juga di bahagian dalam.

2 biji tayar kena tukar baru.

Mungkin sebab perjalanan jauh dari KL ke Pasir Mas. Jalan raya pun tengah panas.

Tukar tayar pecah kereta Alza

Tayar baru kereta Perodua Alza

Keadaan tayar kereta Alza yang merekah
Lebih kurang macam ni lah tayar kereta Alza aku merekah.

Nasib baik tayar depan je kena tukar baru. 2 lagi tayar bahagian belakang masih dalam keadaan baik. Bajet pun cukup-cukup untuk bayar harga 2 biji tayar.

Sambil-sambil tunggu pekerja bengkel tu tukarkan tayar baru kereta Alza aku, aku lepak dalam bengkel berborak dengan tauke.

Dia bagitau tayar standard kereta Alza ni memang cepat rosak. Sebelum aku sampai bengkel ada 2-3 buah kereta tukar 4 biji tayar terus. Padahal kereta baru lagi.

Aku dengar je. Bukan reti sangat bab-bab kereta ni. Haha.

Bengkel tayar kereta Syarikat Tayar Maju, Pasir Mas

Lebih kurang 10 minit je pekerja bengkel tu siapkan kereta aku. Lepas dah tukar tayar baru rasa sedap sikit bawa kereta. Kalau tak rasa berat semacam je bila pulas steering nak belok kiri, belok kanan.

Dah tukar tayar baru ni nak kena sentiasa jaga angin tayar dan cara pemanduan untuk bagi tayar tak cepat rosak. 2 biji tayar lagi itu pun nak kena tukar juga bila dah sampai masanya nanti.

Siap sedia duit jela.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

27 Comments

  1. kereta alza sama juga kereta wife baru 3 tahun beli bunga ok lagi tapi br perasan tayar depan kanan merekah teruk.. patut rasa berat masa menandu.. dok ingat angin tak da… taya blkg kana pun merekah tapi sikit dlm sejengkal… kena tukaq.. brapa tukaq taya tu kos brapa?

    • Harga tayar sebiji kalau tak silap lebih kurang RM150 – RM200. Yang lagi murah pun ada rasanya. Bergantung pada jenama tayar tu. Kalau nak yang kualiti lagi bagus, harga mahal sikit lah.

      Boleh cuba survey harga kat kedai2 tayar.

      • baru tukaq , sebijik rm160.00 good year…
        dah tukaq baru terpikir kereta in wrty lagi kalau g perdoua servce boleh claim ka wrty ?? ada org pernah try?

  2. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada > 40 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan secara jelas apa yang anda dapat. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

  3. Memang sangat bahaya kalau tayar kereta merekah ni kan,kawan saya dari kelantan nak balik ke KL pun pernah mengalami masalah yang sama…perlu periksa dulu keadaan tayar sebelum perjalanan jauh kan?

  4. Pernah juga da pengalaman mcm tu.., otw ke pd., mmg dh pch tapi tayar tu tak merekah cuma expired.. tetap boleh pecah bila dh expired.. kna cpt tukar..

  5. ..bermanfaat atas info tadi dan menambah pengalaman.
    sekadar untuk belajar tentang kereta dan ketika ini
    belum ada kereta sendiri lagi

    takut juga bila dalam perjalanan jauh lebih2 lagi pada waktu malam

  6. Tayar merekah boleh membahayakan pemanduan dan keselamatan. Keadaan tayar walau kelihatan masih elok, tapi tempoh hayat selamat tayar dah tamat juga tidak sesuai untuk digunakan. Semoga semuanya dalam keadaan baik.

  7. Mujur la tak meletup tengah jalan..dah la tengah2 panas tu kan..lain kali sebelum memulakan perjalanan kena check dulu la..eceh.nasihat macam pandai je..padahal saya ni naik kereta je reti..ahahahah

Leave a Reply to titanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *