Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Event Blogger #JumpaDenaihati

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Aku dah beberapa orang rakan daripada Team Denaihati sekarang ni berada di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya membuat persiapan untuk Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati dan juga Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network yang akan diadakan di sini pada 14 dan 15hb April.

Alhamdulillah, Seminar WordPress yang pertama anjuran Akademi Denaihati berjaya capai target 30 orang peserta, malah dapat lebih daripada apa yang dijangka. Ramai yang berminat untuk turut serta dalam Seminar WordPress ni tapi ada yang tak dapat join sebab waktu tak sesuai. Walau apa pun pihak Akademi Denaihati mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi. InsyaAllah, Seminar WordPress akan diadakan lagi di masa akan datang. Harap-harap lebih ramai dapat turut serta.

Pihak Denaihati turut mengadakan Majlis Sepetang Bersama Blogger (#JumpaDenaihati) yang akan mengumpulkan ramai blogger hebat. Sesiapa yang hadir ke majlis #JumpaDenaihati ni dapatlah bersua muka dengan founder Denaihati.com (Best of The Best Blog of The Year) yang kini telah terdedah identiti rahsianya. Sambil-sambil tu boleh bersuai kenal sesama blogger baru dan blogger lama, juga meraikan para pemenang Contest Gadget Impian serta pelancaran theme baru blog Denaihati.com dan blog-blog lain yang diuruskan oleh Team Denaihati.

Rasa terkejut juga bila Majlis Sepetang Bersama Blogger ni dapat banyak tajaan daripada syarikat dan individu. Alhamdulillah. Hadiah cabutan bertuah pun aku tengok macam lebih menarik daripada hadiah Gadget Impian. Rugi betul siapa yang tak datang ke Majlis #JumpaDenaihati ni. Hehe..

Terima kasih kepada semua penaja Majlis Sepetang Bersama Blogger. Diharap majlis ni akan berjaya dan berjalan dengan lancar. Mesti ramai tak sabar nak #JumpaDenaihati kan? Bukan senang nak jumpa blogger hebat.


19 Comments

Trackbacks