Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

MSMW 2013 Soft Launch

Pagi tadi check Gmail tengok ada terima email dari big boss bagitau tentang satu event best nak kena pergi. Kebetulan aku pun ada terima juga email jemputan ke event tu – Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 Soft Launch. Ingat lagi tak event MSMW 2012 yang dah berlangsung dalam bulan Februari dulu? Alaa.. yang bro Denaihati menang kategori “Best of The Best Blog of The Year” tu. Kali ni diadakan lagi untuk tahun 2013. Soft Launch atau Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Social Media Week 2013 ni akan diadakan pada hari Jumaat, 2 November 2012 bertempat di Berjaya Times Square dari jam 4 petang hingga 8 malam.

“There will be top local artistes joining. Not enough? Top political leaders, speakers, companies, medias and more are joining too.

There will FLASH MOB by our team too!

What are you waiting for? JOIN NOW…”

Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch

Event Soft Launch Malaysia Social Media Week 2013 ni kita boleh hadir bersama rakan-rakan dan keluarga. Ada banyak permainan dan hadiah menarik menanti pada hari tersebut. Di samping tu ada jualan T-shirt MSMW 2013 yang cantik. Siapa yang paling awal order T-shirt MSMW 2013 ni akan dapat harga diskaun. Aku berkenan yang kaler hitam tu. Kaler pink pon cantik jugak. Hehe.

T-shirt MSMW 2013

Untuk order T-shirt ni hanya perlu hantar mesej peribadi (PM) kepada Facebook MSMW dengan menyatakan butiran Warna Baju, Saiz Baju (S, M, L, XL, XXL) dan Kuantiti. Kemudian akan diberitahu cara-cara seterusnya untuk pembelian baju tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Malaysia Social Media Week 2013.

Hari Jumaat ni lepas solat Jumaat aku terus gerak ke Berjaya Times Square pergi Majlis Pelancaran Malaysia Social Media Week 2013 ni. Ada sesiapa sudi temankan tak?


Update: Tak dapat jemputan pun boleh pergi. Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk hadir dan memeriahkan Majlis Pelancaran MSMW 2013 esok (Jumaat).

MSMW2013 Invite All Malaysian

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

36 Comments

  1. As-Salam Anarm… dah tahu pemenang ke? Dgrnya … kalau ada undian tertinggi tak semestinya menang ye. Ada libatkan juri. :)
    Jom baca entri terbaru di blog hasrulhassan – Minggu Media Sosial Malaysia 2013 (MSMW2013)My Profile

  2. beruntung betul yang dapat pergi ke majlis ni
    Jom baca entri terbaru di blog donnyien – Artis undangan?My Profile

  3. Berapa harga tshirt ni bro??cantik jer color biru tu..hehe
    Jom baca entri terbaru di blog Hafizul – iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  4. tadi hantar handphone dekat plaza berjaya nampak diorang tengah bersiap2 untuk acara ni.
    Jom baca entri terbaru di blog Hazmin Hamudin – Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk HospitalMy Profile

  5. Bro plan nak pergi hari ini.. Tapi keadaan tidak mengizinkan…
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Teknik Mengular Waktu Kerja Tanpa Dikesan Oleh MajikanMy Profile

  6. Baju warna biru dan hitam tu memang cantik
    Jom baca entri terbaru di blog wazy – Review : ImanPuri Sdn. Bhd.My Profile

  7. macam seronok kalau pergi ni..mesti ramai blogger kat sana..tapi tarikh tu tak berapa cun..hadehh..
    Jom baca entri terbaru di blog hafizrahim – Update Android JellyBean 4.1.1My Profile

  8. Nice. Nak suruh geng2 Woot Media pergilah, tak dpt pergi sbb takde kat Malaysia.

    So, tahun ni ada pertandingan blog tahun lepas ke?
    Jom baca entri terbaru di blog Affan Ruslan – Cadangan dan Kritikan Untuk Blog Eizil.comMy Profile

  9. Baju warna kuning tu cantik jugak.
    Jom baca entri terbaru di blog shaharil – Perancangan Selepas Tamat Praktikal?My Profile

  10. Lawa2 la bajunye.. :biggrin:

    Jom baca entri terbaru di blog Budak Desa – Eh,Roti Telur Haram?My Profile

  11. ko x ajak aku pon anarm
    Jom baca entri terbaru di blog Juan – Melihat Statistik Fail Muat Turun Menggunakan Google URL ShortenerMy Profile

  12. Dapat jemputan gak, tak tau nak p ke tak…
    Jom baca entri terbaru di blog fazrol – ww – Tahukah Anda?My Profile

  13. Acara meriah, mesti ramai nama-nama besar yang akan hadir
    Jom baca entri terbaru di blog samdaddycool – Dalam hidung ada bijiMy Profile

  14. sejak bila hang layan pink nih haa.. haha

  15. aku macam tak dapat pergi.. tapi tak tahu lagilah..
    Jom baca entri terbaru di blog zuls – Apa beza domain dan hostingMy Profile

  16. wah cambest, insyallah cuba hadirkan diri nanti.. hehe

  17. Dapat jemputan tetapi belum pasti pergi atau tidak.
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Wordless Wednesday – # Meniti SenjaMy Profile

  18. mesti best kalau dapat pergi ni…
    Jom baca entri terbaru di blog Melastik Bintang – Wordless Wednesday – Zebra CrossingMy Profile