Ninetology Blogger’s Review Program

Dapat email daripada Ninetology Malaysia memberitahu nama aku dah dimasukkan dalam senarai Ninetology Blogger’s Review Program. Program yang diberi nama “Tech Kaiju Arena” ni memberi peluang kepada blogger untuk buat review tentang Ninetology Siri U9 iaitu smartphone Ninetology model terbaru.

Faedah yang akan kita dapat daripada program ini adalah hadiah bulanan yang hebat untuk blogger, vouchers untuk pembaca blog dan akses kepada telefon pintar terbaru di pasaran.

ninetology u9x1 bloggers review program

Antara 3 model terbaru keluaran Ninetology bawah Siri U9 iaitu U9X1, U9Z1 dan U9Z1 Plus, aku pilih untuk buat review model Ninetology U9X1. Kenapa aku pilih model U9X1 sedangkan boleh pilih U9Z1 atau U9Z1 Plus yang lebih mantap? – “Ikut suka aku laa“. Kih3.

Sebab pertama kenapa aku pilih untuk buat review Ninetology U9X1 adalah kerana phone dia WARNA MERAH (selain warna hitam). Nampak smart je. Sebab kedua adalah dari segi specs dia. Memang berkenan betullah aku tengok Ninetology U9X1 ni.

ninetology u9x1 bloggers review program

(Credit gambar: Aloysius Low / CNET Asia)

Harap-harap aku terpilih dalam program Ninetology Blogger’s Review untuk aku review smartphone mereka. Kalau tak terpilih, takpe la nak buat macam mana kan. Aku rasa Ninetology Siri U9 ni performance dia mesti lebih bagus daripada model lama. Aku guna Ninetology Insight sekarang ni pun rasa sangat puas hati. Siri U9 tak tahu la macam mana. Specs lagi power tu! Boleh cuba bandingkan dengan smartphone jenama lain.


28 Comments

  1. says

    Good Luck Bro…. Semoga berjaya mmenjadi pemenang Contest ini… Teringin nak join, tapi tak pandai nak buat Riview…. ;)