Semak Status Daftar Pemilih Persiapan Mengundi PRU13

Setelah parlimen dibubarkan, sekarang ni hanya menanti masa untuk mengundi je. Tarikh mengundi tak tahu lagi bila. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 April (Rabu) untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Aku salah seorang pengundi kali pertama yang akan mengundi nanti. Tadi aku semak status daftar pemilih melalui laman web SPR. Slow bebenor loading web dia. Walaupun aku dah tau lokasi mengundi kat mana, saje je nak check nama lagi sekali.

semak tempat mengundi pilihan raya umum 13

Siapa yang belum semak nama dan lokasi mengundi boleh buat semakan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – http://daftarj.spr.gov.my.

Mengundi Adalah Satu Tanggungjawab

Aku dah tak ingat bila aku daftar untuk mengundi. Dah bertahun-tahun kot tapi baru sekarang timbul rasa nak mengundi untuk laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tanggungjawab mengundi demi agama, bangsa dan negara. Dengan undi kita inilah yang akan menentukan masa depan negara.

Jumlah Kerusi Parlimen dan DUN yang akan dipertanding pada PRU-13

Untuk mengundi nanti aku kena balik kampung halaman di Perak sebab tempat mengundi kat sana. Isteri tercinta pulak tempat dia mengundi kat Kelantan. Tak tahu lagi dia sempat balik atau tak. Kalau tak sempat, dia follow aku balik Perak jela. Susah jugak bila laki bini mengundi kat tempat yang berbeza. Nak kena tukar tempat kot nanti senang sikit.

jom balik mengundi pru13

Tips Untuk Pengundi Kali Pertama

Sebagai pengundi kali pertama aku tak tahu cara-cara untuk mengundi. Dari semalam dok google mencari cara untuk mengundi. Terjumpa entri yang Noktah Hitam tulis – “6 Tips Untuk Pengundi Kali Pertama“. Bagus juga tips yang dia bagi. Pengundi kali pertama yang lain pun boleh rujuk entri tu sebagai panduan dan persiapan mengundi Pilihan Raya Umum ke-13.

proses dalam bilik mengundi
Proses pengundian dalam bilik mengundi

Mesti satu pengalaman yang menarik bila dapat mengundi buat kali pertama. Tak sabor pulak rasanya nak mengundi. Tak perlu bagitau kot undi parti mana. Undi adalah rahsia.

Jangan lupa bawa kad pengenalan masa nak mengundi nanti. Selamat mengundi.

25 Comments

  1. Thanks for the back link.

    Tahun ni dia perkenalkan dakwat kekal. harap2 sehari 2 tanggal lah. Susah nak basuh berak nanti.

    Apa-apa pon semoga mudah perjalan pergi-balik kg.

  2. sama kes mcm aku ler bro, aku kat melaka wife kat kelantan.
    nampaknya balik pangkah kat melaka jeler, tidaklah aku hendak berdepan dengan risiko terkocoh2 balik kelantan hanya untuk memangkah sahaja.
    utamakan keselamatan diri dan keluarga dulu.

    aku bakal mengundi buat kali ke-2

    • Aku pun tak tau lagi camne.. Wife cakap kalau banyak masa dia boleh balik mengundi kat Kelantan, balik sekali ngan abang dia.. Aku balik Perak.. Kalau tak sempat, kitorang balik Perak jela dekat sikit..

    • Ha’ah.. Aku mengundi kat Perak.. Dengar cerita memang ada duit minyak untuk yg balik mengundi kat Perak.. Untunglah balik kampung takyah keluar duit minyak.. Hehe..

Leave a Reply to KazenCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *