Santapan 29 Malam – Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort

Beberapa hari ni sibuk dengan kerja bina laman web untuk client, tapi malam hari Jumaat lepas sempat luangkan sedikit masa untuk penuhi jemputan makan di Tropicana Golf & Country Resort dengan beberapa orang rakan blogger. Dapat jemputan ni daripada Blogger Popular Malaysia. Terima kasih banyak atas jemputan.

Aku, Melastik Bintang dan Eizil naik satu kereta pergi ke lokasi Tropicana Golf & Country Resort. Pertama kali aku datang sini.

Tropicana Golf & Country Resort

Bila masuk dalam untuk register nama, tengok ruang makan kat situ sangat luas dan selesa. Boleh memuatkan lebih kurang 300 pengunjung dalam satu masa. Kemudahan surau dan buggy pun ada disediakan bagi memudahkan pengunjung yang datang untuk makan kat sini serta kemudahan parking lebih kurang 600 parking disediakan.

Suasana di Tropicana Golf & Country Resort pun menarik. Siap ada live band. Dengan suasana macam tu rasanya sesuai datang bersama isteri, keluarga mahupun rakan-rakan untuk sama-sama nikmati pelbagai hidangan enak yang disediakan.

Hidangan yang kitorang rasa malam tu diberi nama “Santapan 29 Malam” iaitu buffet sempena Ramadhan yang akan disediakan oleh Tropicana Golf & Country Resort, club house terbesar di Malaysia selama 29 malam sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Dewan buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort

Buffet Ramadhan "Santapan 29 Malam" di Tropicana Golf & Country Resort

Di Tropicana Golf & Country Resort ni, mereka menyediakan 23 gerai yang lengkap dengan pelbagai hidangan makanan, selain kaunter buffet untuk kuih-muih, buah-buahan termasuk hidangan-hidangan lain.

Main course menyediakan pelbagai juadah local, Chinese, Indian, Japanase dan Western Cuisine dengan juadah melalui ‘rotation basis’. Tak mampu rasanya aku nak cuba semua hidangan sebab terlalu banyak makanan yang ada.

Antara menu yang menarik minat aku adalah roti jala dengan kuah durian, makanan kegemaran aku sejak dari dulu lagi.

Roti Jala dengan Kuah Durian, hidangan buffet Ramadhan "Santapan 29 Malam"

Selain roti jala dan kuah durian, ada banyak lagi menu lain yang disediakan seperti Nasi Itik Panggang, Bakso, Sate, Roti Canai, Nan, Gulai Kawah Ayam Kampung, Nasi Goreng Taiwan, Kambing BBQ, Cekodok, Keropok Lekor, Cucur, Ubi Kayu, Sup Gear Box, Nasi Arab Kambing, Yong Tau Foo, Kacang Pool dan banyak lagilah.

Nasi Itik Panggang hidangan Santapan 29 Malam buffet Ramadhan

Menu itik panggang buffet Ramadhan Santapan 29 Malam

Itik Panggang, tak sempat rasa sebab ramai sangat orang beratur

Gulai Kawah Ayam Kampung Santapan 29 Malam Tropicana Golf & Country Resort

Gulai Kawah Ayam Kampung ni sempat rasa sikit. Memang sedap!

Yong Tau Foo buffet Ramadhan

Hidangan yang aku makan malam tu semuanya sedap belaka. Beberapa kali aku bangun dari kerusi untuk ambil makanan lain. Cuma rasa kecewa sikit sebab hidangan Nasi Arab Kambing aku tak sempat makan sebab masa tu perut rasa dah terlampau penuh, dah tak boleh makan lagi. Terpaksa tengok je orang lain makan dengan penuh berselera.

Air minuman Tropicana Golf & Country Resort

Air minuman sedap di Tropicana Golf & Country Resort

Tapi takpe, lain kali boleh datang makan lagi kat Tropicana Golf & Country Resort ni. Harga buffet dia pun tak mahal sangat. Pre-Sales voucher pada harga istimewa RM60++ (dewasa) dan RM30++ (kanak-kanak) sehingga 20 June 2014. Selepas tu, harganya adalah RM80 – RM85 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak).

Sekiranya anda berminat untuk mencuba hidangan di sini, bolehlah berkunjung ke alamat berikut:

Tropicana Golf & Country Resort
Jalan Kelab Tropicana
47410 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : + 603 7804 8888
Fax : + 603 7804 3688
Email : gm@tropicanagolf.com
Web : tropicanagolf.com

TROPICANA GOLF & COUNTRY RESORT
Review oleh Anarm pada
Rating: 4.5

*Kredit gambar : Eyriqazz


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

9 Comments

Trackbacks