Menang Hadiah Beg Sandang Giveaway Orendotmy

Lepas habis tazkirah yang diadakan setiap pagi Jumaat kat ofis tadi, aku terus ON laptop dan check email. Ternampak satu email “Punchtab Giveaway – 2 buah beg sandang. update from Orendotmy“. Bila baca email tu rupanya aku menang hadiah beg sandang giveaway Orendotmy. Nasib baik tak terdelete email tu.

menang beg sandang giveaway orendotmy

Aku dah terlupa aku ada join giveaway Orendotmy. Orendotmy buat giveaway guna PunchTab. Macam biasa kalau dah guna PunchTab, hanya perlu share ke Facebook, tweet Twitter, dan sebagainya la kan. Masa tu takde niat pun nak bolot hadiah. Cuma nak kongsi je pasal giveaway Orendotmy tu dengan kawan-kawan lain. Tak sangka pulak boleh terpilih sebagai pemenang.

beg sandang corak kamera orendotmy

Beg sandang dengan corak kamera hadiah giveaway daripada Oren.MY

Terima kasih En.Oren kerana buat giveaway. Lepas ni kena contact En.Oren bagi detail yang diminta untuk penghantaran hadiah. Ada 2 hadiah beg sandang yang En.Oren bagi. Satu lagi dimenangi oleh Latifahbee, pemilik blog Puanbee.com. Yeayyy! Tahniah.. Tahniah..

Jom singgah blog Oren.MYSumber Vitamin “C” Anda.


23 Comments

Trackbacks

  1. […] Beg sandang hadiah dari Oren.MY dah selamat sampai ke tangan aku. Dihantar oleh brader PosLaju pagi tadi. Comel je beg dia. Saiz beg ni kecil sikit daripada saiz laptop aku. Kalau saiz dia besar sikit memang aku dah guna untuk sumbat laptop je. […]