Masalah Talian Celcom

Hampir sebulan rasanya telco Celcom menyakitkan hati aku dengan masalah line yang sekejap ada, sekejap takde. Paling teruk masa aku perlukan akses internet, masa tu jugak lah line Celcom hilang signal. Kadang-kadang orang tak dapat call aku sebab line takde.

Nak kata masalah handphone aku, rasanya tak, sebab line Maxis aku takde sebarang masalah guna di handphone yang sama. Masalah coverage kawasan? Sebelum ni aku pergi merata tempat tak pernah pulak ada masalah dengan line Celcom.

Celcom Centre Sg. Chua, Kajang

Siang tadi aku pergi ke Celcom Centre untuk komplen tentang masalah ni. Dah hampir hilang sabar dah dengan masalah talian celcom. Nasib baik Celcom Centre yang aku pergi tak ramai orang. Baru ambil nombor giliran, terus dipanggil pergi kaunter. Takyah tunggu lama-lama. Rasa sejuk sikit hati ni.

Aduan masalah talian Celcom

Bila aku jumpa petugas di kaunter Celcom Centre tu, soalan yang dia tanya lepas aku beritahu masalah, “Encik pernah tukar kad SIM tak sebelum guna kad SIM yang sekarang ni? Kalau takde, dah berapa lama guna kad SIM tu?

Lepas bersoal jawab dengan staf Celcom tu, akhirnya aku diberi kad SIM yang baru untuk ganti kad SIM Celcom yang aku guna sekarang. Katanya mungkin kad SIM dah lama sangat. Memang dah lama aku guna kad SIM Celcom ni. Tak pernah tukar.

Aduan masalah talian Celcom Centre

Aku pun ok jela dengan solusi yang dia bagi asalkan dapat selesaikan masalah talian Celcom aku ni. Tukar kad SIM baru percuma je. Harap-harap selesai masalah lepas ni. Kalau masih sama juga, aku pergi serang lagi Celcom Centre tu. Setiap bulan aku bayar bil postpaid. Kalau line asyik bermasalah je baik aku tak payah bayar bil.

Update (8/5/2014) : Line Celcom kembali beroperasi dengan baik lepas tukar simkad.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

33 Comments

  1. Hishamuddin says:

    Saya nak bertanyakan tentang signal celcom di tempat saya iairu di Taman Sg. Kapar Indah. Mengapakah begitu teruk sekali. Pintak puhak celcom ambil tindakan segera.

  2. Hirislamir B Mohd Tahir says:

    I am going to port in to maxis…im not gonna use celcom anymore they are useless in line coverage…the first day of my ramadhan i got issue’s and line shit..this is testing my patience….

  3. Mula2 dulu pakai ok. Tapi sejak kebelakangani asyik EDGE je…
    Entri terbaru di blog Wafa : 24 Hours in BangkokMy Profile

  4. Farid Laham says:

    eh npe ngn celcom ni hehe…

  5. Kadang-kadang celcom ni buat hal juga kat tempat aku. Sekejap ada 3G sekejap edge.
    Entri terbaru di blog yusri : Nutrition Workout Tips for WomenMy Profile

  6. Izzuddin Fauzi says:

    Pernah dengar pasal pertukaran SIM untuk celcom nie… Sebab sim lama dan baru ada perbezaan… Tak ingat dah apa dia perbezaanya :)

  7. Pakai prepaid je senang…
    Entri terbaru di blog Ammar : KISAH MALAM PERTAMAMy Profile

    • Pendapat aku guna postpaid lagi senang.. dan lebih banyak jimat berbanding masa aku guna prepaid dulu..

      Tapi postpaid atau prepaid bukan masalah dia.. yang bermasalah cuma signal line Celcom.. Sekarang dah ok dah lepas tukar simkad baru.. Yeahh..
      Entri terbaru di blog Anarm : Masalah Talian CelcomMy Profile

  8. Umobile pon same je….
    Entri terbaru di blog Manan Qayyim : Domain Terbaru, Berakhir dengan .PHOTOGRAPHYMy Profile

  9. Aku yg pakai sim kas baru pun ada masalah jugak. Line mmg lembab giler semenjak dua menjak ni
    Entri terbaru di blog eXplorasa : Terjah eXplorasa Minggu IniMy Profile

  10. So skrg mcmana bro? Dah ok ke line?

  11. Sebenarnya, beberapa hari ni line Maxis dgn Digi pun ada masalah gak, aku pakai dua-dua line ni, satu postpaid dan satu lagi prepaid. Kejap ada, kejap tak ada. Macam ada sesuatu lak yang berlaku pada talian komunikasi negara …. hmmm …
    Entri terbaru di blog hasrul hassan : SEO Bantu Lariskan JualanMy Profile

  12. tak sangka celcom juga ada masalah..
    Entri terbaru di blog Hero Borneo : Untuk Pembaca Blog Hero BorneoMy Profile

  13. harap-harap ok la selepas tukar kad sim baru tu
    Entri terbaru di blog Noor : Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41My Profile

  14. simkad kalau dah lama atau selalu bukak simkad tukar ke handphone lain..lama2 dia boleh rosak juga.. huhu
    Entri terbaru di blog zik : Keputusan dan kedudukan terkini bpl/epl 3 dan 4 mei 2014My Profile

  15. lama gile rasanya aku tak pakai Celcom..ahaha
    Entri terbaru di blog reezluv : Komisen 74-79 Dari KlikjerMy Profile

  16. Bukan celcom jer.. DG pong kadang2 buat hal…

    Ateh.. dah ok ke
    Entri terbaru di blog nurmisnan : Jom berzumba bersama D’Adza Extravaganza Zumba Love PartyMy Profile

  17. Awek celcom yang tolong ambikkan gambar rupanya..ingatkan pakai tripod dan set timer..hoho..
    Entri terbaru di blog Hairul Azni : Bagaimana Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Job Di RumahMy Profile

  18. Mesti budak kaunter cuak skit bila gambar dia kena snap…. tapi kalau awek kaunter confirm bro layan selfie kan… hehehehe
    Entri terbaru di blog Hazman Fadzil : Hazman Vs Food – CHAMPIONSHIP BBQ BEEF RIBSMy Profile

  19. okehhh

    dah okeh..sila habaq semula.

    aku pakai okeh je nih..
    Entri terbaru di blog titan : Biskut Galleta yang sedap dan yummy!My Profile

  20. lepas sebulan sila update status line, hehe…
    Entri terbaru di blog Mohd Isa : Cara Mengatasi Masalah Kolesterol TinggiMy Profile

  21. celcom.. oh celcom.. hehehe
    Entri terbaru di blog Tengku Syukri : Saham Wakaf Madrasah An-NuurMy Profile

  22. Power ah.. dia bawak jurukamera peribadi ke mana-mana.. hehe
    Entri terbaru di blog azlanvai : Alahai comelnyaMy Profile

  23. Gua syak semua permasalahan yang mu hadapi ada kaitan dengan Lenovo yang mu gunakan…
    Entri terbaru di blog Bro Framestone : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014My Profile

    • Lenovo tak bersalah dalam kes ni bro.. Hahaha.. Lenovo aku ok je guna simkad Maxis.. Cuma celcom je yang buat hal.. Sebelum ni pun line Celcom ok takde masalah pakai kat phone Lenovo..
      Entri terbaru di blog Anarm : Masalah Talian CelcomMy Profile

  24. Harapnya masalah bro selesailah dengan Simkad baru… Kalau tak settle jugak, berubah lah ke U Mobile atau Digital lak. Hehe…
    Entri terbaru di blog Firdaus Azizi : Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…My Profile