Salam Media – Agensi Pengiklanan Media Sosial Islamik

Di event #blogrrr semalam aku sempat singgah ke booth Salam Media, sebuah agensi pengiklanan yang berlandaskan syariah (Islamik). Salam Media tegas dalam kepatuhan syariah, telus dan boleh dipercayai.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Salam Media adalah membantu untuk promosikan dan memperkenalkan sesebuah jenama melalui pelbagai platform media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan Instagram.

Salam Media - Agensi Pengiklanan Media Sosial Islamik

Salam Media juga merupakan komuniti blogger dan pengguna media sosial yang sedia berkongsi mempromosikan sesebuah jenama yang mereka suka dengan pembaca serta follower blog mereka. Jadi, ianya amat sesuai bagi syarikat atau sesiapa saja yang ingin memperkenalkan jenama mereka melalui servis yang disediakan oleh Salam Media.

Secara tak langsung, Salam Media telah membuka peluang kepada blogger-blogger untuk sertai event, membuat entri review atau entri berbayar (advertorial). Bagi penulis blog, kepatuhan syariah dalam mencari sumber rezeki yang halal (melalui blog) juga amat penting terutama bagi blogger yang beragama Islam.

Booth Salam Media di event #blogrrr

Boss Salam Media di event #blogrrr yang diadakan di MIECC, Mines

Untuk pengetahuan semua, Salam Media sekarang ni ada buat lucky draw dengan hadiah yang ditawarkan ialah iPad Mini 2. Siapa nak join cabutan bertuah dari Salam Media ni kena isi borang penyertaan dulu. Sesiapa pun boleh mendaftar asalkan anda ada blog, Facebook, Instagram atau Twitter.

Maklumat lanjut tentang Salam Media bolehlah layari laman web www.SalamMedia.my.

Blogger di booth Salam Media

Blogger melepak di booth Salam Media semasa event #blogrrr di MIECC, Mines


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

24 Comments

  1. says

    Wah, first time tabu pasal ni. Memang dari dulu lagi tertanya dan mencari kalau ada Islamic atau Melayu based yg macam ni. Sebab terjumpa advertising/agency dari U.S yang cater untuk blog Asian American dan kenapa tiada yg seumpama utk org Muslim. Terima kasih.

Trackbacks