Pergi Gym Nak Badan Ketak-Ketak

Petang semalam balik dari kerja aku pergi bersenam kat gym dengan brader Jaws Ismail. Hari Sabtu lepas pun pergi jugak. Oleh sebab rasa macam dah lama sangat tak bersenam, aku nak mula balik aktiviti keluarkan peluh ni.

Kali terakhir aku pergi gym tahun lepas. Bila dah kembali ‘main besi’ rasa mengah dan penat giler. Bernafas pun tercungap-cungap macam tak cukup oksigen.

bersenam gym

Dulu masa zaman sekolah menengah aku selalu jugak pergi gym. Badan aku sasa je time tu. Serius tak tipu. Hehe. Tapi bila dah sambung belajar kat kolej, aktiviti bersenam kat gym tak dapat diteruskan sebab tak jumpa ‘port’ dan takde member yang suka layan gym. Member-member banyak layan makan je. Bila dah kurang bersenam dan asyik makan je (sebab terikut member), badan pun jadi kembung.

Sekarang ni tengah muncul balik semangat nak kuruskan badan. Nasib baik ada member yang punya niat yang sama nak kuruskan badan. Boleh sama-sama fight siapa lagi cepat kurus. Harap-harap dapat disiplinkan diri pergi bersenam, jogging atau sebagainya secara konsisten. Teringin jugak nak ada badan ketak-ketak macam Abang Ensem Sangat.

gym bina badan ketak-ketak

Pusat gym yang kitorang pergi dekat je dengan rumah. Bayaran sekali masuk pun cuma RM5 boleh bersenam sampai muntah. Tiada had masa. Cuma peralatan dia tak banyak mana. Tapi kira ok la sebab orang pun tak ramai. Ada masa-masa tertentu je ramai orang. Rasanya time ramai orang memang takde peluang langsung nak guna peralatan kat situ.

besi berat pusat gym

Senaman untuk bahagian perut

Bulan puasa dah dekat. Rasanya tak boleh pergi gym time bulan puasa. Dengan perut kosong, tekak kering, memang gila kalau pergi gym jugak. Mungkin ada yang pergi tapi aku tak segila diorang. Setakat buat senaman ringan tu boleh la.

Lagipun kat dinding pusat gym ni banyak tertampal gambar wanita-wanita berbadan ketak-ketak pakai sport bra dan spender je. Aku tengok pun rasa jeles (tertengok). Perempuan boleh buat badan ketak-ketak, takkan aku tak boleh kot..

Aku nak kurus! dan nak badan ketak-ketak!


20 Comments

  1. says

    terbaik bro..

    selain badan berketak badan pun sihat, stamina bertambah dan awet muda..hehehe.. :biggrin:

    awek atau isteri pasti tersenyum.. :w00t: :whistle:

  2. says

    Cenggini la!! Apa kata kita just tangkap gamba sebelum dan selepas… Masa dok workout kat gym xyah tunjuk… amcam?? ada brani??ahahyaha
    Entri terbaru di blog lAl : Ibu 11 anak!My Profile