Nombor Baru Akaun Bank CIMB

Beberapa hari lepas sistem CIMB Bank melalui tempoh selenggara selama lebih kurang 3 hari menyebabkan keseluruhan sistem perbankan CIMB tak boleh guna waktu tu. Nasib baik ada duit lagi dalam Maybank, kalau tak kering aku 3 hari nak kena tunggu CIMB.

Sekarang CIMB Bank dah kembali beroperasi. Aku tengok macam takde perubahan pun. Tak tahu lah apa yang diorang selenggara atau upgrade. Apa yang aku perasan cuma nombor akaun CIMB dah berubah menjadi 10-digit berbanding 14-digit sebelum ni.

perubahan pada nombor akaun CIMB bank

Nombor baru akaun CIMB bank yang menggunakan 10-digit (bukan angka sebenar)

Tak pasti nombor lama akaun CIMB masih boleh digunakan atau tidak. Ada orang cakap dua-dua nombor masih boleh guna untuk akaun yang sama.

Tapi kalau nak kena guna nombor baru aku rasa awal-awal ni macam susah sikit nak ingat. Dari dulu guna nombor lama sampai dah hafal dalam kepala, tiba-tiba kena tukar nombor baru memang ambil masa nak ingat nombor lain. Dah la nombor baru ni tak cantik. Nombor lama lagi cantik.

Serius tak cantik nombor baru akaun CIMB aku! Nombor baru CIMB korang cantik tak?


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

50 Comments

Trackbacks