Makan Satay Menara di Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko

Siapa suka makan satay? Kita geng. Aku pun antara penggemar satay. Bila ada peluang makan satay memang aku tak lepaskan.

Malam hari Selasa lalu aku join aktiviti food review makan Satay Menara. Makan ramai-ramai dengan blogger Shakiddo, Hazman Fadzil, Hafiz Rahim dan Cik Lily Putih.

Lokasi Satay Menara ni di Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko ( di Restoran Zingy Otak-Otak ).

Memang best Satay Menara ni. Daging dia lembut, rasa dia pun sedap, penuh rasa rempah ratus. Dengan kombinasi kuah kacang yang pekat membuatkan rasa satay jadi bertambah ummmppphhh!

Memang sedap. Rasa macam tak cukup je malam tu.

Satay Menara Jalan Reko, Kajang

Sesi food review hari tu bermula lebih kurang pukul 8.30 malam. Aku datang dengan isteri aku. Sekali-sekala bawa dia join aktiviti blogger.

Isteri aku pun blogger cuma dia kurang aktif update blog. Bila ada mood baru dia rajin tulis entri.

Malam tu kami makan Satay Ayam, Satay Daging, Satay Kambing dan Satay Arnab. Pertama kali dalam hidup aku makan satay arnab.

Sedap juga rupanya satay arnab. Tak pernah makan sebelum ni. Bila dah makan rasa nak lagi.

Minuman pula macam biasa aku order air sirap, air kegemaran aku.

Satay Menara lembut dan sedap

Satay Menara di Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko

Satay Menara yang lembut dan sedap

Bila satay dah terhidang depan mata, apa lagi, terus masuk mulut lah.

Kalau tengok rupa satay ni nampak macam biasa-biasa je. Tapi apa yang istimewa dengan Satay Menara adalah bahan yang digunakan untuk membuat satay adalah buatan sendiri dan dihantar terus dari Batu Pahat, Johor tempat bermulanya perusahaan keluarga Encik Mizan Mahram, pemilik Satay Menara.

Bahan rempah ratus dan ramuan Satay Menara ni adalah resepi asal daripada kedua orang tuanya yang berpengalaman berniaga satay selama 13 tahun.

Patut la lembut je daging dia. Sedap pulak tu. Sentuhan orang berpengalaman.

Satay Menara buatan sendiri resepi keluarga

Satay Menara buatan sendiri (homemade) resepi keluarga

Satay Menara dibuat menggunakan bahagian daging yang berkualiti. Satay ayam dibuat menggunakan bahagian dada ayam. Satay daging menggunakan tenderloin beef yang lembut.

Kuah kacang pula menggunakan campuran gula melaka yang berkualiti.

Sebab itulah siapa yang makan Satay Menara ni akan rasa kesedapan satay yang di luar jangkaan kerana kualiti satenya dijaga dengan baik demi kepuasan pelanggan.

Harganya pun murah je. Secucuk 80 sen. Satay arnab RM2.

Food blogger makan Satay Menara

Tawaran Istimewa Satay Menara VIP Club

Korang kena join “Satay Menara VIP Club” ni sebab boleh dapatkan pelbagai tawaran istimewa daripada Satay Menara, seperti makan satay secara percuma.

Pendaftaran ahli juga adalah PERCUMA! Cara nak daftar pun senang.

  1. Ambil telefon anda
  2. Buka Compose Message
  3. Taip VIP <NAMA ANDA> <NO. IC> dan hantarkan ke 016-640 5445
  4. Tunggu mesej respon daripada Satay Menara

Satay Menara VIP Club

Gerai Satay Menara ni dibuka setiap hari kecuali hari Khamis, bermula jam 7.00 petang hingga 12.00 malam.

Setakat ni ada 3 cawangan Satay Menara di Malaysia. Kalau nak rasa makan Satay Menara bolehlah singgah di lokasi-lokasi berikut:

CAWANGAN JALAN REKO, KAJANG
No. 21, Jalan Hentian 6, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang
Tel: 013-262 2947

CAWANGAN PUTRAJAYA
No. 1284, Jalan P9B1/2, Presint 9, 62250 Putrajaya
Tel: 019-353 3873

CAWANGAN BATU PAHAT, JOHOR
TKS 10, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
Tel: 019-781 0272

Satay Menara Pusat Hentian Kajang

Terima kasih banyak kepada pihak Satay Menara kerana telah menjemput blogger datang makan satay.

Terima kasih juga kepada food blogger Hazman Fadzil kerana sudi berkongsi peluang untuk sama-sama rasa keunikan Satay Menara ni.

Jom LIKE FB Satay Menara dan FOLLOW Instagram Satay Menara – “Smile in each bite“.

19 Comments

  1. Satay..salah satu menu peberet ni..memang layan kalau tengah makan satay..lebih2 lagi kalau satay tu dipadankan dengan kuah yang pekat dan sedap..diselang seli dengan nasi impit, timun dan juga bawang..memang terangkatlah..

  2. Sedapnyaaaaaa tengok satay tu!!! Dah la makanan kegemaran ena tu. Hope one day dapat cuba satay kat sini. Terliur!

    • Makanan kegemaran samalah.. Suka jugak makan satay.. Ada masa nanti boleh pergi try Satay Menara ni.. Sedap.. Try satay kambing dengan satay arnab sekali..

  3. Thanks bro ….. atas kelapangan untuk join sekali makan-makan simple nie…. Ada rezeki kita pergi buat food review kedai lain pulak kat bangi tu yea….

    • Sama2.. Terima kasih jugak bro sebab invite aku join event makan2 ni.. Bab makan2 aku memang suka.. Kalau dijemput InsyaAllah aku bleh join mana2 food review area Bangi.. Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *