Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Minggu lepas aku pergi The Mines nak beli phone baru. Mulanya bercadang nak beli phone Ninetology Black Pearl 2. Rasa berkenan dengan Black Pearl 2 lepas baca entri review di blog Nisa Kay. Tapi aku terlambat sebab stok Black Pearl 2 dah habis. Cis! Ramai sangat yang beli Black Pearl 2 memandangkan harganya yang murah bila menggunakan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (SKMM).

Oleh sebab Ninetology Black Pearl 2 dah habis stok, awek kedai phone tu hasut aku supaya beli Ninetology Insight. Hasutan dia berjaya lepas aku try godek handphone tu aku pun terus beli. Aku beli Ninetology Insight i9430 Black dengan harga RM499 selepas menggunakan rebat RM200. Harga asal adalah RM699.

ninetology insight rebat rm200 pakej komunikasi belia

Aku suka tengok design logo Ninetology. Simple je tapi smart. Warna hitam-merah pada kotak dan putih-merah pada paperbag dia tu nampak menarik.

Lepas dah balik rumah aku terus unboxing Ninetology Insight yang aku beli. Ninetology Insight ada 2 warna – putih dan hitam. Aku beli Ninetology Insight i9430 warna hitam.

unboxing ninetology insight i9430 black

Dalam video atas ni Ninetology Insight dia datang dengan pakej DiGi Prepaid Smart Plan, tapi yang aku beli takde dan tak kena daftar pun dengan mana-mana pakej telekomunikasi. Just bagi salinan borang Pakej Komunikasi Belia je.

Spesifikasi Ninetology Insight i9430

Dimension 126.9 mm x 66.5mm x 10.8mm
Weight 160g (with battery)
CPU Dual Core 1.0 GHz
Operating System Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich
Memory Internal 4GB ROM / 512MB RAM
External Storage MicroSD, up to 32GB
Display Size 4.3”
Resolution 480 x 800 (240 ppi pixel density)
Technology IPS, One Glass Solution, Capacitive, 16.7M colors
Connectivity Network GSM 900/1800 MHz, WCDMA 2100MHz
SIM 1 GSM / WCDMA
SIM 2 GSM / WCDMA
Data HSDPA , HSUPA, EDGE & GPRS
Wifi Yes ( 802.11n, 802.11g, 802.11b)
Bluetooth BT 3.0
GPS/ AGPS Yes / Yes
Camera Rear Camera 8.0 MP
Front Camera 2.0 MP
Features Face Detection, Auto Focus, LED Flash, HDR, Panorama Mode
Sensor Proximity Sensor, Accelerometer Sensor (3D)
Connectors USB USB 2.0
SD Slots Yes
Audio Output 3.5mm Audio Jack
Power & Battery Capacity Li-lon 1800mAh
Multimedia Player MP3 / MP4 Player
Audio Format MP3 / MIDI / AAC / AMR / WAV
Voice Recording AMR / 3GPP / OGG
Video Format 3GP / MP4 / AVI
Video Recording 3GP (max 1280x720p@29fps)
Features 3G Video Call
Apps Social Network Facebook
Productivity & Utilities Gmail, Google Maps, Go Launcher EX, M-Warranty
Gaming -
Entertainment Youtube, Radio FM
Appstore Google Playstore, Apps Center
Browser Android Native Browser, QQ Browser
Accesories Charger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector, User Manual, Warranty Card
Packaging Matt Paper Box

Apa yang membuatkan aku berminat dengan phone Ninetology Insight ni adalah sebab dia menggunakan sistem operasi Android. Aku memang penggemar Android sebab boleh customize macam-macam gaya. Kamera dia pun boleh tahan 8.0 MP dengan fungsi lampu flash. Kamera depan pula 2.0 MP. Specs lain korang tengok sendiri la aku dah letak kat atas tu.

Kelemahan Ninetology Insight i9430

Kelemahan phone Ninetology Insight (adik-beradik Ninetology yang lain pun sama) paling ketara adalah pada bateri dan fungsi GPS. Bateri dia cepat habis. Tapi ada cara nak selesaikan masalah tu. Cuma perlu matikan atau buang aplikasi-aplikasi seperti Go Launcher EX, M-Warranty dan sebagainya. Aplikasi tu yang menyebabkan bateri phone cepat habis.

Aku dah ‘root’ Ninetology Insight aku. Lepas beli terus aku ‘root’. Hahaha. So, aplikasi-aplikasi tu aku boleh delete walaupun phone dah set aplikasi tersebut sebagai default. Aku delete guna aplikasi Titanium Backup Pro.

Fungsi GPS pada Ninetology Insight pulak memang di tahap yang teramat-amat teruk dan slow. Dah banyak kali aku test GPS dia, lambat giler nak lock. Untuk masalah GPS tu pun ada penyelesaian dia. Geng otai pengguna phone Ninetology ada kongsikan file yang boleh selesaikan masalah GPS tu. Tapi aku tak try lagi.

Bagi phone yang GPS dia rosak boleh terus pergi centre Ninetology. In shaa Allah boleh tukar phone baru sebab dalam tempoh 3 bulan kalau phone ada masalah Ninetology akan tukarkan phone baru (1 to 1 exchange). Warranty pulak 1 tahun.

ninetology insight i9430

Phone Ninetology Insight aku masih dalam keadaan berbogel tanpa baju. Tak tau kat mana nak cari dia punya casing. Dah tanya kat kedai tapi diorang cakap belum ada lagi casing untuk Ninetology sebab phone baru keluar.

Risau jugak nak biarkan phone berbogel tanpa baju. Takut calar je. Tapi mamat ni ada guna casing untuk phone Ninetology Insight dia. Katanya ada jual kat Lowyat. Nak kena pergi sana la jawabnya nanti.

casing ninetology insight

Cun pulak aku tengok casing Ninetology Insight macam ni

Bila dah bertukar guna Ninetology Insight ni rasa rindu pulak dengan phone lama aku Samsung Galaxy S. Phone lama aku dah bagi wife aku guna. Sebelum ni dia guna Galaxy Mini. Bagi dia merasa pakai phone besar sikit. Aku nak belikan dia Ninetology jugak hari tu tapi dia taknak. “Nak tablet” kata wife aku. Adehh..

*Credit: Ninetology Sabah (Thanks for the video)

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

79 Comments

  1. saya nak tanya kenapa fon ninetology nih da problem dengan sim xleh detect kat fon tu. col xleh masuk tp boleh col keluar. . dh cek sim masuk kat fon lain boleh jew guna. bila masuk kat fon nih terus xleh detect. dia keluar no sim and emergency col only. .tp network coverage ada jew. kenapa erk?? taw x? tp kalo nak msg we chat n fb boleh jew. .

  2. ad install app pstu reboot hp jd blank je… death i think… do u know how to fix it? pls help~

    • hendra yudi says:

      broo saya dari indonesia kebetulan sya di beri Hp Ninetology tipe i9430 oleh kakak saya, beliau saat ini sdh meninggal dunia< tapi sy tdk bisa menggunakan Hp ini untuk panggilan keluar atau masuk tapi kalau fictur yg lainnya bisa digunakan hanya panggilan masuk dan keluar saja yang tidak bisa padasaat sy coba hub keluar dilayar tertulis " SAYANGNYA,PROSES COM.ANDROID.PHONE TELAH BERHENTI." maksudnya apa ya? dan cara memulihkannya bagaimana biar saya dapat menggunakan telepon masuk atau keluar. tks

      • Cara paling mudah untuk pulihkan masalah itu dengan cara hard reset (Reset to factory setting).. Phone akan kembali kepada asal seperti baru dibeli.. Pastikan sebelum hard reset, back up / copy segala data atau file penting yang ada di dalam phone seperti gambar2, contact number, dan lain2..
        Entri terbaru di blog Anarm : Masalah Talian CelcomMy Profile

  3. jadi, taklah teruk sangat..boleh masuk list dulu…hhee

    thanks bro anarm!
    Entri terbaru di blog hafizmd : Segmen – Saya Mahu DitegurMy Profile

  4. Dah try wat root smpi kt device manager x jumpe android phone lak dia kuar nama phone je.. cmne ye leh tnjk kan contoh x hehe

  5. salam…sy da beli insight ne bulan 5ritu…xtau laa sy sorg je ke or ada yg len pn sama…nset ne asyik off sndri..pstu kdg2 wlpun xguna,bateri panas gla mcm nk meletup..cas lama gila tp abis mcm air…xsmpy sari pn…

    da anta kt centre,depa service…lps 3mgu,dpt balik,sama jugak + xboleh nk on hp…anta pulak..lpas sbulan,dpt balik…on je langsung hang..bengang gila…mengamuk kt ninthology pya fb,dy ckp by 26/8 hp ready,hq akan kol ntok pick up..tp harammm xdak jgk….pstu lpas smgu mnx kta plak kol depa utk arrange pick up…tp kol harammm xjawab….rasa cm nk saman ja company ne….geram!!!!!!!!

  6. salam bro kita nak tnye law kad warrent dia hilang kta buleh p hntar blik dak coz fon sya xtaw npe xleh on trus

  7. Rebet aku memilih untuk tidak guna. Sebab takde duit nak beli
    Entri terbaru di blog ProfHariz : Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa serta Niat Ganti PuasaMy Profile

  8. outlook tablet aku terkunci.. terlalu banyak pola masuk.. cara mengatasi nya gmna bang :cwy:

  9. Faatihah says:

    Assalamualaikum, ncik,

    nak tanya pasal camera. kalau samsung kan screen dia super amoled, even 5.0 MP da nampak cantik, tapi bile transfer kat laptop, biasa2 je. huhu. kalau ninetology insight ni, cane camera dia ea? ok x gamba bile transfer kat laptop? sebab nak cari smartfon yg camera ok.
    Terima kasih. :happy:

  10. Salam bro.. nk tnye yer..npe insight nie ble pkai…percentage battery cepat turun..mcm air je turun… mmg x tahan lame… *cane nk bg jimat ey battery dye tanpa root leh ke… *lg satu klu root nie warranty hilang x bro ? tq

    • Waalaikumussalam.. Insight yang standard dr kedai memang bateri cepat habis.. Boleh disablekan beberapa apps seperti go launcher, m-warranty, qq browser, qq doctor yang jadi punca bateri cepat habis.. (Setting > Apps)

      Kalau root, boleh terus buang je apps tu.. Storage pun bertambah sikit bila dah buang beberapa apps..

      Root memang dikira warranty hilang.. Tapi boleh Fully Unroot balik..
      Entri terbaru di blog Anarm : Buat Duit Online dengan AssignJobs.comMy Profile

  11. Dzikri Asmawi says:

    Salam, nak tanye, yang root2 tu untuk ape ek? ape tujuan dan fungsi “root” tuh???… boleh citer skit x?tq…

    • Waalaikumussalam..

      Fungsi Root ni memberi hak penuh kepada pengguna untuk masuk ke sistem phone Android.. Bila dah Root, pengguna dapat modify file2 atau data2 yang ada pada sistem Android..

      Dalam keadaan standard / baru beli kat kedai (belum root) file sistem Android tu tak boleh di-akses sebab pengeluar phone Android block akses ke sistem, takut pengguna (yang tak tahu apa2) tersalah godek file yg akan buat phone rosak..

      Bagi pengguna yg dah advance tentang sistem Android, root akan beri kelebihan untuk dia tingkatkan performance sebenar peranti Android..

      Lebih kurang jugak macam sistem operasi komputer Windows, fungsi root Android adalah memberikan hak “Administrator” kepada pengguna.

      Istilah “Root” untuk Android = istilah “Jailbreak” untuk iPhone..

      Harap boleh faham dengan penerangan ni.. TQ..
      Entri terbaru di blog Anarm : Komisyen Affiliate eQurban.comMy Profile

  12. ain ali says:

    Sy pun baru je beli fon ni.ok jugak.tp msalah batt..cane nk gne titanium backup pro tu cik?

    • Pertama sekali, untuk guna Titanium Backup phone kena ROOT dulu.. Bila dah root baru boleh guna fungsi yg ada pada Titanium Backup.. Boleh guna untuk backup dan restore apps yg ada dalam phone.. Selain tu boleh guna untuk matikan proses mana2 apps dan juga delete apps yg tak digunakan sangat atau apps yg banyak guna kuasa bateri..

      Cara guna dia just klik2 je kat senarai apps yg ada dalam tu..
      Entri terbaru di blog Anarm : Komisyen Affiliate eQurban.comMy Profile

  13. Salam bro , mane nk dapat bag die , susah lah nk dpt

  14. abd salam says:

    salam bang..nak tanya cmne nak root hp insight ni..leh bgtau x..

  15. Areten says:

    :smile: Salam bro…
    bleh x ajar sikit camana nak buat bateri Ninetology insight x cepat abis bateri ? saya nie baru jer guna dalam 1 mgu….arie2 cepat sgt abis baterinya…..Tolong yer bro….

    • Waalaikumussalam.. 1st sekali try upgrade versi firmware Ninetology Insight tu.. Versi sekarang i9430.2.05.301 (boleh check kat Setting > About phone).. Ada jugak yg bagitau versi latest i9430.2.08.408 tapi blom ade lagi yg share.. Boleh upgrade firmware di Service Centre Ninetology.. nak buat sendiri pun boleh, itu pun kalau berani laa.. (lepas upgrade, data2 dalam phone akan hilang semua)..

      Kalau phone memang dah guna firmware yg latest, buat cara ni pulak.. Tapi cara ni warranty akan terbatal sebab kena ROOT phone Insight untuk bolehkan kita buang apps yang banyak guna bateri.. contoh apps seperti Go Launcher EX, M-Warranty, QQbrowser, dan lain2..

      Lepas dah buang/disable semua apps tu, bateri akan jadi tahan lama sikit.. Saya dah buat semua tu, memang bateri lambat habis, boleh tahan sampai 2 hari dengan penggunaan maximum, 24jam on data internet, main game, whatsapp, wechat..
      Entri terbaru di blog Anarm : Menjamu Selera di Rumah Makan CibiukMy Profile

  16. fyraxapple says:

    salam bro..ak bru strt gne phone insight ni, cne ye nk solve gps dia?

    • Check GPS dulu berfungsi atau tak guna aplikasi “GPS Test”.. Tunggu lebih kurang 5-10 minit.. Kalau ade bacaan di GPS Test bermaksud GPS phone takde masalah.. Kalau takde bacaan, GPS phone rosak, boleh hantar ke service center Ninetology..

      Kalau GPS phone ok, buat cara ni:

      1. Pastikan phone dah ‘root’..

      2. Install Root Explorer (playstore)..

      3. Download file ‘gps.conf’ (DOWNLOAD DI SINI) lepas tu letakkan di “system/etc”..

      4. Tukar mount R/W –> mount R/O.. (belah atas kanan)..

      5. Tukar permissions jadikan macam ni “rw-r-r” (tick)

      owner : read & write
      group : read
      others : read

      6. Restart phone..
      Entri terbaru di blog Anarm : RM20 Shopping Credits daripada SuperbuyMy Profile

      • kalekatu says:

        maaf.. macam mane nk paste kn file gps.confg dari dwnload folder ke folder sysmtem/etc yg dalam root explorer? then macam mane nak tukar permission “rw-r-r” tu?

        sangt2 memerlukan bantuan, sy pakai ninetology insight, gps test ok.. tp bile guna papago n waze langsung xgerak.. tq!!

        • Copy paste file gps.conf tu guna apps “Root Explorer”.. Phone pastikan dah root.. Lepas dah copy paste masuk dalam folder system/etc, tekan lama2 atas file gps.conf tu dan pilih ‘Permissions’.. Tukar rw-r-r kat situ..
          Entri terbaru di blog Anarm : Pergi Gym Nak Badan Ketak-KetakMy Profile

  17. Macam menarik.

    Tetapi bro serik guna android. masih belum jumpa yang mampu bertahan dengan tahap penggunaan bro.

    Tak suka hp yang hang sampai perlu restart.
    Entri terbaru di blog Bro Framestone : Tip iPhone : Sync Google Contacts Pada Peranti iOSMy Profile

  18. Aku pn bli insight kt the mine.memg bogel.aku pakai casing sony xperia ion skrg.ok cuma insight pendek ckit.stakat ni xder masalah.

  19. Spesifikasi sangat menarik..tak sia-sia kebas time ada rebet nih..hehe
    Entri terbaru di blog Hafizul : Wordless Wednesday #49 – Bersantai Dalam KolamMy Profile

  20. aritu den belikan tuk mak den, so far ok la.. Cuma satu je yg kadang2 den perasan tu bukan wifi kejap ada kejap takde pastu nak caj bateri dia lama gila :D
    Entri terbaru di blog GM : Nitro + AlgorithmMy Profile

  21. Menarik juga spefikasi Ninetology Insight ni,boleh sambar satu tak lama lagi
    Entri terbaru di blog wazy : Cuti Dah Habis BroMy Profile

  22. macam best je narm phone ni..nanti aku pi umah ko nak ushar2…
    Entri terbaru di blog Bean Moreno : Ber’Pukung’ Bukan Satu Penderaan BayiMy Profile

  23. Oneblogsocial says:

    Ramai pula jenama yang guna perisian android,blackberry macah dah tak berkelas.
    Entri terbaru di blog Oneblogsocial : Terimakasih Untuk Wanzawawi.comMy Profile

  24. Salam.nk tnya sket cmna nk root blackpearl2.dh 1mggu suft tp xjmpa lg.tlg ye

  25. Hari tue dah tengok kat berita pasal ninetology. Nak beli was was coz brand dy baru g. nanti dah sebulan, 3 bulan, 6 bulan pakai, boleh wat review.
    Entri terbaru di blog Joe : Plugin CommentLuv Link CleanerMy Profile

  26. Sir Marcello says:

    orang lain dah try macam2 jenis smartphone…aku masih dok pegang blackberry….huhuhuhu

  27. nama black pearl tu mengingatkan saya dengan cerita Pirate of the Carribean :-) Jack Sparrow

  28. yeahh..kita dah jadi geng ninetology.. hehehehe
    Entri terbaru di blog Norfanil : Cara Upgrade Firmware v17 Ninetology Black Pearl 2My Profile

  29. Amirul Aslam says:

    Ayat last ni menarik :

    Aku nak belikan dia Ninetology jugak hari tu tapi dia taknak. “Nak tablet” kata wife aku.

    Hahaha. Habislah…
    Entri terbaru di blog Amirul Aslam : Letak Watermark Dalam Setiap Gambar Anda Secara AutomatikMy Profile

  30. Tengah kumpul mata ganjaran untuk tukar gajet dari Ninetology. :-)

  31. best tu dpt rebat..sy x dpt sbb dh lbh umur..huhu..
    Entri terbaru di blog Ibu Mifzal Arsyad : Pengalaman Pertama Dengan iPhone 5My Profile

  32. beruntung dpat rebat pakej komunikasi belia….
    Entri terbaru di blog sukma : Segmen Blogwalking 24 Jam by Emas PutihMy Profile

  33. baguskan ada pilihan telefon pintar mampu milik mcm ni barulah lebih ramai orang mampu merasa perkembangan teknologi.
    Entri terbaru di blog ejam : Mama Pergi Seminar Berani Berniaga Dr. Azizan Othman.My Profile

  34. terbaik, aku punya rebat dah expire tak sempat rembat smartphone, silap register awal2 huhu
    Entri terbaru di blog Khairul Zamri : Jadual PIKOM PC Fair 2013 (I)My Profile

  35. menarik ni..boleh dipertimbangkan untuk beli..itu pun kalau awek kedai handphone kat mines dapat pujuk aku..haha..
    Entri terbaru di blog wandisini : Maut Tertusuk Buluh BenderaMy Profile

  36. hoho..sudah rembat satu rupanya..
    Entri terbaru di blog titan : Encik Gula jahat!My Profile

  37. Haritu waktu nampak gambar bro beli telefon ni, terus mencari-cari berkenaan brand ni, nampak macam menarik jer… :D

    p/s: aku dah terjebak dengan kegiatan custom rom dah sekarang sejak phone asek hang jer… hehehe

  38. brand baru yer bro?? Tak pernah dengar pulak…tapi smart juga handphone tuh, harga pun ok…
    Entri terbaru di blog papa mifz : Restoran Kapitan PenangMy Profile

Trackbacks

  1. […] baru ni. Aku salah seorang pengguna smartphone jenama Ninetology. Model yang aku guna sekarang Ninetology Insight (model lama Ninetology). Model baru nampak lagi […]

  2. [...] dapat jugak cari casing untuk phone Ninetology Insight i9430 yang aku beli guna Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia hari tu. Sejak beli phone Ninetology Insight [...]