Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013

Tinggal beberapa hari saja lagi Pesta Belon Udara Panas 2013 akan diadakan di Putrajaya iaitu pada 28 – 31 Mac 2013 (Khamis hingga Ahad) bermula jam 7:00 pagi hingga 9:00 malam. Mesti ramai yang akan pergi serang lokasi Pesta Belon Udara Panas 2013 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Masuk tak kena bayar. PERCUMA!

pesta belon udara panas putrajaya 2013

Aku dah banyak kali tak berkesempatan nak pergi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya sebelum ni. Kali ni harap-harap dapat pergi. Teringin sangat nak naik belon.

Aktiviti di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 ni ada banyak aktiviti outdoor boleh dilakukan di sana untuk sesiapa yang pergi. Ada wall climbing, paint ball, car simulator, water ball dan macam-macam lagi. Bayaran untuk setiap aktiviti adalah sekitar RM5 – RM20.

Disarankan bawa pakaian lebih sebab baju dan seluar mungkin akan basah.

aktiviti pesta belon udara panas putrajaya 2013

Bawa juga payung dan spek mata hitam sebab cuaca kadang-kadang tak menyebelahi kita. Mungkin di sana nanti cuaca akan terlampau panas atau tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

Tiket untuk naik belon udara panas adalah limited atau terhad. So, kena datang awal kalau nak naik belon. Kalau datang lewat mungkin tak boleh nak naik belon dah. Dengar-dengar cerita akan ada yang beratur seawal jam 4 pagi untuk naik belon. Giler betul..

gambar belon udara panas putrajaya 2013

Bagi pencinta photography memang harus pergi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 sebab ada banyak benda boleh diambil gambar. Boleh ambil gambar belon, gambar orang naik belon, gambar awek cun, gambar pakcik makcik dan sebagainya.

Bila dah ambil gambar tu mesti la nak tweet, instagram dan share ke Facebook kan. Boleh guna hashtag #myballoonfiesta untuk memudahkan kawan-kawan follow keseronokan di pesta belon udara panas tu nanti melalui social media.

klia transit harga tiket waktu perjalanan

Kadar Tambang dan Waktu Perjalanan KLIA Transit

Di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 biasanya tempat letak kenderaan akan jadi satu masalah bagi pengunjung. Tahun lepas member aku bagitau dia pergi dengan motor takde tempat nak parking motor. Inikan pulak pergi dengan kereta, lagi la tak cukup tempat nak parking kereta. So, aku rasa lebih senang kalau pergi dengan menaiki pengangkutan awam.

Perkhidmatan KLIA Transit dan bas Nadi Putra ada disediakan untuk pengunjung ke tapak lokasi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013. Bagi mereka yang pergi dengan kereta kalau takde tempat parking yang berdekatan dengan tapak lokasi boleh letak kereta kat mana-mana tempat yang dibenarkan, yang ada sediakan perkhidmatan bas. Lepas dah parking kereta boleh naik bas Nadi Putra untuk pergi ke lokasi belon panas.

perkhidmatan bas nadi putra di putrajaya

Perkhidmatan bas Nadi Putra ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013

Jom ramai-ramai kita pergi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013. Set tarikh dan masa di kalendar. Takut terlupa pulak nanti.

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013
Tempat : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya
Tarikh : 28 Mac 2013 (Khamis) – 31 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 7:00 am – 9:00 pm

Untuk maklumat lanjut tentang Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 ni boleh layari website www.MyBalloonFiesta.com. Like Facebook Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

23 Comments

  1. Acara yang pasti ramai tertunggu-tunggu. Seronok tengok belon panas yang pelbagai rupa dan bentuk tu.
    Jom baca entri terbaru di blog Hazmin Hamudin – Wordless Wednesday | Kartun LatMy Profile

  2. Jom naik belon udara panas… Tahun lepas tak sempat naik.

  3. ko dah pi sana ke?
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Pernah Tak? – Part 3My Profile

  4. Hmm..memang teringin sangat nak tengok event seperti ini..kat Sabah tempat tumpah darahku lum ada lagi mcm ni…huhu…
    Jom baca entri terbaru di blog Jeannette jeffery – Find the Best Online Trading OptionMy Profile

  5. tak pernah pergi lagi tgk pesta belon nih, mcm best, teringin juga nak pergi…
    Jom baca entri terbaru di blog papa mifz – Mifz Genap 2 tahun 5 BulanMy Profile

  6. Tahun lepas sudah pergi tetapi tidak dapat melihat belon panas kerana acara sudah terlepas. Tahun ini belum tahu samada akan pergi atau tidak.

  7. Oneblogsocial says:

    Apa yang seronok tinggal di Bandar ialah banyaknya aktifity macam ini
    Jom baca entri terbaru di blog Oneblogsocial – Seo Cheker Chkme SeoMy Profile

  8. Teringin nak cuba.. tapi tak yakin dengan keselamatannya..
    Jom baca entri terbaru di blog anif – F1 – Kimi Raikkonen Menang Australian GP 2013My Profile

  9. dulu pergi masa malam. nak try pegi pagi2 plak kali ni. :lol:
    Jom baca entri terbaru di blog Encik Din – Wordless Wednesday : Idea tiba2 muncul, apa nak buat???My Profile

  10. gaya penulisan advertorial yg bagus.
    semoga syok ler korang yg dpt pergi tengok belon dan awek2 belon tu nanti yer..
    time tu aku balik kampung kot..rindu mertua kat kampung..haha
    Jom baca entri terbaru di blog ejam – Baru Sehari, Ada 6 Hari Lagi.My Profile

  11. Yang tahun lepas aku pegi..tapi pegi petang..dah tak banyak belon yang naik..tahun ni aku nak pegi awal pagi pulak..kalo bleh matahari nak terbit..hehr
    Jom baca entri terbaru di blog hafizrahim – Sepetang Bersama Blogger HebatMy Profile

  12. senang kalau ada public transport… fuh sanggup beratur pukul 4 pagi…. tapi kalau pergi pagi pagi best jugak. tak ramai orang kan.. nak cuba lah pergi kali ini. insyaAllah
    Jom baca entri terbaru di blog Datin Tyka – 15 Kucing 1 ArnabMy Profile

  13. Jumpa di sana.. Kita meriahkan Putrajaya. Daripada dok melepak kat rumah kan. :biggrin:
    Jom baca entri terbaru di blog Cikgu Hairul – Sejarah Cuma Sebuah Persepsi?My Profile

  14. Takut ahh nak naik belun udara ni..tapi kalau tak cuba menyesal pulak..tak ada pengalaman..mesti anarm naik belon nih..kan?
    Jom baca entri terbaru di blog Hafizul – Ulangtahun PerkahwinanMy Profile