Selamat Pengantin Baru Yana Yassin dan Sharul

Tengahari semalam sempat singgah sekejap di majlis perkahwinan blogger Yana Yassin yang diadakan di Dewan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. Selamat pengantin baru diucapkan kepada rakan blogger kita yang dah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sharul Izman.

Kini dah sah sebagai suami isteri. Tahniah!

Pembuka Tahun Baru 2014 ni ramai juga kawan-kawan yang sudah menamatkan zaman bujang mereka. Baguslah. Perkahwinan kan merupakan ibadah yang dituntut.

Majlis Perkahwinan blogger Yana Yassin
Yana Yassin nampak seronok je – Kredit gambar: Shakiddo.com

Lebih kurang pukul 12:00 tengahari aku bersama bro Eizil bertolak dari ofis Denaihati Network menuju ke lokasi majlis resepsi. Tercari-cari juga tempat majlis diadakan sebab tak pernah pergi.

Nasib baik bro Eizil dah biasa dengan jalan-jalan di KL.

Akhirnya kami sampai juga ke Dewan Masjid Bukit Aman. Itupun selepas bertanya dengan 2 orang anggota polis. Terima kasih encik polis kerana tolong tunjukkan tempatnya.

yana yassin suami isteri bersanding

Masuk je dalam dewan kami terus pergi ke arah pelamin untuk ambil gambar pengantin yang sedang bersanding.

Teringat masa aku bernikah dulu. Rasa berdebar-debar saat tu memang lain macam. Debaran dia lebih power daripada debaran masa nak bersunat.

Tapi sekarang kalau ada peluang macam ni sekali lagi memang tak rasa apa dah kot. Ehh! Itupun kalau ada peluang lah. Rasanya macam takkan ada. Hehe..

Suasana dalam Dewan Masjid Bukit Aman KL

Ramai juga yang hadir majlis resepsi Yana Yassin semalam. Blogger pun ramai datang. Tak sempat jumpa semua sebab aku dan Eizil beransur balik awal sikit sebab ada tugas lain nak kena selesaikan.

Lepas makan hidangan sedap yang disediakan, sebelum balik ambil gambar ramai-ramai dulu bersama pengantin dan rakan blogger yang lain.

Rakan blogger bergambar bersama pengantin baru Yana Yassin
Kredit gambar : JMR23.com
Majlis kahwin blogger Yana Yassin dan Sharul
Kredit gambar : Shakiddo.com lagi

Tahniah sekali lagi kepada pengantin baru Yana Yassin dan Sharul Izman. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah, kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat, dan tabah hadapi segala dugaan dalam hidup berumahtangga.

Selamat menempuh alam perkahwinan.

17 Comments

  1. Tahniah kepada Yana Yassin dan Sharul. Semoga senantiasa berbahagia dan rukun dalam membina biduk pernikahan

  2. EH tertiba ternampak awek comel dekat gambar last tue he…23x Hari itu gua dtng guna waze je… Tak de la susah sangat nak cari… tapi…… jenuh nak cari parking…

    Pasal teringin tue, gua pun teringin juga he…23x

  3. Selamat Pengantin Baru Yana Yassin dan Sharul
    Selamat menempuh hiup baru dan semoga keluarga yang dibina senantiasa bahagia :)

  4. Kerlass Kak Nora…

    muka dya dulu spotted! hehehe…

    Cantik Yana…

    Alhamdulillah… Barakallahufikum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *