Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau Yeo’s telah melancarkan kempen amal Ramadhan, “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s” dengan 3 program komuniti yang berlainan iaitu Titian Kasih Seikhlas Ramadhan, Titian Selami Iman Ramadhan dan Titian Serasa Ramadhan.

3 program komuniti ni akan berlangsung sepanjang Jun dan Julai sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Sinari Kemuliaan Ramadhan bersama Yeo's

Majlis pelancaran kempen amal bersiri yang berlangsung di Kelantan Delights, Subang Jaya baru-baru ni telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis turut dihadiri Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Ustaz Mohd Hata bin Ahmad, Pegawai Hal-Ehwal Islam (Imam 1), Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Zaifulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Negeri Islamic Relief Malaysia (IRM) dan 22 orang wakil daripada masjid-masjid sekitar Lembah Klang.

Pelancaran kempen Ramadhan Yeo's Malaysia

Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Korporat, Sinari Kemuliaan Ramadhan bersama Yeo's

Titian Kasih Seikhlas Ramadhan

Program komuniti pertama iaitu “Titian Kasih Seikhlas Ramadhan” merupakan usaha bersepadu Yeo’s dan IRM bagi meningkatkan kesedaran serta meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan golongan terpinggir.

Program komuniti ini menyediakan bantuan berupa bekalan makanan untuk menampung juadah sahur dan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini.

Yeo’s akan menyumbang sebanyak 400 kotak bekalan makanan dan minuman berjumlah RM40,000 kepada 400 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar sebelum bermulanya Ramadhan.

Pelancaran program amal Ramadhan Yeo's

Setiap kotak makanan mengandungi 20 keperluan asas seperti garam, gula, gandum, biskut beraneka, minyak masak, beras serta produk Yeo’s seperti Mi Goreng Cintan, Cintan Kari Ayam, Cintan Asli, Yeo’s Kicap Pekat, Yeo’s Kari Ayam, Yeo’s Sardin dan Susu Soya Yeo’s.

Titian Selami Iman Ramadhan

Yeo’s berbangga kerana telah berikat rapat dan menjadi sebahagian kehidupan seharian rakyat Malaysia terutamanya dengan masyarakat Muslim yang telah menjangkau lebih daripada 50 tahun.

Yeo’s akan menyumbangkan sebanyak 500,000 kotak susu soya Yeo’s dan Laici Yeo’s kepada 150 buah masjid di seluruh Malaysia.

Sumbangan ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat Islam untuk menunai dan menjalani ibadah Ramadhan di bulan puasa.

Imam Masjid Besi Putrajaya di Program Ramadhan Yeo's

Titian Serasa Ramadhan

Titian Serasa Ramadhan bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita serta menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisiplinkan diri.

Blogger di majlis pelancaran program amal Ramadhan Yeo's
Blogger yang hadir di majlis pelancaran program amal Ramadhan Yeo’s – Anarm, Eizil, Hazman Fadzil, Sohoque, Melastik Bintang, Shakiddo, Boni Kacak, Ben Ashaari

Kem Ramadhan Yeo’s

Yeo’s juga menganjurkan Kem Ramadhan Yeo’s yang bakal diadakan pada 12 Julai nanti. Program terbuka kepada 500 peserta orang awam berumur 15 tahun dan ke atas.

Selebriti Fayse Goh, KeQing, Ben Ashaari dan Heliza Helmi akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam Kem Ramadhan Yeo’s nanti.

Duta program Yeo's - Blogger Ben Ashaari, penyanyi KeQing dan Fayse Goh
Duta program Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s – Ben Ashaari (Blogger fitness), KeQing (penyanyi dan pelakon) dan Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004)

Program yang disediakan bukan saja memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti lain seperti membersihkan dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti.

Selain tu ada juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik berupa gajet berjumlah RM10,000 untuk dimenangi.

Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di nombor 1300-80-2828 atau 03-77873553 untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini.

Follow Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial:

Hashtag: #yeosramadhan (untuk ikuti perkembangan terkini)

12 Comments

  1. Haha…bagus tul Yeos .. terbaik sbb guna Titian …. mendalam tu …

    Lepas ni harap lebih banyak syarikat beso yang buat acara gini, barulah Ramadan dirasai.

  2. bile bualan puase… teringat air soya + cincau..
    perh.. layan bile minum mase buka puase

Leave a Reply to Manan QayyimCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *