Pasang Sistem Operasi Windows 8 dalam Laptop

Malam hari Jumaat lepas aku pasang sistem operasi Windows 8 di laptop aku. Mulanya aku format laptop sebab laptop dah rasa semakin berat bila nak buat kerja. Format balik dengan Windows 7. Tapi entah macam mana ada sesuatu yang tak kena, laptop aku jadi gila asyik restart sendiri. Tak tau la sama ada masalah laptop atau masalah installing Windows 7. Naik risau jugak masa tu.

windows 8 pro activate

Tiba-tiba teringat installer Windows 8 yang aku download beberapa hari lepas. Aku pun cuba la kot-kot laptop boleh pulih balik. Aku terus buat clean install Windows 8 kat laptop ASUS aku dan berdoa banyak-banyak dengan harapan laptop aku tak kena hantar repair kat ASUS centre. Kang tak pasal-pasal hilang lagi semua fail kerja aku macam dulu. Nasib baik pasang Windows 8 tak berlaku apa-apa masalah. Laptop berjaya dihidupkan.

Dari segi pemasangan sistem operasi Windows 8 lebih pantas berbanding install Windows 7 (guna DVD installer). Itu kalau buat clean install. Kalau upgrade daripada Windows 7 aku tak tau macam mana proses dia. Tak sempat nak try. Tapi aku rasa better buat clean install lagi bagus. Sisa-sisa dari pemasangan Windows sebelum ni akan dibuang sepenuhnya.

Untuk start, restart dan shut down Windows 8 pun lebih pantas membuatkan aku jadi rasa semakin suka dengan Windows 8 ni.

Sistem Operasi Windows 8 Pro

“Metro” Start Screen pada Windows 8 yang sangat menarik

Lepas log masuk ke Windows 8 akan nampak paparan “Metro” Start Screen yang sangat cantik. Start Screen ni berfungsi sebagai ‘launcher’ bagi apps dan software di Windows 8 menggantikan fungsi Start Menu pada versi Windows yang sebelumnya. Mula-mula rasa menyusahkan jugak bila takde Start Menu macam Windows 7. Nak buka software pun payah. Tapi bila aku dah faham cara guna Start Screen ni, rasa macam guna Windows 7 jugak cuma dengan paparan yang berbeza.

Ada banyak lagi fungsi Windows 8 yang aku tak sempat explore. Kena cari dulu entri blog kawan-kawan yang dah buat review panduan guna Windows 8. Senang sikit nak buat rujukan nanti.

Bagi yang masih pakai Windows 7 tu, bertukarlah kepada Windows 8. Mula-mula akan rasa pening lalat dulu sebab Windows 8 sangat berbeza dengan versi Windows sebelum ni. Aku ambil masa lebih kurang 15 minit kot nak biasakan diri guna Windows 8. Lepas tu dah boleh guna macam biasa. Windows 8 memang BEST!

ps: Ada sesiapa nak link download Windows 8 ke? Atau nak minta aku tolong ‘bakar’? Hehe.


45 Comments

  1. ida says

    Bro.. share link tu boleh… laptop saya ni dah mmg berat ssangat2.. tapi sy tak tahu nak rebootkan … leh tolong ajar kan..
    laptop saya acer aspire 4950

  2. bc gold says

    boleh bg link window 8 serta dengan key juga activate dia…… jika boleh sila hantar ke emel saya.

    terima kasih.

  3. says

    Saya mula-mula guna dulu,mengagau nak cari button shutdown,siap bertanya kat fb lagi tu.Memang best,kalau yang preview dah habis tempoh percubaan,akan restat lepas guna 1 jam,dan akan restat lepas dua jam.

    Sebab geram hari tu,terus beli kat microsoft,masa tu promosi 39.99 usd,last promosi 31/1/2013…lepas tu Mak aiii harga dia boleh tahan kalau convert ke RM.Rasa tak nyesal beli n guna window 8 nih.

    Perasan tak kalau guna internet explorer lagi laju dari google chrome?
    Entri terbaru di blog azman : Destinasi Percutian Melastik BintangMy Profile

  4. says

    A few days lepas pelancaran win 8 ni bulan 10 tahun lepas, saya terus beli dan try. Mmg OS terbaik keluaran microsoft!
    Entri terbaru di blog MK Kimi : DrastikMy Profile

    • says

      @MK Kimi, Nanti akan datang Windows 9 pulak akan jadi produk terbaik Microsoft.. Sama2 kita tunggu.. Mesti akan lebih hebat dari Windows 8.. huhu.. Buat masa sekarang, Windows 8 adalah produk terbaik keluaran Microsoft..

      Sape2 masih guna Windows XP atau Windows 7 tu bertukarlah kepada Windows 8 SEKARANG!! :cool:
      Entri terbaru di blog Anarm : Pasang Sistem Operasi Windows 8 dalam LaptopMy Profile

  5. says

    lama dah pakai windows 8 sejak tempoh percubaan hingga ke pro sekarang ni… kalau dah guna x nak patah balik dah :)

    auc buat dual boot dengan satu lagi OS iaitu “Pear Linux”. Kena pasang ni sebab kalau apa2 terjadi windows kena virus ke dia tukang baikinya hehehe
    Entri terbaru di blog auc : Video Ustaz Azhar Idrus di TV3My Profile

  6. Megat says

    honestly, aku masih pening guna Windows 8 ni. Tapi kat opis la, genuine tp guna yang Single. Aku suka part laju ;)

    p/s: terasa ada mention perkataan BAKAR! boleh BAKAR kan 1 narm? hehe.

Trackbacks