RENTAP – Filem Aksi ‘Parkour’ Mendebarkan

Nampak macam menarik filem baru bertajuk “RENTAP” ni. RENTAP merupakan filem aksi ‘Parkour’ pertama Malaysia. Siapa tak tahu ‘Parkour’ tu benda apa, Parkour merupakan aktiviti lasak yang berasal dari Perancis, bertujuan bergerak dari point A ke point B dengan secepat dan sepantas mungkin, menggunakan kebolehan badan manusia.

Aku pernah tulis entri tentang Prinsip Parkour Dalam Kehidupan Kita. Bolehlah baca.

RENTAP filem Parkour pertama Malaysia

Sinopsis Filem RENTAP mengisahkan pasangan adik-beradik, Rashdan dan Rashid yang mempunyai minat mendalam dan mahir dalam sukan lasak ‘Parkour’. ‘Parkour’ adalah sukan lasak yang memerlukan seseorang itu mempunyai disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi. Walaupun mereka nampak kasar dan lasak di luar, namun mereka sebenarnya baik dan berhati lembut.

Rashdan dan Rashid dibesarkan sebagai anak yatim di sebuah rumah anak yatim yang dikendalikan oleh Zamri, seorang penjaga yang baik dan penyayang tetapi mempunyai sejarah hitam di masa lampau. Rashdan dan Rashid sangat mengambil berat akan rumah anak yatim yang dihuni mereka itu.

Masalah mula berlaku apabila sejarah hitam Zamri kembali menghantuinya. Seseorang yang bekerja untuk gangster Naga muncul dan memaksa Zamri untuk sembunyikan dadah di rumah anak yatim tersebut. Dalam masa yang sama seorang daripada anak yatim di situ, Sofiya diambil sebagai tebusan. Zamri tidak mempunyai pilihan lain.

Rentap Elfira Loy

Keadaan jadi semakin tegang bila Rashdan dan Rashid secara tak sengaja telah terbuang dadah-dadah milik gangster itu ke dalam mangkuk tandas,

Nyawa Sofiya yang terancam membuatkan Rashdan dan Rashid bertindak memulakan misi menyelamatkan Sofiya. Dengan bantuan seorang wartawan, Eliana mereka memulakan usaha berbahaya untuk menggulingkan sindiket dadah tersebut.

Zahiril Adzim, Syafie Naswip, Elfira Loy dalam RENTAP

Filem ni tentu penuh dengan aksi Parkour yang menakjubkan dan mendebarkan dengan aksi lompat bangunan, lompat pagar, lompat kereta dan macam-macam lagi. Aksi lasak ‘Parkour’ ni memang menarik ditonton.

Rentap Official Trailer (2014)

Rentap filem parkour Malaysia

Filem RENTAP yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Zahiril Adzim, Syafie Naswip, Elfira Loy ini akan ditayangkan di pawagam pada 4 Disember 2014. Filem aksi sebegini rasanya belum pernah ditayangkan dalam pasaran filem Malaysia. Nak tengok la nanti. Lagipun aku memang peminat sukan lasak Parkour.

Jom layan lagu tema filem RENTAP oleh One Buck Short.

UPDATE: Jom sertai Contest #RENTAP2014 dan anda berpeluang untuk menang 2 tiket tayangan khas filem RENTAP.

22 Comments

  1. Baca reviw mmg menarik ni. Tapi kat Kelantan ni xde panggung. hohoho.. Lama sangat dah kitaorang tak gi tengok movie since pindah balik sini dan ada anak-anak kecik. Tak sampai ati nak tinggal anak2 :P

  2. wow..baru baca review je mcm best je cite ni. Pernah tgk movie aksi parkour ni tp ckp perancis.

  3. teringin nak belajar parkour ni…tapi tangan kaki stamina semua kena kuat. suka tengok selain parkour yang orang main macam flag tu..perghh.. best.

    Lagi satu elfira berlakon..mesti tengok! hehe :D

  4. Nampak dari triller cam menarik, harapnya banyak aksi yang mendebarkan boleh disaksikan dalam filem rentap ni

  5. Assalammualaikum… anarm,

    cerita aksi2 macam nie memang seronok ditonton.. mselim3 dah tgk serba sikit dan baca pasal aksi parkour.. sukar nak dilakukan oleh orang biasa2.. perlukan skill. Pape cerita macam nie ‘fun’… parkour nie dapat mengatasi rasa takut..

    mselim3

  6. Owhh namanya parkour yea utk aksi yang lari2 panjat2 sepantas kilat tue..
    Taktau istilah..hehehe
    Tapi bagus jugak bila diaplikasikan dalam filem Malaysia.
    Mcm muak pulak duk asyik gangster, lumba haram je..
    Pelakon pun best jugak…

Leave a Reply to titanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *