Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015, Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah, ibadah puasa di bulan Ramadan pada tahun 2015 ni dah pun selesai. Tahniah kepada semua yang telah berjaya menahan nafsu, lapar dan dahaga selama sebulan.

Hari ni umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan ni bersama keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan kenalan serta seluruh umat Islam.

Jauh di sudut hati terasa sedih juga meninggalkan Ramadhan. In Shaa Allah semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri aku. Mohon ampun dan maaf, zahir dan batin sekiranya aku ada terbuat salah dan silap selama ni sama ada sengaja ataupun tak sengaja. Harap dapat dimaafkan.

Dalam kegembiraan menyambut hari raya, ada terima berita sedih pemergian rakan seperjuangan dalam bisnes telekomunikasi ONEXOX. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Al-fatihah..

Bagi yang masih hidup, perjuangan mesti diteruskan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

5 Comments

Leave a Reply to Noriza RahmanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *