Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 – Adakah blog AnarmNet ni layak masuk dalam senarai? Rasanya macam tak layak sebab tak cukup kriteria sebagai blog yang terbaik. Huhu. Bukan senang nak dapat gelaran “Malaysia Best Blog” tu.

BEST BLOG, iaitu blog yang terbaik atau paling baik. Banyak kriteria yang perlu diambil kira sebelum sesebuah blog tu layak diberi gelaran tu. Dengan gelaran itu juga ada tugas besar dan berat yang perlu dipikul. Mampukah kita?

Malaysia Best Blog 2015

Setiap orang mesti ada pendapat dan pandangan masing-masing tentang blog-blog yang dirasakan terbaik daripada pandangan kaca mata sendiri.

Aku pun ada blog-blog pilihan aku sendiri yang dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk aku bawa blog AnarmNet milik aku ni ke tahap yang lebih baik seperti blog-blog mereka.

Kriteria Malaysia Best Blog 2015

Pada pendapat aku, untuk masuk senarai Malaysia Best Blog 2015 ni perlu ada kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Blog tersebut perlu mempunyai kualiti dalam penulisannya.
  • Penulisan blog menarik dan mudah difahami oleh pembaca.
  • Penulisan menggunakan bahasa yang betul (tak merosakkan bahasa).
  • Setiap penulisannya memberi impak / manfaat kepada pembaca.
  • Rekabentuk blog yang kemas dan nampak profesional.
  • Pengikut atau pembaca sentiasa ternanti-nanti entri terbaru.
  • Mempunyai interaksi dua hala antara penulis dan pembaca.

Malaysian Best Blog 2015

Senarai Malaysia Best Blog 2015 Pilihan AnarmNet

Tengok blogger-blogger lain pun dah buat senarai blog pilihan mereka yang layak dipanggil blog terbaik tahun 2015.

Di sini aku senaraikan Malaysia Best Blog 2015 pilihan aku.

  1. Denaihati.com – Blog paling berpengaruh di Malaysia yang telah merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan, sudah semestinya menjadi blog pilihan ramai (termasuk aku juga) sebagai Malaysia Best Blog 2015.

    Blog Denaihati.com menjadi sumber rujukan dan inspirasi kepada blogger-blogger lain bukan saja di Malaysia malah juga di Indonesia. Dengan isi penulisannya serta gaya olahan artikelnya yang dikongsikan dengan cara tersendiri dan menarik.

  2. Amanz.my – Blog dalam kategori teknologi yang menggunakan bahasa Melayu dalam penulisannya. Memang susah nak jumpa blog seperti Amanz.my yang sentiasa up-to-date dengan berita-berita teknologi terkini.

    Blog Amanz.my boleh dikatakan sangat hebat sehingga mampu menjadi peneraju dalam ‘niche’ yang dibawanya. Bila fikir tentang teknologi secara tak langsung mesti akan ingat blog Amanz.my ni.

  3. Hidupringkas.com – Blog Hidupringkas.com ni banyak menulis entri-entri tentang dunia keusahawanan dan perniagaan.

    Penulis blog Hidup Ringkas ni juga sering berkongsi tips-tips bisnes termasuk motivasi untuk berjaya dalam perniagaan, sepertimana yang telah dilalui beliau sehingga bergelar usahawan berjaya sekarang ni.

    Sangat sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang baru terjun ke bidang perniagaan dan inginkan sesuatu yang dapat membantu perniagaan yang dijalankan.

  4. Kujie2.com – Blog Kak Jie ni sejak dari dulu memang best dan menarik untuk dibaca. Banyak artikel yang ditulis di Kujie2.com semuanya jenis santai-santai je, tapi penuh pengisian. Gaya penulisan dan olahan artikelnya pun ada ciri-ciri tersendiri yang membuatkan ramai orang jadi tertarik untuk baca setiap apa yang ditulis.

    Sekarang ni nampak Kak Jie dah semakin kurang aktif update blog. Tapi di media sosial Facebook masih aktif dengan update tentang kucing-kucing kesayangannya.

  5. BroFramestone.com – Blog Bro Framestone.com ni antara blog yang aku selalu singgah dan baca artikel yang ditulis. Blogger berperut bulat ni rasanya ramai yang dah kenal, kan? Orang penting dalam kebanyakan program yang melibatkan blogger.

  6. AhmadFaizal.com – Blogger yang sangat terkenal dengan kejayaannya buat duit affiliate dengan blog. Selain tu, Kitab Teknik SEO Merah Jambu hasil penulisannya telah banyak membantu blogger-blogger lain dalam memantapkan skill dan teknik blogging yang kuat dari segi SEO.

    Artikel-artikel yang diterbitkan di blog AhmadFaizal.com ni juga banyak pengisian yang hebat serta menarik walaupun ditulis dengan gaya yang santai dan bersahaja.

  7. Multees.com – Blog Multees.com ni antara blog yang aku paling kagumi. Pemilik blog ni dah berjaya mencipta kejayaan luar biasa melalui blog yang dikendalikannya. Selain tu, pemilik Multees.com ni juga memiliki blog-blog lain dan mempunyai pelbagai portfolio blog dalam dan luar negara.

  8. Hongkiat.com – Blog yang terkenal dengan ‘niche‘ berkaitan Design, Inspirasi dan Teknologi. Blog yang dibangunkan oleh Hongkiat Lim dari Malaysia sekarang ni dah dikenali ramai, dalam dan luar negara.

    Hongkiat.com banyak berkongsi perkara-perkara yang dicari oleh kebanyakan designer dan juga blogger seperti tutorial atau artikel berkaitan Photoshop, HTML, CSS, WordPress, Design tools, Photography, Wallpapers, Freebies dan banyak lagi.

  9. Kereta Mayat – Aku suka gaya penulisan Hamka (penulis blog Kereta Mayat) yang santai tapi penuh pengisian. Penulisan dia jenis yang berterus terang dan apa yang dia sampaikan melalui penulisan dia jelas dan senang faham.

    Pernah beli buku dia yang bertajuk “PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI”. Buku yang sangat best dibaca.

  10. Oh! Duit – Berdasarkan apa yang aku baca di blog Oh! Duit, pemiliknya banyak berkongsi pengalaman dalam bisnes online / offline, tips-tips perniagaan, SEO dan juga bisnes di Ebay yang dibuat secara Dropship. Jadi, kira power jugalah beliau ni. Layak masuk senarai Malaysia Best Blog 2015.

    Blog Oh! Duit juga adalah penyebab utama kenapa aku tulis entri Malaysia Best Blog 2015 ni. Entri ni merupakan entri penyertaan contest SEO anjuran OhDuit.com yang menawarkan hadiah lumayan. Rugi siapa tak join.

    Oleh kerana syarat yang ditetapkan perlu masukkan sekali blog penganjur dalam senarai Malaysia Best Blog 2015, aku ikut arahan je. Tak ikut arahan takut nanti penyertaan kena reject pulak. Hehe.

Contest SEO: Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 - SEO Contest

Jom sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama berupaya WANG TUNAI bernilai RIBUAN RINGGIT!

Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

31 Comments

  1. kalau tak menang pun x apa, ada backlink dari penganjur. hehe… tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. setakat ni aku nampak hasrulhassan.com. tak hairan, Pakar SEO Malaysia. :)

  2. Blog Tuan pun apa kurang hebatnya. Entry yang ditulis pun hebat dan mudah difahami.. Penulisan yang bagus. Bukan senang untuk tulis blog. Penggunaan bahasa perlu teratur dan difahami.

    Saya masih baru didalam dunia blog nie. Saya jadikan otai2 dlm blog sebagai reference.

    Thanks Tuan. Jika ada masa dan peluang, sila layari blog saya di ajusyopz.blogspot.com

  3. Apa pun blog tuan dah cukup menarik, bukan senang nak capai tahap macam ni. Walaupun banyak lagi yang perlu dipelajari, itu perkara biasa. Tahniah!

  4. …terbaik dan mantap. sokong dgn apa yg Sdr. Anarm Khairul kata kan. drpd 10 senarai
    itu tadi, ada sebanyak 8 shj saya belum singgah
    blog Anarm Net, terbaik juga bagi saya

  5. saya paling suka dengan denahati dan anarm.net.. sering kali saya berkunjung kepada kedua blog ini..dan layak keduanya menjadi top best. Itu saya kira.

  6. wah… ada blog yang saya belum jelajah lagi dan ada juga yang dah popular… heheh
    Good luck bro.

Leave a Reply to HafizulCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *