Sarapan Minuman Sejuk

nasi lemak kedai mamak

Setiap kali hari cuti Sabtu dan Ahad, ini lah sarapan pagi aku (bila my wife tak sempat nak buatkan breakfast). Maklum sajalah, wife aku kerja Sabtu Ahad. Dia cuti hari Isnin Selasa je. Dan aku pulak kalau buat breakfast sendiri memang failed! Haha. Lepas hantar wife ke stesen KTM, singgah kedai mamak berdekatan rumah bujang dulu untuk menikmati nasi lemak.

Hari ni sarapan makan nasi lemak dengan teh o ais. Tekak ni rasa nak minum ais pulak. Ada orang cakap, kalau dah kawin ni tak berapa elok minum minuman sejuk dan berais sebenarnya. Aku pun tak tau sangat kenapa. Mungkin takut beri kesan kurang baik pada tenaga batin yang akan mengganggu ‘hubungan’ suami isteri. Agaknyee.. Hehe.


10 Comments

  1. says

    Akak memang jarang2 minum ais…jarang sangat. Terbiasa mungkin. Dulu2 pantang coz ada asthma so mak pantangkan betul le ais tu. Sekarang ni dah terbiasa ko, tengahari rembang pun still oder air panas.

    Paling penting tak minum ais ni utk kesihatanlah kan. Tak kira le kesihatan yg cam ner…okeh :cool:
    Entri terbaru di blog JunAina : Petua Menyimpan Daun SupMy Profile