Cara Setting Domain .MY Untuk Blogspot Menggunakan Cloudflare

Ada beberapa orang rakan baru dapat domain .my percuma daripada MYNIC tanya aku macam mana nak setting untuk guna domain tu di blogspot.

Aku pun tak tahu sangat sebenarnya nak setting domain .my untuk blogspot. Kalau ada webhosting tu aku tahu lah macam mana nak buat.

Blogger pakar SEO beritahu boleh guna Cloudflare untuk setting domain .my tu. Aku rasa mesti ramai yang tak tahu cara setting domain .my untuk guna di blogspot, kan?

Setelah beberapa kali cubaan akhirnya aku dah dapat caranya. Jadi, dalam entri ni aku nak kongsikan Cara Setting Domain .my Untuk Blogspot Menggunakan Cloudflare.

Cara setting domain .MY untuk blogspot menggunakan Cloudflare

Setting Custom Domain di Blogspot

Langkah pertama kena buat adalah login ke akaun Blogger.com dan pergi ke bahagian ‘Settings > Basic‘ di blogspot yang anda nak gunakan domain .my tu.

Di bahagian ‘Blog Address’, klik ‘+ Setup a 3rd party URL for your blog‘ dan masukkan domain .my milik anda di ruangan yang disediakan, kemudian tekan butang ‘Save’.

Blogspot akan paparkan maklumat yang diperlukan untuk setting DNS domain tersebut. Copy paste ke aplikasi Notepad dulu. Setting tu diperlukan untuk pointing domain blogspot ke Cloudflare nanti.

Setting domain .my di blogspot

DNS Setting di Cloudflare

Langkah seterusnya, login ke akaun Cloudflare.com dan masukkan domain .my yang nak digunakan di blogspot. Kemudian pilih menu ‘DNS Setting’ untuk masukkan setting bagi domain tersebut.

Cloudflare DNS setting untuk domain .my

Tambah A Record milik Blogger.com dengan cara seperti dalam gambar. A Record milik Blogger ialah:
216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Cloudflare Blogspot DNS Setting

Kemudian tambah CNAME record pulak berdasarkan maklumat daripada Blogger.com yang dah copy paste ke notepad tadi.

Hasil akhir setting DNS di Cloudflare akan jadi seperti ini.

Setting DNS di Cloudflare untuk domain .my di blogspot

Klik butang ‘I’m done entering my DNS records‘ dan teruskan dengan setup sehingga Cloudflare paparkan nameserver yang perlu ditukar di setting domain .my dalam akaun MYNIC.

Copy paste nameserver tersebut ke notepad.

Cloudflare Nameserver

Setting di Cloudflare dah selesai. Masih ada satu lagi yang perlu dibuat iaitu masukkan Nameserver Cloudflare ke sistem domain MYNIC.

Setting Name Server MYNIC

Login ke akaun MYNIC (domainregistry). Nak login ke akaun MYNIC ni agak susah sikit sebab dia perlukan Username, Password dan Contact Code (CKEY). Kena tengok balik email daripada MYNIC.

Bahagian ni agak teknikal sikit.

Lepas dah login, pergi ke menu Domain Name > Modify Domain.

Modify Domain MYNIC

Kemudian search nama domain milik anda yang nak ditukar setting name server. Isikan nama domain di ruangan [Domain Name] dan tick pada pilihan Individual dan .my. Tekan butang Search.

Search Results akan paparkan domain anda. Hanya perlu tick pada bahagian “Select” dan tekan butang “Modify”.

Modify DNS domain MYNIC

Kemudian tick pada kotak Modify Name Servers dan tunggu sehingga keluar pilihan untuk tukar nameserver.

Kalau tak nampak menu Modify Name Servers, anda perlu setting ‘Appoint a New Technical Contact‘ terlebih dahulu. Pilih ‘Existing Contact’, masukkan code CKEY yang diguna semasa login, kemudian scroll ke bawah dan tekan butang ‘Modify’.

Modify nameserver MYNIC

Tick pada ‘Add / Remove / Change Name Server‘, anda akan nampak kotak untuk isikan nameserver baru.

Klik pada simbol ‘kanta’ tu. Kemudian satu popup window akan terbuka.

Modify nameserver MYNIC

Isikan nameserver Cloudflare yang dah copy paste ke notepad tadi di bahagian [Name Server Hostname] dan tekan butang ‘Search’.

Di bahagian Search Results, tick pada nameserver yang ada dan tekan butang ‘Select’.

Kalau dah search, tapi search result takde name server Cloudflare tu, tekan simbol ‘+’ berwarna hijau dan isikan hostname Cloudflare dan IPv4 Address.

MYNIC nameserver hostname

Ulang langkah yang sama untuk masukkan name server Cloudflare yang kedua. Bila dah selesai, tekan butang ‘Modify’ untuk simpan setting yang telah dibuat.

Setting domain .MY untuk Blogspot menggunakan Cloudflare dah pun siap. Kena tunggu sekejap dalam beberapa minit (paling lama 24 jam) supaya domain yang kita setting tadi dikemaskini dan berfungsi dengan baik.

Setting Domain .my di Blogspot

Langkah terakhir yang perlu dibuat adalah login semula ke akaun Blogger.com dan ulang seperti langkah ‘Setting Custom Domain di Blogspot’ di awal-awal tadi, yang klik ‘+ Setup a 3rd party URL for your blog‘ tu.

Jika semua setting dah betul, domain .MY akan dapat digunakan di blogspot anda.

Jangan lupa setkan www redirect pada setting domain tu supaya pelawat dapat masuk ke blog anda tanpa sebarang masalah.

Itu sahaja langkah-langkah yang perlu dibuat. Jika ada sebarang kemusykilan atau apa-apa soalan berkenaan panduan setting domain .MY ni boleh tanya di ruangan komen.

53 Comments

  1. KALAU KELUAR MACAM NI NAK BUAT MACAM MANA YA?

    An MX record was not found for your root domain. An MX record is required for mail to reach @company.my addresses.

    • ‘MX record was not found’ maksudnya MX record tak wujud dalam setting DNS (Domain Name System).

      Kalau domain .MY (mynic) rasanya takde setting untuk MX record. Boleh pointkan nameserver ke Cloudflare dulu. Nanti DNS settings boleh buat/edit guna Cloudflare je. Cloudflare boleh masukkan MX record untuk email.

  2. salam bro. nak tanya nape lepas cloudflare dah hijau saya masih tak dapat save domain saya di blogspot ? dia naik We have not been able to verify your authority to this domain. Error 32. Mohon tunjuk ajar bro.sy dah ubah semua setting ikut cara bro.tp x jadi jugak.

  3. dlu saya pernah juga pakai .my pada blogspot. tapi macam tu lah, kena ada DNS manager untuk set. sbb provider yg domain .my tu tak bagi sy DNS manager. tpaksa gunakan Hostinger.my untuk pointing….

    • Ya.. Ini untuk blogspot je. Kalau WordPress.com cuma ada 2 pilihan untuk guna domain sendiri..

      1) Upgrade ke WordPress.com Premium (USD $99 / year)
      2) Beli domain dan webhosting sendiri

      Disarankan option nombor 2.. Beli domain dan webhosting sendiri..

  4. salam..sy sangkut kat Appoint a New Technical Contact…bila letak code…xkuar pn Add / Remove / Change Name Server..please help

    • Appoint A New Technical Contact > Masukkan code CKEY > Scroll ke bawah > Tekan butang Modify.. Lepas tu baru keluar option untuk tukar Name Server..

      Kat bahagian tu nanti akan ada pilihan “Add / Remove / Change Name Server”..

  5. Salam. kenapa masa langkah nak masukan name server Cloudflare yang pertama tiada dalam carian. Name server kedua ada pula. Boleh bantu?

    Teirma kasih.

  6. saya ada masalah sikit lah,lepas sy setting semua dah ok. sampai step akhit tu, error “We have not been able to verify your authority to this domain. Error 12.” masih ada, macam mana ye.

  7. kenapa saya tak ada tanda “right” dekat bahagian technical tu ye dan menu “modify name server” pun tak ada. aaaaa

    • Itu maknanya belum setting technical contact.. Setting “Appoint a New Technical Contact” dulu lepas tu baru akan keluar menu “Modify Name Server” kat bahagian tu..

  8. Selain dari Cloudflare, boleh juga gunakan NameCheap Free DNS, cara lebih kurang sama dengan yang ditunjukkan di atas :)

    • Lepas klik menu Modify Domain, search domain .my yang nak tukar name server.. Lepas tu baru akan nampak page yang ada Modify Name Servers & menu “Appoint a New Technical Contact” tu..

  9. tq bro. puas aku google untuk link .my k blogspot semua tunjuk setting kat hosting sendiri. nasib baik ada cloudflare ni.

    member aku ada ajar jugak pakai DNSSocial tapi tak jadi plak

    • Guna DNSSocial pun boleh, sama je macam guna Cloudflare.. yang penting name server domain kita di MYNIC tu kena point ke server DNSSocial / Cloudflare, tempat kita setting CNAME dan A Record untuk custom domain blogspot tu..

      MYNIC –> Cloudflare / DNSSocial –> Blogger.com

  10. akhirnya jumpa jugak tutorial ni.. klo tidak mmg rugi je lah dapat domain. my yg free tu.. dah lah pelik bebenor system panel dlm mynic tu.. trimas bro sudi buat post ni.. hehe ????????

    • Sistem MYNIC memang pelik dan memeningkan kepala. Kalau ada hosting sendiri, boleh skip bahagian Cloudflare tu. Lagi senang setting guna cPanel je.

      • alamak bro gua sangkut kat Appoint a New Technical Contact lah.. aduh pening betul ni nak masuk code apa kat situ ..? huhu

      • yg kat mynic dah settle tapi
        aku nak setting kat blogspot dia keluar
        “We have not been able to verify your authority to this domain. Error 14.”

        mcm mana ek ..?

        • Tunggu lama sikit sebelum setting domain tu kat blogspot.. Kalau semua setting kat Cloudflare dan MYNIC dah ok, sepatutnya takkan keluar error tu..

    • Tu laa.. .com senang nak buat.. Sistem MYNIC je lain macam sikit.. Tak best langsung.. Tapi aku dah faham dah macam mana nak buat.. Cuma kadang2 bila login masuk MYNIC rasa nak termuntah tengok sistem dia.. Pening jugak.. Haha..

Leave a Reply to mulianiCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *