Rehatkan Minda di Taman Seri Empangan Putrajaya

Geng Backpackers di Taman Tasik Empangan Putrajaya

Tengahari semalam aku pergi ke majlis perkahwinan seorang kawan. Takde apa sangat yang nak diceritakan pasal majlis tu sebab pergi pun sekejap je. Lepas siap makan, ambik gambar ramai-ramai dengan pengantin baru dan kawan-kawan lain yang dah lama tak jumpa, lepas tu balik. Tahniah lah diucapkan kepada pasangan pengantin! Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu cicit piut dan bercinta sampai ke syurga. Aminn..

Sebelum balik rumah lepas bersurai dari majlis tu, aku saje join aktiviti kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tak ingat dah bila kali terakhir aku jumpa dengan diorang. Semalam baru dapat jumpa balik. Diorang tu geng Backpackers yang biasa kita tengok berjalan dengan beg galas besar. Selalu jugak buat aktiviti pergi bercuti ramai-ramai jalan-jalan merata tempat merata daerah. Teringin nak join aktiviti macam tu dengan diorang tapi oleh sebab situasi hidup aku sekarang ni tak berapa mengizinkan, terpaksa la aku buat aktiviti sendiri je dengan isteri tercinta.

backpackers

Backpackers

Semalam kawan-kawan Backpackers adakan meeting untuk bincang aktiviti bercuti sambil jalan-jalan ke negeri Sabah. Aku pergi dengar je diorang berbincang. Lokasi meeting diadakan di Taman Seri Empangan Putrajaya. First time aku pergi taman tu. Pemandangan dia pun boleh tahan cantik. Lain kali boleh aku bawa isteri jalan-jalan ambil angin kat situ. Bawa anak-anak pun ok jugak. Ehh.. Aku mana ada anak lagi..

Taman Tasik Empangan Putrajaya

Taman Seri Empangan ni terletak di Presint 5 Putrajaya berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Best jugak pergi situ tengok pemandangan cantik, boleh rehatkan minda dan sesuai untuk cari ilham dan idea. Nak jogging pun boleh, ada trek disediakan kat situ. Pondok rehat pun ada disediakan yang menghadap ke tasik dan empangan.

Taman Seri Empangan Putrajaya

Bagi yang bawa anak-anak, padang permainan kanak-kanak pun ada jugak kat situ. Boleh pergi berkelah kat situ bawa makanan untuk makan beramai-ramai. Tapi lepas dah habis makan, kemas-kemas la tempat berkelah tu, buang sampah dalam tong sampah yang disediakan. Peliharalah alam sekitar kita.

Taman Seri Empangan Putrajaya

Taman Seri Empangan Putrajaya

Taman Seri Empangan Putrajaya

Banyak sudut cantik untuk ambil gambar kat Taman Seri Empangan Putrajaya ni. Aku rasa mesti geng-geng photographer selalu datang sini untuk photo shoot.

Taman Seri Empangan Putrajaya

Rehatkan Minda di Taman Seri Empangan Putrajaya

Empangan Putrajaya

Aku suka betul tengok air yang mengalir kat bawah tu. Rasa macam nak terjun gaya balik kuang lepas tu mandi kat situ. Haha.


28 Comments

  1. says

    klo putrajaya best melepak ngan teman istimewa,,lepak je suasana,x ramai orang,tempat cantik,,
    at least nk tgk wayang,main boling kt alamanda pon boleh,lg2 klo ada event kt putrajaya pon mantap2 gak,
    pesta floral,belon panas,,,errrr pasar malam putrajaya pon ade ahha
    Entri terbaru di blog big papa : Advertising: Self PromotionMy Profile

Trackbacks

  1. […] Rehatkan Minda di Taman Seri Empangan Putrajaya […]

  2. […] Tahniah untuk semua yang tersenarai sebagai pemenang…Terima kasih jugak buat penganjur, Puanbee.com dan para penaja yang tersangat la baik hati iaitu Pondokkecil, Koz, Anarm, Papamifz & Ciklaili […]