Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2015

Pembentangan Bajet 2015 yang dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak petang nanti pastinya ditunggu-tunggu oleh kita semua. Bajet 2015 akan dibentangkan di Parlimen pada hari ini, 10 Oktober 2014, hari Jumaat bermula jam 4:00 petang.

Pembentangan Bajet 2015 dibuat setelah beberapa bulan tempoh penyediaan dan pengumpulan maklumbalas daripada rakyat Malaysia. Pastinya banyak isu bermain dalam fikiran rakyat Malaysia sekarang.

Pembentangan #Bajet2015

Bajet 2015 akan menjadi bajet “pro-rakyat”. Isu-isu seperti peningkatan kos sara hidup, hartanah-perumahan, kehidupan bandar, peluang pekerjaan, pendidikan dan pelbagai lagi adalah antara intipati Pembentangan Bajet 2015.

Apa agaknya yang bakal ditawarkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2015 petang ni? Kita tunggu dan lihat je apa yang Perdana Menteri kita nak bentangkan.

Kerajaan telah menyediakan beberapa platform bagi memastikan Pembentangan Bajet 2015 dapat diikuti oleh segenap lapisan rakyat Malaysia tak kira di mana berada. Rakyat Malaysia dapat ikuti pembentangan Bajet 2015 ini melalui saluran berikut.

Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2015

Perkembangan Terkini Bajet 2015

Sorotan Pembentangan Bajet 2014

Maklumat terkini Bajet 2015

Orang ramai boleh dapatkan Teks Ucapan Bajet 2015 dan Laporan Ekonomi 2014/2015 di Laman Rasmi Bajet 2015 sejurus selepas Dato’ Sri Najib Razak habis membentangkan ucapan Bajet 2015. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia:

DOWNLOAD TEKS UCAPAN BAJET 2015

11 Comments

Leave a Reply to EffaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *