Pengalaman Buat Qurban di Kemboja

Raya Aidiladha tahun lepas aku berpeluang menjejakkan kaki di negara Kemboja semasa turut serta dalam Misi Kembara Qurban bersama eQurban untuk pelaksanaan ibadah Qurban di Kemboja.

Satu pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Tujuan ke sana adalah untuk bantu kerja-kerja pihak eQurban melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Sambil-sambil nak tengok lembu yang aku tempah untuk dikorbankan.

Pertama kali tiba di Kemboja dan dapat saksikan sendiri pelaksanaan ibadah qurban di Kemboja, dan juga dapat rasa cara hidup di sana.

Misi Kembara Qurban di Kemboja 2013 bersama eQurban

Kenapa Qurban di Kemboja?

Bila dah balik ke Malaysia, seronok berkongsi cerita dengan kawan-kawan dan sedara mara tentang pengalaman sepanjang berada di Kemboja. Ada juga yang tanya, “Kenapa Qurban di Kemboja?“.

Jawapan dia mudah je. Kerana umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita di Malaysia.

Siapa pernah ke Kemboja mesti tahu macam mana kehidupan saudara se-Islam kita di sana. Hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Mereka yang miskin hanya dapat makan daging setahun sekali je iaitu bila tiba musim orang buat ibadah korban di sana. Itu pun kalau dapat bahagian daripada korban yang dilakukan di kampung mereka.

Bersama team eQurban dalam Misi Kembara Qurban di Kemboja 2013

Dalam bas semasa Misi Kembara Qurban di Kemboja 2013 bersama eQurban

Di Malaysia, bila-bila masa je kita boleh makan daging. Kat mana-mana tempat pun kita boleh dapatkan daging.

Bila tiba musim ibadah korban, masing-masing akan dapat juga bahagian daging. Tapi biasanya daging tu akan disimpan je dalam peti ais sampai berbulan-bulan lamanya.

Kadang-kadang ada yang dibuang sebab simpan terlalu lama.

Pengalaman Kembara di Kemboja

Pengalaman bersama team eQurban mengembara ke kawasan-kawasan pedalaman di Kemboja memang sangat menyeronokkan. Ada ketikanya rasa sebak dan sedih juga tengok kehidupan mereka di sana.

Walaupun mereka hidup dalam kemiskinan, tapi masih mampu mengukir senyuman. Mungkin gembira bila tengok team eQurban datang.

Team eQurban di Kemboja

eQurban bersama penduduk kampung Kemboja

Tempat korban lembu di Kemboja

Tempahan Qurban dan Aqiqah dengan eQurban

Ibadah korban sangat dituntut dalam Islam dan merupakan pembuka pintu kepada rezeki yang tak disangka-sangka.

InsyaAllah siapa yang membuat korban tidak akan miskin, malah akan menerima rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t.

Tahun lepas tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor. 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara.

Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.

Anarm semasa join Misi Kembara Qurban di Kemboja bersama eQurban.com

Buat persiapan untuk sembeli lembu korban di Kemboja
Persiapan sebelum bertolak ke tempat sembelihan korban di kampung-kampung Kemboja
Ustaz Fadli, penasihat syariah eQurban
Penasihat Syariah eQurban, Ustaz Fadli sedang membasuh pisau yang digunakan untuk sembelih lembu korban di Kemboja

Tahun 2014 ni ada perubahan sikit dengan harga lembu sepertimana diberitahu oleh pihak eQurban awal tahun hari tu. Harga lembu terpaksa dinaikkan atas faktor mata wang USD yang digunakan di sana.

Kenaikan mata wang USD menyebabkan kos penternakan di Kemboja turut meningkat.

Walaupun berlaku kenaikan harga, aku rasa kalau nak dibandingkan dengan harga lembu dan kambing di Malaysia, harga kat sana masih lagi jauh lebih murah.

Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Tahun ni juga pihak eQurban ada menyediakan perkhidmatan baru iaitu Qurban dan Aqiqah di Mekah. Ianya diuruskan oleh penanggungjawab di Mekah dan harganya cuma RM550 untuk seekor kambing.

Harga Qurban dan Aqiqah

BILANGANHARGA
1 Bahagian LembuRM400
2 Bahagian LembuRM800
3 Bahagian LembuRM1,200
4 Bahagian LembuRM1,600
5 Bahagian LembuRM2,000
6 Bahagian LembuRM2,400
1 Ekor LembuRM2,800
1 Ekor Kambing (Kemboja)RM650
1 Ekor Kambing (Mekah)RM550

Untuk tempahan Qurban / Aqiqah di Kemboja dengan eQurban, boleh daftar dan buat tempahan secara online di laman web eQurban.com.

Selepas selesai semua urusan sembelihan qurban di Kemboja, pihak eQurban akan menghantar sijil beserta gambar lembu korban sebagai bukti pelaksanaan.

Semoga ibadah korban dan akikah kita pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. InsyaAllah…

32 Comments

  1. Pernah ke sana… Tapi belum lagi pernah join buat qurban kat sana… Muslim bukan majoriti dekat sana… Muslim ramai kat kampung-kampung..

  2. Saudara bertuah dapat merasa pengalaman unik ini. Saya harap dapat melaksanakan ibadah qurban tahun ini.

    • Dah berniat untuk buat ibadah qurban tu, insyaAllah niat tu akan tercapai. Aminn.. Tak perlu tunggu ada duit lebih baru nak buat korban. Duit sikit pun boleh kalau cukup untuk buat qurban. InsyaAllah lepas dah buat ibadah qurban, Allah akan tambahkan lagi rezeki kita.

  3. Alhamdulillah…. rezeki bro la dapat ikut buat ibadah qurban di sana…. InsyaALLAH saya pun ada niat untuk buat sekurang-kurang sebahagian ekor lembu tahun ini….

    • Korban sebahagian ekor lembu pun dah ok dah. Semoga dengan ibadah korban yang kita buat tu dapat buka pintu rezeki kita semua. Aminn..

    • Tahun ni tak pergi. Ingat nak balik kampung raya tahun ni, buat korban kat kampung pulak. Hari raya korban Kat Kelantan meriah.

  4. ALhamdulillah…mudah-mudahan urusan ibadah qurban di sana akan dipermudahkan Allah n dapat memberikan manfaat yang banyak utk penduduk Kemboja. =)

    • Kalau berminat nak join eQurban ke Kemboja boleh hubungi pihak eQurban untuk dapatkan info lanjut berkenaan tentatif serta program yang disediakan. Pihak eQurban memang ada offer untuk sape2 yang nak join ke Kemboja tengok pelaksaan korban dan melawat kampung2. Tapi tak pasti sama ada tawaran masih dibuka atau dah tutup. Tinggal berapa hari je lagi raya haji, takut tiket flight dah habis.

    • Memang best gi Kemboja. Tengok eQurban buat pelaksanaan korban kat sana. Pastu jalan2, shopping2, tengok awek Kemboja. Haha. Tapi tahun ni tak dapat nak join sebab ada hal lain.

      Kalau bro berminat nak join eQurban ke Kemboja boleh je hubungi pihak eQurban untuk dapatkan info lanjut berkenaan tentatif serta program yang disediakan. Tapi tak pasti tawaran masih dibuka atau dah tutup sebab masa dah suntuk, nak kena tempah tiket awal pergi sana.

  5. Rupanya harga lembu dan kambing kat sana lebih murah..murah pun diaorang susah nak dapat makan daging.kesian nya,.kita kat sini ,daging tu bila liat siap luak buang lagi..

    • Betul tu. Harga lembu dan kambing kat sana memang murah. Tapi rakyat kat sana pun tak boleh nak beli jugak sebab kebanyakannya tak mampu. Diorang cuma harapkan orang luar untuk bagi sumbangan.

      Kat Malaysia ni senang nak makan daging sebab semua mampu beli. Siap ada yang buang buang tu yang kita taknak. Membazir tu. Lebih baik sumbangkan kat rakyat Kemboja sebab mereka lebih memerlukan. Besar ganjaran pahala kita akan dapat. Kan?

  6. Satu pengalaman yang menarik dan berharga bro..kalau ada kesempatan, saya pun teringin juga nak buat ziarah macam ni..baru dapat tengok sendiri macam mana keadaan saudara sesama Islam kita di sana..

    • InsyaAllah boleh je buat ziarah macam ni. Mungkin ada lagi tak tahu yang pihak eQurban ada offer pada sesiapa yang berminat untuk sama-sama ke Kemboja pada Hari Raya Qurban, pergi tengok pelaksanaan ibadah korban kat sana sambil2 melawat kampung2.

      Kalau berminat boleh hubungi pihak eQurban untuk dapatkan info lanjut berkenaan tentatif serta program yang disediakan. Tapi tak pasti offer tu masih boleh lagi atau pun tak sebab tiket flight kena tempah awal. Kalau tak sempat tahun ni mungkin tahun depan boleh join eQurban ke Kemboja.

    • Kalau bro nak timba pengalaman macam ni pun boleh. Pihak eQurban ada offer sape2 yang berminat untuk sama-sama ke Kemboja pada Hari Raya Qurban. Boleh travel dengan diorang pergi masuk ke kampung2 untuk laksanakan ibadah korban. Bila ada masa free boleh jalan2 dan shopping kat sana.

  7. Tak pernah lagu buat korban luar dari Malaysia. In Shaa Allah akan laksanakan jika berkesempatan

    • Kalau dah biasa buat korban dalam Malaysia, sekali sekala boleh juga buat korban luar dari Malaysia, seperti buat korban di Kemboja. Umat Islam di Kemboja lebih ramai yang memerlukan sumbangan daripada kita.

Leave a Reply to Oja SamidCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *