Nokia 3310 Versi Baharu

Telefon bimbit Nokia 3310 sangat terkenal dengan ketahanan dan kekebalannya. Walaupun terjatuh banyak kali, masih elok. Boleh main baling-baling lagi. Tak ada masalah langsung. Cuma tercabut casing je.

Terendam dalam air pun masih boleh berfungsi dengan baik.

Siapa pernah miliki Nokia 3310 dulu mesti tahu betapa hebatnya telefon ‘tiga tiga sekupang‘ ni.

Telefon bimbit Nokia 3310 versi asal

Aku antara yang pernah miliki telefon bimbit Nokia 3310 (juga Nokia 3315, Nokia 2100 dan Nokia 1100).

Bagi aku, Nokia 3310 telefon bimbit terbaik sebelum munculnya telefon pintar dan canggih pelbagai jenama seperti yang ada di pasaran sekarang ni.

Nokia 3310 Kembali dengan Rekabentuk Moden

Kini, telefon bimbit Nokia 3310 kembali dengan sentuhan baharu.

Kelahiran semula Nokia 3310 keluaran tahun 2017 ini didatangkan dengan rekabentuk yang nampak lebih moden berbanding versi asal, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri feature phone, bukannya sebagai sebuah telefon pintar Android atau iOS.

Nokia 3310 versi baharu dan versi lama
Nokia 3310 versi baharu dan versi lama

Dari segi rekabentuknya masih mengekalkan rekaan klasik, tetapi dengan sentuhan gaya moden. Susunan butang masih lebih kurang sama seperti Nokia 3310 dahulu.

Perubahan dilakukan pada saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna, serta fungsi kamera 2MP dan juga internet. Permainan “Snake” atau game ular turut disertakan. Best main game ular ni..

Ciri-Ciri Nokia 3310 Versi Baharu

Berikut ciri-ciri telefon bimbit Nokia 3310 keluaran baharu tahun 2017 :

  • Menggunakan sistem operasi Nokia S30+
  • Saiz skrin 2.4″ dan berwarna
  • Ruang storan 16 Megabyte dengan sokongan MikroSD sehingga 32 Gigabyte
  • Sebuah kamera tunggal 2-Megapixel pada panel belakang
  • Datang dengan pilihan 4 warna — Merah, Kuning, Kelabu dan Biru
  • Simkad — Single SIM atau Dual SIM
  • Menyokong rangkaian internet 2.5G
  • Bateri 1200mAh dengan keupayaan bertahan sehingga 30 hari (standby) dan masa bercakap 22 jam
  • Ada game ular

Tengok pada kesemua ciri yang dinyatakan tu, pada pendapat aku Nokia 3310 versi baharu 2017 ni nampaknya menarik juga. Mungkinkah sama tahan lasak seperti Nokia 3310 versi asal?

Nokia 3310 versi baharu tahun 2017

Aku tertarik dengan keupayaan baterinya yang boleh bertahan selama SEBULAN! Lama tuu..

Sesuai sangat Nokia 3310 ni dijadikan sebagai telefon kedua. Tak perlu kerap cas bateri. Boleh standby untuk panggilan dan SMS, atau boleh guna bila telefon utama habis bateri.

Permainan “Snake” atau game ular pun menarik juga.

Teringat kenangan lama satu ketika dulu aku pernah pegang rekod tertinggi main game ular di kalangan kawan-kawan. Tak ada siapa yang boleh lawan. Hahaha.

Nokia 3310 Snake (game ular)

Nokia 3310 keluaran terbaru ni belum ada di pasaran Malaysia. Tak tahu bila akan masuk pasaran negara ni.

Dari segi harga, Nokia 3310 ini mungkin dijual pada harga sekitar RM200 – RM300 sebuah.

Ada juga dengar-dengar harganya RM230. Tak pasti lagi sudah disahkan atau belum. Sama-sama kita tunggu kemunculannya.

Dah masuk pasaran Malaysia nanti memang aku akan beli Nokia 3310 versi baru ni. Korang pula macam mana? Tak teringin ke miliki telefon ‘legend‘?

19 Comments

  1. Tapi sebenarnya kalau nokia sediakan hanya whatsapp sekurang2nya bagi mengawal kuasa bateri, aku rasa nokia ni akan laku keras dipelusuk dunia. tapi sayang macam tak boleh je. orang pun mungkin dah jarang nak sms ni kan. btw good info

  2. Memang evergreen nikia 3310 i
    .
    Secara peribadi.
    .
    saya suka simpan satu hand phone yang simple macam ni
    .
    Sebagai kecemasan
    .
    Tak perlu risau bateri habis kan

    • Berguna bagi sesetengah orang. Lagipun tak semua orang guna smartphone sekarang ni. Masih ada lagi yang guna basic phone.

      Saya pun ada 1 basic phone. Jadikan phone kedua. Guna simkad nombor berasingan untuk fungsi asas je — call dan sms.

      Smartphone dan basic phone ada kategori pengguna dia tersendiri.

Leave a Reply to zikCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *