Sulam T-Shirt di Rumah

Semalam adik ipar aku tolong sulam t-shirt yang aku beli di Tesco. Kerja-kerja sulam dibuat menggunakan mesin jahit sulam berkomputer yang bersaiz kecil. Design untuk benda yang nak disulam atas t-shirt atau baju dibuat menggunakan software khas yang dah dipasang dalam komputer.

Bila dah siap design, mesin jahit sulam akan ikut apa yang dah disetkan dalam software. Aku minta sulam tulisan domain “anarm.net” di bahagian belakang baju.

Sulam T-Shirt di Rumah

Rasa tertarik pula dengan mesin jahit sulam yang diguna. Dah la saiz kecil. Tengok adik ipar aku guna semalam nampak macam senang je dia buat. Kalaulah ada sebuah mesin sulam macam ni kat rumah, boleh buat bisnes sulam t-shirt. Tapi harga sebuah mesin ni cecah ribuan ringgit juga kalau nak beli.

Tengok kerja menyulam baju ni teringat syarikat percetakan tempat aku bekerja dulu. Ada buat servis sulam t-shirt juga. Tapi guna mesin sulam besar. Tak tahu berapa puluh atau ratus ribu harga mesin tu. Sekali jalan boleh sulam sampai berpuluh helai baju.

Sulaman T-Shirt DIY

Mesin sulam baju T-shirt bersaiz mini

Agak kemas dan rapi hasil sulaman “anarm.net” di bahagian belakang baju walaupun cuma guna mesin sulam bersaiz mini. Tempoh masa diambil untuk kerja-kerja sulam pun tak lama. Sekejap je boleh siap. Tapi lama atau sekejap tu bergantung pada design juga. Kalau design tu banyak, proses sulam akan ambil masa lama sikit untuk disiapkan.

Wife aku pun ada buat sulam juga tulis nama blog dia kat baju.

Sulam T-shirt nama blog anarm.net

Baju bertulis “anarm.net” dah siap sulam. Lepas ni boleh pakai bila pergi ke mana-mana acara dan aktiviti. Pergi event blogger ke, lepak dengan member ke, atau sebagainya.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

35 Comments

  1. Bagusnya ni T-Shirt di sulam seperti itu, hasilnya sepertinya lebih bagus dari pada menggunakan sablon ..
    Entri terbaru di blog Rina : Basic Tutorial : PHP If Else Statement With Multiple ConditionsMy Profile

  2. Hurmmm…. lepas nie gua nak hantar baju t shirt untuk sulam yea…. branding tu
    Entri terbaru di blog hazman aka species1980 : HAZMAN vs FOOD – Roti Naan Cheese Restoran Selera MY (RSMY)My Profile

  3. Cantik.. boleh beli satu ni untuk buat nama di baju anak-anak. Cute dan penuh kesenian.
    Entri terbaru di blog Kamil Salleh : Template Baru Untuk Tahun Baru 2014My Profile

  4. mesin singer ni kalau tak silap
    Entri terbaru di blog Mus : Kadar Tambang Baru Pengangkutan Awam Di Sabah Dan LabuanMy Profile

  5. memang nampak menarik tu..
    tu boleh buat bisnes tu..
    tak payah nak sulam sendiri
    Entri terbaru di blog zool : Kembali SemulaMy Profile

  6. mesin sulam ni walaupun mini mencecah harga ribu juga .. dah beli satu, boleh guna bertahun-tahun .. kira satu pelaburan jangka masa panjang jugalah..

  7. Canggih. Rakan sekerja ada mengusahakan sulam kepada t-shirt dan lain-lain.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Petik buah Strawberry di Genting Strawberry Leisure FarmsMy Profile

  8. Menarik! Tp , harga mesin tu mahal sgt plak.
    Entri terbaru di blog MK Kimi : Imtiyaz Yang RiangMy Profile

  9. berapa bro harga mesin sulam tu
    Entri terbaru di blog blogger lelaki : Akibat Lama Tak Update BlogMy Profile

  10. Wah.. best! macam nak beli 1
    Entri terbaru di blog Cikgu Hailmi : PBSMR Sebenarnya Tak Wujud?My Profile

  11. Fulamak..boleh buat part time bisnes ni..
    Entri terbaru di blog cikgu naman : Gadis Jolobu Waris feat. Dato HattanMy Profile

  12. Sobri Mansor says:

    Wah!!!!!! cantek jugak ni. Camne nak tempah nih

  13. ni kalu ada 1 best ni…

    x yah la jahit name tag anak..sulam jer kat baju terus…
    Entri terbaru di blog Sumijelly : Pendaftaran Pasti untuk ZulfadhliMy Profile

  14. smart bro! nak buat gak hehe :D

  15. Cantik warna baju T tu.
    Entri terbaru di blog kakmahh : Africa Ride 2013 – DurbanMy Profile

  16. Nak sulam nama aku jugak… huhuu
    Entri terbaru di blog Shakiddo : Suasana di KembojaMy Profile

  17. teringin pula nak ada nama blog sendiri kat blog.
    Entri terbaru di blog Bahrain : Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  18. Nak! buat satu untuk SunshineKelly.com hehehe
    Entri terbaru di blog Sunshine Kelly : Penjara Sejahtera: Healthy Prison & Prisoners TransformationsMy Profile

  19. Lepas ni boleh buat side income buat sulaman pulak. hehe
    Entri terbaru di blog Fadhil : Beli Pasir Untuk Kucing Yang MurahMy Profile

  20. wahh..dah ada baju nama blog sendiri plakk..
    Entri terbaru di blog titan : STOP COMPLAINING, STOP Caci Maki dan Kaki.My Profile

  21. Menarik
    Baju warna pink siot
    Entri terbaru di blog Faizalpj : Borang Permohonan Online BR1M 2014 | BR1M 3.0My Profile

  22. best kalau ada mesin sulam baju nih….
    rasa 1 buah mesin jahit nih dlm rm4-5 ribu kalau tak silap…
    adik ipar Anarm beli mesin jahit tuh, berapa harga?

  23. Kalau aku ada mesin ni..tiap2 baju aku sulam..haha
    Entri terbaru di blog Hafiz Rahim : Melukis Dengan CahayaMy Profile

  24. Cantik sulaman tulisan Anarm.net ni… Bila bro nak bagi give away dekat pembaca blog setia sepeti saya?.. hehehe ;)
    Entri terbaru di blog Anuar : Pulangan Pelaburan Sehingga 854% dalam tempoh 3 tahun (2011-2013)My Profile