Rumah Tiada Infrastruktur TM Streamyx

Kecewa rasanya bila dapat tahu rumah baru aku tiada infrastruktur TM Streamyx. Lepas berurusan di TMpoint hari tu, 2 minggu lebih aku tunggu untuk pindahkan line telefon dan Streamyx ke rumah baru aku.

Rupanya sampai sini saja aku gunakan perkhidmatan internet Streamyx daripada TM.

Tamat perkhidmatan TM Streamyx

Semasa buat permohonan untuk pindah Streamyx, staf TMpoint beritahu sistem tak dapat check liputan Streamyx di kawasan rumah aku.

Jadi, apa yang dibuat adalah pihak TM hantar orang untuk survey dulu kawasan perumahan aku dan check sama ada kawasan tu ada liputan Streamyx ataupun tidak.

Katanya dalam tempoh seminggu pihak TM akan call balik lepas dah survey dan check kawasan. Tapi senyap sunyi je, langsung tak call. Aku pulak yang berkali-kali kena call khidmat pelanggan TM untuk follow up.

Status Pindah TM Streamyx

Kat Twitter pun aku ada tweet @TMConnects untuk tanya status terkini permohonan pindah line tu.


Akhirnya semalam bila aku call talian TM sekali lagi baru dapat tahu perumahan tiada infrastruktur TM. Bermakna aku dah tak dapat teruskan guna perkhidmatan Streamyx.

Nanti kena pergi TMpoint lagi untuk tutup akaun Streamyx. Lepas tu nak kena cari internet broadband untuk kegunaan di rumah.

Nak harapkan pelan internet smartphone memang tak sesuai untuk tethering ke laptop. Guna sekejap je dah habis kuota. Speed pun tak berapa laju.

Sekarang tengah mencari-cari pelan internet terbaik. Ada banyak pilihan telco untuk langgan internet.

Kena fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan. Takut peristiwa lama berulang kembali. Buat sakit hati je.

29 Comments

    • Nampaknya macam tu lah.. Kena layan broadband dulu.. Cuma guna internet broadband ni nikmat dia tak macam guna Streamyx / UniFi.. Broadband ada sekatan bandwidth internet.. Itu yang tak best tu..

    • Tu la pasal.. Ingatkan semua tempat seluruh Malaysia ni ada infra TM.. Rupanya banyak lagi tempat yang takde.. Nak kena tunggu TM sediakan.. Tak tahu bila..

  1. Kalau streamyx best gak tak ada had limit kuota. TP tulah skrg streamyx asik ada masalah dgn DNS Server je.

    • Ha’ah.. Kena pakai internet broadband je la lepas ni.. Tu je alternatif yang ada.. Cuma pening kepala nak pilih telco mana yang paling terbaik untuk internet..

  2. Masih aada lagi tempat yang tak dapat liputan liputan ya.

    Semoga semua ini ada hikmah.

    Mana tahu dapat yang lagi bagus

  3. Tak best sangat kalau tak boleh guna streamyx untuk 24/7 online. Kalau sy balik kampung, cantu ler. pakai
    smart fon. 3 hari dah abis 5GB. Bateri lg cepat habis.

    • kalau sya terbalik. balik kg enjoy download sebab ada streamyx kat rumah. balik duk selangor takde coverage pulak area ni. igt KL selangor semua cover. adeyhh

  4. He…23x

    Meh Bro komen pula dekat sini ek.

    Masa bro dapat rumah sewa pertama lepas kahwin, rumah itu memang boleh pasang Streamyx. Tetapi penyewa lama-lama dulu buat hal, tak pasal-pasal rumah blacklist dan buat orang sebelum Bro tak boleh nk pasang Streamyx (ini apa yang orang tue kata la kan, bro dengar je)

    Kabel internet dornag tanam dalam dinding. Tapi hujung dia (dekat port cucuk, dah rosak n kena tukar baru)

    Rasa itu xde masalah. Boleh tarik kabel, dorang charge Rm50 untuk 10 meter kot (if xsalah)

    Sekali pergi TM Point, dorang boleh cakap, port penuh. Kena tunggu ada kekosongan port baru boleh apply.

    So tanya bila ada kekosongan. Dia cakap tunggu kalau ada orang terminate. Berjambang la kot. So terpaksa guna perkhidmatan broadband yang ada.

    Now dah pindah rumah lain. Tapi masih ada komitment 12 bulan dengan syarikat pembekal broadband td. So tunggu je la.

    Now, dah tamat. So boleh la apply Streamyx. Check online, rumah nie xde masalah untuk pasang Streamyx, malangnya tengah sengkek sekarang nie.

    Sekali akak sebelah rumah cakap, boleh share streamyx dia la la la la tengah fikirkan, nak ke xnak

    • Untunglahh ada Streamyx.. Rumah aku ni langsung takde infra TM.. Kalau nak apply pun rasanya kena kumpul ramai2 penduduk2 perumahan ni yang nak guna internet baru boleh apply line telefon dan internet..

      • Dalam masa terdekat survey la kawasan sekeliling kot2 ada rumah sewa yang ada infra TM.

        Kena dapatkan rumah sewa yg mampu berikan pepuasan dan boleh duduk lama he..23x

        • Tapi rumah sewa sekarang dah best dah.. Rasanya tak perlu cari rumah sewa lain.. Lagipun harga rumah sewa sekitar situ dalam RM800 ke atas kot.. Rumah sewa yang duduk sekarang ni dapat harga “kasih sayang”.. Jimat banyak duit.. Huhu..

          Takpe la takde infra TM.. Guna internet broadband pun ok kot.. Cuma kena control sikit lah penggunaan internet.. Dah tak boleh nak streaming movie..

    • Yang tu laa kelemahan broadband yang paling tak best.. Kuota cepat habis.. Kalau nak kuota yang besar / banyak sikit, harga pulak jadi mahal sangat..

    • Sekarang ni tengah survey pelan2 internet yang ada.. Susah jugak nak pilih.. Bila rasa pelan internet tu sesuai, harga pulak tak berapa berkenan..

  5. Hurmm susah juga kalau tak ada line untuk TM Streamyx ni. Hurmm Hope abang anarm jumpa pengganti untuk streamyx. Amin!

    • Betul tu.. Streamyx sesuai untuk orang yang 24/7 connect internet.. Line stabil dan ok jugak lah.. Kalau tukar ke broadband nanti terpaksa la control sikit guna internet takut kuota internet habis.. Nak tukar ke Unifi pun takde line jugak.. *sedih*

Leave a Reply to AnarmCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *