Merancang Target dan Tindakan dalam Blogging

Malam ni tenaga pengajar Akademi Denaihati mengadakan satu kelas untuk bekas pelajar WordPress Master Class. Dalam kelas ni juga diadakan perbincangan satu projek khas yang akan memberi manfaat kepada setiap pelajar yang terlibat.

Akademi Denaihati akan bantu setiap pelajar dalam menetapkan perancangan dan tindakan yang perlu dibuat bagi membolehkan blog mencapai target tertentu.

projek teamwork pelajar akademi denaihati

Dalam kelas yang masih berlangsung sekarang ni, perbincangan dengan lebih lanjut mengenai tips blogging, teknik menulis entri berkualiti, strategi SEO dan lain-lain diberi penekanan. Ini bertujuan supaya pelajar dapat tingkatkan tahap SEO dan prestasi blog masing-masing dalam mencapai target yang diidam-idamkan.

Target Dalam Blogging

Setiap blogger mesti ada target tertentu yang ingin dicapai sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ada yang nak jadikan blog sebagai punca pendapatan, ada yang nak jadi top blogger di Malaysia, ada juga yang nak jadikan blogging sebagai kerjaya, nak alexa rank bawah 500, nak income RM5,000 sebulan dari blog, nak dapatkan 1,000 lebih UV dan sebagainya. Tapi, tanpa perancangan dan tindakan yang betul target tu takkan tercapai.

Perancangan yang nyata dengan tindakan yang betul dan target yang munasabah akan membolehkan kita berusaha dengan lebih sistematik. Hasilnya In shaa Allah jalan untuk capai target tu kita akan nampak dengan lebih jelas.

Apa target korang dalam blogging? Boleh kongsi?


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

41 Comments

  1. says

    Kalau kat luar negara blog dah menjadi satu trend untuk menjana pendapatan utama bagi keluarga. Cuma kat negara kita ni blog masih menjadi side income sahaja. Cuma saya yakin blogging di Malaysia ni ke arah untuk menjana pendapatan utama bagi setiap orang.

  2. says

    assalam,
    dulu2 target nak generate income
    rase mcm best jer kalo dpt, walopon rase mcm tak caya boleh
    alhmdulillah bila dah dpt & maintain monthly payout, syukur kpdNya…

    skg rase terpanggil utk share atas tiap2 post tu sebagai suatu amalan yang memberi manfaat sebab terasa akan dipertanggungjawabkan… ntah knapa skg ni rase kene banyak share peringatan (utk diri sendiri dan) buat org lain gak.

    jadi target, utk menyebarkan ilmu2 yg baik sebagai saham akhirat, (bunyi mcm bagus tp tu laa skg yg aku rase)
    bia org tak kenal aku takpe, sbab aku takut aku ni jenis yg mudah jd riak,
    so yg penting contents yg aku share aku nak pastikan bermanfaat, insyaAllah…
    Entri terbaru di blog Air a.k.a Water : Berapa Lama Seorang Manusia Akan DiHISAB Di Akhirat?My Profile

  3. says

    Target saya menulis blog untuk mengekalkan 1000 Uv sehari… Tapi sehingga kini ianya masih belum membuahkan hasil… Teruskan usaha tangga kejayaan…