Permohonan Untuk Berkahwin dan Ujian HIV

Permohonan Untuk Berkahwin dan Ujian HIV

Minggu lepas aku bercuti seminggu niat nak balik kampung di Perak nak setelkan urusan permohonan untuk berkahwin. Tapi disebabkan abang ipar eksiden, mak abah aku pun sekarang ada dekat-dekat sini je, tak jadi la balik kampung. Aku nak balik kampung sebab ada orang cakap permohonan untuk berkahwin ni perlu dibuat ikut alamat dalam IC atau kad pengenalan. Kalau IC alamat Perak, kena buat di Perak. Kalau IC alamat Kelantan, kena buat di Kelantan. Kalau IC alamat Johor, Kedah, Melaka, Pahang, kena ikut negeri masing-masing.

Untuk dapatkan kepastian aku pergi tanya orang Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat di Kajang. Nasib baik orang pejabat agama tu cakap boleh je buat kat sini. Ujian HIV pula boleh buat di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Rasa lega sikit. Kalau tak silap aku time hadir kursus kahwin dulu memang ada diterangkan prosedur macam mana nak mohon kebenaran untuk berkahwin. Tapi masa kursus kahwin tu aku macam tak ambil kisah sangat sebab time tu tak terfikir langsung nak kahwin bila. Aku nak dapatkan sijil kursus kahwin tu je. Hehe.. Tau-tau dah bertunang. Lepas tu tak sangka pula tahun 2012 ni akan berlangsung majlis. Rasa berdebar-debar sangat.

Aku pergi kursus kahwin dulu sebab ada dengar cerita harga untuk kursus kahwin akan dinaikkan. Tak tau betul ke tidak. Sebab tu cepat-cepat aku pergi kursus kahwin dengan cik tunang. Tapi kalau betul akan dinaikkan harga, baik pergi kursus kahwin sekarang. Baru RM80. Kursus kahwin sekali je kena pergi dan sijil kursus kahwin sah untuk seumur hidup. Dah naik harga nanti baru padan muka menyesal kena bayar lebih.

Borang Nak Kahwin dan Ujian HIV

Borang permohonan kebenaran berkahwin aku dah ambil minggu lepas di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Dah siap isi nanti nak kena bawa mengadap Penolong Pendaftar Nikah pulak nak mintak sign pengesahan. Jangan dia tanya macam-macam soalan sebelum sign borang tu dah la. Takut ahh!

Ujian HIV pun aku dah buat dah. Lebih kurang 15 minit terus dapat result ujian. Result ujian HIV ni sah untuk tempoh 6 bulan sahaja. So, tak boleh buat awal-awal sangat. Ada orang cakap paling elok buat 3 bulan sebelum tarikh nikah. Ujian HIV aku lulus dengan cemerlang! Tapi jari pedih siot kena cucuk jarum. Aku memang tak suka jarum. Huuu.. Sebelum kena cucuk jarum doktor ada tanya “Pernah melakukan hubungan seks? Pernah ambil dadah tak? Pernah terima darah tak? Kena jawab dengan jujur yee“. Aku pun apa lagi, 100% kejujuran aku bagi kat doktor tu. Apa jawapan aku bagi? Biarlah rahsia. Haha..

Aku rasa ada hikmahnya aku tak jadi balik kampung. Semua urusan dengan borang kahwin ni aku kena buat sendiri. Dapat juga timba pengalaman. Lepas dah selesai urus borang permohonan kahwin lelaki ni, boleh la bagi pada cik tunang untuk dia uruskan borang dia pulak. Harap-harap semua urusan berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T..

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

30 Comments

  1. salam,utk test hiv perlu bawa ape2 borang taw form x?

    • @lan, Waalaikumussalam.. Untuk test HIV ni kalau tak silap dia bergantung pada negeri mana kita buat test tu..

      Sesetengah negeri tak perlu bawa apa2 borang atau form.. Bawa badan je pergi kat mana2 klinik kesihatan kerajaan.. Kat situlah ambil borang, kat situlah isi borang dan buat ujian darah..

      Sesetengah negeri pulak dia dah sekalikan borang HIV test tu dengan borang permohonan kahwin.. Kalau ada disertakan sekali borang tu, kena la isi dan bawa borang yg dah diisi tu semasa nak pergi buat HIV test..

      Untuk kepastian, boleh tanya Pejabat Agama Islam daerah tempat tinggal sekarang.. atau boleh jugak terus pergi ke klinik kesihatan kerajaan yg berdekatan..

      HIV test ni tak kisah buat kat mana2 asalkan klinik tu MILIK KERAJAAN.. klinik swasta tak boleh buat..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Pokis @ Kuih KeretapiMy Profile

  2. Tahniah2..wah, demam kawen nampak. planning nak kawen juga.but im still gtudy lorr…gatai..
    Jom baca entri terbaru di blog Nina Maslizza – Berubah Tidak Menunggu MasaMy Profile

  3. Tahniah tuan..semoga berjalan lancar segala urusan nya…. :biggrin:

  4. jawapan adalah rahsia. aku suka. haha.. :biggrin:
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Komisen ke 4 dari PakarCoklat.comMy Profile

  5. Terima kasih untuk entry ini.

    Banyak membantu bro dalam membuat keputusan penting dalam hidup bro juga.

    Borang dah lama ada, masih belum di isi.

    Takut juga nak buat HIV… Bukan takut dengan resultnya tetapi takut dengan jarumnya.

    Jika ada apa-apa yang bro perlu tahu, mu kongsikan di blog ini.. Insya’lah bro akan membacanya
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Travel Blog : Ingin Melancong Keluar NegaraMy Profile

  6. shaharil says:

    Kat tempat aku study la ni kira murah. Baru RM 65 jer. Jika nak banding dengan kat luar sana.. hehe
    Jom baca entri terbaru di blog shaharil – Wordless Wednesday#5- 10 SenMy Profile

  7. Masa saya dulu belum ada lagi ujian HIV..Baguslah kalau setiap pasangan nak bernikah kena buat.
    Jom baca entri terbaru di blog azmanisma – Lelaki Kacak Kena SabarMy Profile

  8. sy pon lom pi kursus lgik..bgus la entri ni sbb btau step2 yg perlu diambil.. :)
    Jom baca entri terbaru di blog Jebeng Otai™ – Fenomena Nasi Ayam Hainan RasaparisoMy Profile

  9. Ujian selepas in shake hand dengan Tok kadi pula. Jangan sonyap yo selepas Tok kadi henjut tangan. :-)
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Wordless Wednesday – # Bulan penuhMy Profile

  10. Beres semua dh senang bro … cepat settle nnt tak payah kalut2 nak uruskan lagi … pengalaman
    Jom baca entri terbaru di blog razifredz – Subhanallah … Andai Khatib Itu AkuMy Profile

  11. OrangAkaun says:

    aku punya borang, Kedah tulis jawi.

    pasal HIV tuh aku nak tanya sikit sebab aku tak buat lagi;
    1- Bukan valid 3 bulan ja ka?
    2- Dekat mana-mana pon boleh buat? Aku dengar dekat kursus dia kata kat negeri nak kahwin ja.

    Ada kontek number pejabat agama hulu langat tuh dak?
    Jom baca entri terbaru di blog OrangAkaun – How To Survive A Robot Uprising Or RobopocalypseMy Profile

  12. dulu aku masuk kursus kahwin pun bermotifkan macam ko..nak sijil je
    tapi jangan risau bro…untuk buat perkara baik ni, insyaallah Dia akan permudahkan jalan kita
    Jom baca entri terbaru di blog wandisini – Video Wanita Dera BayiMy Profile

  13. Haha..Tahniah…Debar kenapa pulak??nk kwin best la…haha

Trackbacks

  1. […] tu encik tunang dah ambil borang permohonan berkahwin untuk lelaki tapi belum setelkan sebab ada orang cakap awal lagi. Borang kahwin tu kena tempoh 3 bulan sebelum […]

  2. [...] Ujian Darah (HIV) – Ujian saringan HIV boleh buat di KLINIK KERAJAAN SAHAJA! Tak kisah kat mana-mana pon asalkan klinik kerajaan. PAID [...]