Pengurusan Kata Laluan Akaun Internet

Kata laluan atau password merupakan perkara paling penting bagi kita semua yang memiliki akaun-akaun di internet seperti akaun Gmail, Yahoo! Mail, akaun Facebook, Twitter, akaun Blogspot, WordPress, akaun affiliate, forum, online shop dan lain-lain lagi.

Dengan jumlah akaun internet yang banyak, susah untuk kita ingat kata laluan bagi setiap akaun yang kita miliki.

Ramai ambil jalan mudah dengan menggunakan password yang sama untuk setiap akaun. Senang nak ingat. Memang senang, tapi dari segi keselamatan akaun cara macam tu adalah SANGAT BAHAYA!

software pengurusan kata laluan untuk pengguna internet

Seperti yang pernah dikongsikan oleh saudara Eizil di blognya tentang pentingnya kata laluan, pilihan kata laluan yang kuat akan dapat memastikan setiap akaun kita sukar untuk diceroboh dan selamat daripada ancaman jenayah siber.

Kata laluan yang kuat biasanya menggunakan gabungan huruf kecil dan besar, nombor serta simbol seperti !,@,$,& dan seumpamanya. Tapi bila kita guna kata laluan macam tu adakalanya susah diingat. Nak salin password tu dalam fail Word atau Notepad? Bahaya dan tak selamat. Tulis dalam buku? Pun sama. Buatnya buku tu hilang, macam mana?

perisian password manager untuk pengurusan kata laluan

Urus Kata Laluan dengan Password Manager

Untuk memudahkan kita mengurus kata laluan dengan baik dan selamat, boleh gunakan perisian “Password Manager” yang berfungsi menyimpan semua kata laluan yang kita guna di internet. Ada banyak software untuk pengurusan kata laluan. Antaranya:

  • RoboForm
  • Password Genie
  • Dashlane
  • KeePass
  • mSecure
  • PasswordBox
  • 1Password
  • Keeper
  • LastPass
  • oneSafe

Banyak-banyak perisian password manager yang ada, aku lebih selesa menggunakan LastPass untuk simpan kata laluan akaun-akaun aku. Kalau nak ingat semua password tu rasanya tak mampu sebab setiap akaun aku guna password berbeza. Panjang pulak tu.

Dengan LastPass Password Manager, kita dah tak perlu ingat atau hafal kata laluan yang banyak. Semuanya disimpan dalam akaun LastPass (encrypted). Cuma kena ingat satu kata laluan saja iaitu master password yang diguna untuk login ke akaun LastPass.

Bila dah login, hanya dengan satu klik mudah untuk kita login ke mana-mana akaun yang telah kita setkan di dalam akaun LastPass.

Master Password perlulah panjang dan menggunakan gabungan simbol, nombor serta huruf besar dan huruf kecil supaya ianya lebih kuat dan selamat.

Selain untuk simpan password dan menguruskannya dengan lebih baik, LastPass juga berguna semasa blogwalking dan bila nak tinggalkan komen di entri blog kawan-kawan.

Di ruangan komen dalam blog dah tak perlu taip untuk isi maklumat Nama, Email dan URL Blog kerana LastPass akan tolong isikan setiap maklumat tu. Cuma perlu klik pada profile yang nak diguna untuk tinggalkan komen.

Cara guna LastPass untuk isi online form

Untuk isi borang online pun boleh. Borang biasanya ada banyak kotak yang perlu diisi, kan? Dengan fungsi Fill Form di LastPass, semua ruangan tu boleh diisi dengan cepat mengikut maklumat yang kita tetapkan.

Walaupun pelayar internet sekarang ni seperti Chrome, Firefox, Opera dan sebagainya dah dilengkapi dengan fungsi Autofill untuk isi web form, tapi tak semua ruangan pada borang dapat diisi. Sebab tu aku suka guna LastPass.

LastPass perisian untuk mengurus password akaun internet

Simpan Kata Laluan di Web Browser

Mesti ramai yang amalkan simpan kata laluan dalam browser, betul tak? Aku tengok kawan-kawan aku pun ramai juga yang buat macam tu. Katanya senang nak login ke akaun. Aku tak pernah buat macam tu. Fungsi simpan kata laluan atau “Remember Password” tu pun aku dah nyahaktifkan di semua web browser yang aku guna.

Password yang disimpan dalam web browser memang senang sangat nak tengok. Lebih bahaya bila kita berkongsi laptop atau komputer dengan orang lain.

Simpan password di browser Google Chrome

Pernah berlaku kepada seorang kawan aku, akaun dia diceroboh oleh orang yang tak bertanggungjawab. Banyak akaun dia dah tak boleh guna sebab orang tu dah tukar kata laluan. Akaun Gmail dah tak boleh guna, nak login masuk blog pun dah tak boleh, dan banyak lagi akaun lain yang dah bertukar pemilik. Kesian betul.

Masalah berlaku selepas dia hantar repair laptop di kedai komputer. Aku syak dia simpan password dalam browser. Bila ditanya, memang betullah dia simpan semua password akaun dia di dalam browser. Mesti orang kedai tu buka browser dan dengan mudah dapat login ke akaun kawan aku tu.

Elakkan simpan password di web browser!

lastpass password manager

Sesetengah orang berpendapat guna perisian Password Manager untuk pengurusan kata laluan adalah lebih bahaya dan mudah kena hack. Aku pun tak pasti. Tapi banyak review yang aku baca di internet rata-rata pengguna LastPass takde alami apa-apa masalah. Aku pun dah lama guna LastPass setakat ni takde apa-apa masalah juga.

Lagipun semua benda di internet memang ada risiko digodam atau diceroboh. Sebab tu kita kena gunakan kata laluan yang panjang, kuat dan sukar untuk diteka supaya penggodam susah nak ceroboh masuk ke dalam akaun kita.

Sebagai langkah keselamatan lagi, akaun online banking atau akaun-akaun lain yang mempunyai data yang terlalu peribadi seperti credit card dan sebagainya tu tak perlulah guna password manager. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Tips Keselamatan Kata Laluan

  • Jangan sekali-kali simpan kata laluan atau sync data di komputer orang lain.
  • Guna kata laluan berbeza untuk setiap akaun – terutama untuk akaun online banking.
  • Lindungi kata laluan akaun Windows (atau sistem operasi lain).
  • Buat akaun Windows berasingan untuk setiap pengguna (Guest atau sebagainya).
  • Gunakan program antivirus yang baik dan sentiasa dikemaskini.
  • Gunakan khidmat pengurus kata laluan 3rd party seperti LastPass, KeePass atau password manager yang lain.

LastPass Password Manager boleh digunakan di pelayar internet seperti Chrome, Firefox, Opera, Safari dan IE dengan memasang add-ons atau extension yang disediakan.

Download LastPass

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

32 Comments

  1. Azimah Zainal says:

    mcm mne kalau kita ada satu akaun gmail atau yahoo yg menggunakan satu password untuk semua akaun seperti twitter,faceboo,insta. jadi kalau kita nk tukar password untuk akaun twitter atau facebook tersebut perlu ke kita tukar password email terlebih dahulu atau kita boleh terus tukar di akaun twitter atau facebook?? tolong jwp secepat yg mungkin

  2. memang betul lebih selamat gunakan password berbeza. Tapi kita ni makin tua. kadang kadang kunci rumah tu pun boleh lupa letak mana.

    Kena pesan siap siap pada pasangan sendiri le
    Entri terbaru di blog Mazni Azmi : Selendang Pengantin Online | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini Untuk Tudung LabuhMy Profile

  3. aku percaya memang satu password utk semua akaun adalah tidak selamat dan bahaya. Tapi aku masih juga buat dan degil untuk tukar-tukar password, sebabnya takut terlupa :)

    Good info btw. Aku google lastpass sekejap lagi.
    Entri terbaru di blog faizul : Jadual Perlumbaan MotoGP 2014My Profile

  4. Aku buat manual .. tulis dalam buku …. :) senang sikit nak diakses oleh orang terdekat aku … manalah tahu jadi apa2 nanti.

    Nak suruh godek komputer .. hmmm alamat komputer tu yang kena hantar repair sbb tak tahu nak cari password kat mana .. adeh.

    Software dikatakan tu mungkin boleh bantu, tapi kalau yang ditinggalkan tu adalah mereka yang juga tahu guna. Kalau tak tahu, susah juga nanti.
    Entri terbaru di blog hasrulhassan : Custom Made Sticker KeretaMy Profile

  5. Kata laluan yang sering aku gunakan cuma huruf kecil dan juga angka, harus lebih diperkuat
    nice inpo
    Entri terbaru di blog fauzie : How To Migrate / Move WordPress Blog To New Web HostingMy Profile

  6. skrg ni ada beberapa kata laluan yg berasingan yg digunakan
    xbg sama takut bahaya juga
    biasa kalau sama bg akaun yg xberisiko :)
    Entri terbaru di blog Sop : Bersedia dengan WhatsApp berbayar?My Profile

  7. baru tahu ada pengurusan untuk kata laluan, tapi saya lebih suka guna memori jer……hihi
    Entri terbaru di blog sukma : Apa Yang Menarik Pada Rantai Anggota Tentera ?My Profile

  8. selama ni aku tak pernah guna lagi sebarang software untuk menyimpan kata laluan… manual menggunakan ingatan dan buat note sahaja…hehehehe…. kadang kadang konpius dan lupa..
    Entri terbaru di blog Melastik Bintang : Model Terbaru Telefon Pintar Lenovo Vibe XMy Profile

  9. Saudara menggunakan Lastpass ini yang free atau yang berbayar. Manakah yang terjamin selamat selama yang saudara menggunakan Application tersebut. Jika saya menggunakan yang Lastpass free, adakah saya masih boleh tengok di telefon bimbit segala password saya?

  10. ya..bagus juga perkongsian ini..
    Entri terbaru di blog kakiblog : alangkah seronoknya jika goyang kaki dapat duit!My Profile

  11. aku nye pw sama..tp slalu tukar..cara mcm ni still selamat ke berisiko gk ye?
    Entri terbaru di blog JMR : Aktiviti syok di Pantai Teluk KemangMy Profile

  12. Terima kasih di atas perkongsian yang berguna ini. Teruskan update tuan!!!!

  13. boleh juga try download software tu mungkin lebih bagus dari KeePass
    Entri terbaru di blog Khairul Zamri : Dr Inspirasi – Sumber Motivasi DiriMy Profile

  14. kebanyakan password den semua sama untuk semua akaun…huhu

    nak cubalah perisian yang bro kongsi nih , thanks bro…
    Entri terbaru di blog papa mifz : Power Bank Yoobao YB-6016 Berwarna MerahMy Profile

  15. peringatan yg berguna ni..kadang2 kita ingat nk seanng je..taruk yg sama supaya senang ingat
    Entri terbaru di blog blogger lelaki : Siraplimau.com – Segar Lagi MenyegarkanMy Profile

  16. Aku tak pernah guna lagi benda alah ni..mungkin patut cuba..banyak sangat password nak kena ingat..hahah
    Entri terbaru di blog Hafiz Rahim : Kopi Tok DalangMy Profile

  17. baru tahu ade application mcm ni…

  18. Dah tahu lama pasal keepass dengan lastpass ni. Tapi tak pernah nak cuba lagi. Rsanya macam kena cuba je.
    Entri terbaru di blog Fadhil : Kawasan Rehat Genting SempahMy Profile

  19. Ada betulnya nasihat pasal safety password nie…. tapi password facebook memang kena cover dari awek mahupun wife…. hahahaha
    Entri terbaru di blog hazman aka species1980 : HAZMAN vs FOOD – Restoran KyoChon Malaysia 1UtamaMy Profile

  20. Username & password saya akan tulis di buku dan biasanya akan buat 2 salinan. In case salah satu hilang masih ada backup. Btw nanti boleh lah try yang ni
    Entri terbaru di blog Bakir : Masalah Gatal Pulih Selepas SemingguMy Profile

  21. Mantap sekali infonya, nanti saya akan coba pakai juga agar akaun2 saya aman
    Trims atas infonya
    Entri terbaru di blog Rina : How To Create Simple Login / Sign Up Form Using CSS And HTMLMy Profile

  22. pergh! terbaik…
    nice Sharing.. aku pun nak try nanti…

  23. Perkongsian yang amat-amat berguna. Ramai yang ambil mudah pasal pengurusan password ni.
    Saya pengguna setia KeePass, dah bertahun.
    Entri terbaru di blog GreenLava : 5 Tips for Effective Internet Marketing in 2014My Profile

  24. Insya’lah semua password gua masih ku ingat walaupun terpaksa masuk 2-3x (ada banyak password walaupun id sama)
    Entri terbaru di blog Bro Framestone : Antara Cinta Dan Persahabatan – 3 Peas In A PodMy Profile

  25. penting ni semua orang perlu tahu..
    Entri terbaru di blog farid laham : Kesan Buruk Kopi KesihatanMy Profile

  26. Banyak akaun secara tidak langsung akan banyak login dan kata laluan perlu diingati. Kadang-kadang bercampur aduk. :-)
    Entri terbaru di blog akubiomed : SirapLimau bicara panas kisah rumah tangga dan wanitaMy Profile

  27. okeh. nanti leh cuba. hehe..
    Entri terbaru di blog titan : Camana nak bela kucing comel?My Profile

  28. Setakat ni sy pakai KeePass sebab dia tak melibatkan encrypted data disimpan di internet. Dia simpan password dan encrypt as local.
    Entri terbaru di blog Izzuddin Fauzi : Google+ Photo Mula Memaparkan Foto Pengguna Di Dalam IklanMy Profile

Trackbacks

  1. […] Kalau korang ada masalah untuk mengingati kata laluan, apa kata anda baca artikel ini. […]