Perginya Seorang Sahabat

Terkejut dengar berita sahabat seperjuangan semasa di kolej dulu dah kembali ke rahmatullah. Arwah meninggal disebabkan penyakit kanser darah (Lymphoma).

Dah lama tak jumpa tiba-tiba dapat berita dia dah tiada. Rasa sedih jugaklah teringat kenangan lama ketika sama-sama belajar di kolej dulu.

Sahabat seperjuangan di kolej
Gambar kenangan bersama arwah dan rakan-rakan semasa di kolej dulu

Teringat hari pertama di kolej nampak ‘budak gemuk’ (arwah). Lepas tu berkawan sampai tamat belajar kat kolej.

Lepas habis belajar, tak lama lepas tu nampak arwah muncul kat TV jadi pelakon iklan.

Perghhh, dah kurus member aku. Jadi artis la pulak“.

Arwah berlakon iklan Maggie, iklan Kitkat dengan M.Nasir, iklan KFC, pelakon drama dan yang terbaru berlakon dalam drama ‘MANIS’ bersama Siti Saleha yang disiarkan di Astro.

Drama MANIS di Astro Ria dan Astro Maya HD

Iklan KitKat Nabil Abdul bersama M. Nasir
Iklan KitKat lakonan arwah bersama M. Nasir

Ajal maut di tangan Allah. Ajal maut juga tak mengira usia. Arwah sebaya dengan aku tapi dia dah ‘pergi’ dulu.

Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kulim berdekatan dengan rumahnya.

Al-fatihah. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan bertakwa. Takziah buat keluarga arwah.

Nabil Abdul dalam kenangan (1985 – 2014)

11 Comments

  1. Innalillahi wainna ilaihi rojiun

    Allahummaghfirlahu warhamhu

    Alfatihah buat arwah.

    Semoga kita yang masih hidup, lebih cekal menghadapi hari muka..amin ya rabbal’alamin

    Iklan kit kat lakonan arwah dan M.nasir antara iklan fav saya..sempoi je..tapi menarik!

    Salam kenal dr saya
    Che’pah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *