Peluang Menang RM3,000 Setiap Hari

Peluang untuk menang RM3,000 setiap hari dengan contest mudah. Jom sertai contest “Yeo’s 80 Days Drink to Cash” sekarang! FYI, contest ni sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tapi masih sempat lagi untuk kita join, dan peluang untuk menang pun ada lagi. Ramai juga dah menang wang tunai RM3,000 melalui contest yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia ni.

Bulan lepas aku pergi majlis penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang terawal contest ni. Best je tengok pemenang tersenyum gembira dapat hadiah RM3,000. Banyak tuu.. Macam-macam boleh buat dengan duit sebanyak RM3,000.

Yeo's 80 Days Drink to Cash menang RM3,000

Contest “Yeo’s 80 Days Drink to Cash” akan berakhir pada 31 Mei 2014 (Sabtu). Tinggal beberapa hari saja lagi peluang untuk hantar penyertaan dan menang wang tunai melalui contest ni.

Bila contest dah hampir tamat, ada yang bertanya “Macam mana nak join?“, “Macam mana nak hantar penyertaan?“. Masih ramai rupanya yang tak berapa faham atau kurang jelas cara nak join contest anjuran Yeo’s ni.

Cara Sertai Contest Yeo’s 80 Days Drink to Cash

Pertama sekali apa yang diperlukan semestinya produk minuman Yeo’s. Beli mana-mana air Yeo’s, Justea atau SoyRich bungkusan Tetra Pak 250ml, Tetra Pak 1L, PET Bottle 350ml, PET Bottle 500ml atau PET Bottle 1.5L. Pastikan ada kod unik (Kod Peraduan) pada kotak dan bawah penutup botol. Kod tu akan digunakan untuk hantar penyertaan.

Kalau takde sebarang kod pada air kotak atau botol, boleh gunakan resit pembelian untuk hantar penyertaan.

Produk minuman Yeo's untuk penyertaan Contest Yeo's 80 Days Drink to Cash

Oleh kerana contest Yeo’s 80 Days Drink to Cash ni menggunakan aplikasi WeChat untuk hantar penyertaan, jadi kenalah install aplikasi WeChat di smartphone dan follow Yeo’s Malaysia ( WeChat ID: YeosMalaysia ) melalui akaun WeChat masing-masing atau boleh juga scan QR code dalam gambar di bawah ni.

Contest Yeo's 80 Days Drink to Cash dengan kerjasama WeChat

QR code boleh scan guna fungsi scanner yang tersedia dalam aplikasi WeChat.

Bila semua dah sedia, dah ada kod penyertaan dan dah install WeChat, ambil gambar kod yang ada di kotak dan botol air minuman Yeo’s. Kalau takde kod, ambil gambar resit pembelian. Pastikan gambar terang dan jelas nampak kod tu.

Bukti pembelian untuk penyertaan contest Yeo's 80 Days Drink to Cash

Cara ambil gambar produk minuman Yeo’s :

  1. Tetra Pak 250ml : Straw dicucuk pada lubang atau kotak dileperkan.
  2. Tetra Pak 1L : Penutup dalam keadaan terbuka atau kotak dileperkan.
  3. PET Bottle : Penutup botol dibuka dan berada di tepi botol.

Lepas dah ambil gambar, buka aplikasi WeChat untuk hantar gambar yang dah diambil. Lepas tu ikut arahan yang diberi oleh Yeo’s Malaysia melalui aplikasi WeChat. Sebelum penyertaan disahkan terima, kena tonton 1 video pendek iklan Yeo’s dan jawab soalan berdasarkan video tu. Soalan mudah je.

Setiap peserta boleh hantar seberapa banyak penyertaan asalkan kod peraduan berbeza. Setiap kod peraduan berhak untuk 1 penyertaan sahaja. Untuk penyertaan yang menggunakan resit pembelian, jumlah penyertaan yang diterima bergantung kepada jumlah pek yang dibeli yang dicetak pada resit.

Contest Yeo's 80 Days Drink to Cash hadiah RM3,000 setiap hari

Senang ke mudah nak join contest ni? Jom lah ramai-ramai join contest Yeo’s 80 Days Drink to Cash. Mungkin anda salah seorang pemenang RM3,000 atau mungkin dapat menang hadiah grand prize RM100,000. Woww!!

Juga jangan lupa follow Facebook Yeo’s Malaysia untuk sama-sama ikuti perkembangan daripada pihak Yeo’s berkaitan contest ni. Mana tahu nanti nama anda diumumkan kat situ sebagai pemenang, memang best lah. Senarai pemenang juga akan diumumkan melalui WeChat.

YEO’S – PILIHAN SEMULAJADI

 
p/s: Hari ni (11/5/2014) merupakan hari terakhir jualan gudang Yeo’s Malaysia di Seksyen 15 Shah Alam, bermula 10am hingga 5pm. Jom ke sana!

Jualan gudang Yeo's Malaysia Seksyen 15 Shah Alam

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

9 Comments

  1. salam kenalan,

    wahhh… dah beberapa bulan saya follow tapi x join contest.. adik ipar yang beriya dan ada menang Rm100..

    Tahniah pada yang berjaya dan good luck untuk RM100k challenge
    Jom baca entri terbaru di blog tutyrahiza – [ Testimoni ] Mealshake Untuk Anak Kesayangan Rita RudainiMy Profile

  2. Alaaaa semalam baru buang satu kotak tetrapak yeos soya 1L…ruginyaaaa
    Jom baca entri terbaru di blog zara – Tenanglah Di Sana AdikkuMy Profile

  3. dpt RM3000 pon ok ape….
    Jom baca entri terbaru di blog Manan Qayyim – Pameran Kerjaya dan Postgraduate, Graduan Aspire 2014My Profile

  4. Kembung la perut aku lepas nie. Hari2 minum Yeos. hehehe… :)
    Jom baca entri terbaru di blog muhammad Hizwan – Kos Sebenar Google Glass Hanya RM482.78My Profile

  5. Tahniah kepada yang dah menang..
    Masih ada peluang lagi ni..rugi kalau tak join..
    Jom baca entri terbaru di blog iOSGEAR – Perbezaan Antara iPhone 6 Dan iPhone 5s Yang Lebih Terperinci [Gambar]My Profile

  6. ada peluang lagi ni nak menang!! yeahh!!
    Jom baca entri terbaru di blog Tengku Syukri – Oh My English! Musim Ketiga Kini KembaliMy Profile

  7. macam senang je nak join… tq for info.
    Jom baca entri terbaru di blog piston pecah – Semakin rapat, Semakin Kau Menjauh.. Ohh, Relakan Jiwa.My Profile

  8. terbaik nih… kepada yang mahu turut serta.. kena cepat.. lagi berapa minggu jer nih.. huhu
    Jom baca entri terbaru di blog zik – Keputusan Pahang vs selangor 10 mei 2014My Profile

  9. peluang untuk menang dan menang lagi…!!!
    Jom baca entri terbaru di blog KiD – Eh Eh Bazaar Peluang untuk Usahawan Online MelayuMy Profile