#SaveJejai : Bantuan Kita Diperlukan

#savejejai

Gambar diambil dari blog Eyriqazz.com

Rasa sedih sangat dengar berita seorang rakan blogger, Jai Ramlee (Jejai) yang disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4). Beberapa kali bersua muka dengan dia tak pernah nampak pun penderitaan yang sedang dia alami. Patut la majlis iftar di Banting hari tu dia tak dapat join. Pada awalnya dia cakap nak join tapi lepas tu dia bagitau tak dapat datang sebab ada masalah kesihatan. Aku ingat dia demam ke sakit apa ke, rupanya….. Sungguh besar ujian yang dia hadapi sekarang.

Walaupun aku dengan dia cuma kenal gitu-gitu je, tapi sebagai rakan blogger yang pernah ditegur oleh dia, lepas tu berborak (walaupun tak banyak) tetap rasa ikatan persahabatan tu ada. Aku pun suka masuk blog dia baca entri-entri yang dia tulis. Disebalik entri-entri yang nampak happy dan ceria tu rupanya ada ‘penderitaan’ yang sedang ditanggung.

Aku tak tau macam mana keadaan dia sekarang. Cuma mampu baca update terkini tentang dia menerusi kawan-kawan di group Facebook yang dibuat khas untuk membantu. Sebelum ni kawan-kawan hanya turut permintaan dia supaya dirahsiakan perkara ni. Dia pun menolak sebarang bantuan yang diberikan. Tapi atas dasar kemanusiaan dan persahabatan perkara macam ni dah tak boleh didiamkan lagi sebab melibatkan hidup dan mati.

Dengar cerita kos perubatannya dah tak mampu ditanggung oleh majikan dia. Nak kerja pun tak boleh. Terpaksa guna pendapatan isteri untuk tampung kos perubatan. Oleh itu, dah sampai masa kawan-kawan, rakan-rakan, dan sahabat-sahabat semua untuk hulurkan bantuan meringankan beban Jejai dan keluarga. Hari ni hari dia, mungkin akan datang hari kita pulak.

Sesiapa yang bermurah hati ingin menghulur sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan ke:

Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
164351079691
Nama
:
AZHAR BIN RAMLI (Jejai)
 
 
Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
164089741562
Nama
:
MAZLIANA BINTI OTHMAN

 
Atau boleh juga disalurkan melalui pihak Fazreen Network yang membantu dalam pengurusan dana sumbangan dari rakan-rakan sekalian dan juga mereka yang prihatin. Untuk hulurkan sumbangan melalui pihak Fazreen Network, sila masukkan alamat email ‘payments@fazreen.com‘ di ruangan email penerima dan subjek ‘Save Je Jai‘ di ruangan subjek transaksi sekiranya membuat tranksasi online.

Bank
:
CIMB
No. Akaun
:
12050002115101
Nama
:
FAZREEN NETWORK
 
 
Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
562106625023
Nama
:
NURHIDAYAH AQILLA

 
Diharap bantuan dan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban kewangan Jejai dan keluarganya. InsyaAllah. Semoga Jejai terus tabah dan kuat dalam menempuh ujian daripada Allah SWT ni. #SaveJejai

Tadi tengok “Penawar Sanubari” di TV9 yang Ashraf Muslim tu. Dia kongsikan ayat mengubat kanser. Baca Surah Al-mukminun (23) Ayat 91-100.


16 Comments

Trackbacks