Makan Buffet Free di Eastin Hotel

Hari tu aku ditugaskan pergi sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee di Eastin Hotel Petaling Jaya sebagai media. Mulanya ingat nak merempit je pergi sana. Tapi memandangkan keadaan motor aku yang tak berapa sihat aku pon naiklah public transport.

Seronok sebab dah lama tak naik tren, tak naik bas. Dapat juga bersenam jalan kaki sambil-sambil cuci mata.

Sidang akhbar tu kalau ikut jadual mula jam 6 petang. Pukul 3 aku dah cabut keluar dari ofis takut terlambat sampai sana. Naik public transport ni yang lecehnya tak boleh nak setting masa dengan tepat. Kena pergi awal. Kalau tak memang akan ada yang sampai lewat.

Nasib baik aku sampai sana awal. Tapi bila pergi ke bilik persidangan tengok-tengok dah ramai yang berkumpul tengah menjamu selera. Rupanya diorang lagi awal.

Sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee

Lepas register nama, aku pergi melantak minuman dan makanan free yang disediakan. Lepas tu sidang akhbar pun bermula. “BLA BLA BLA BLA BLA” orang besar dok bercakap satu apa pun aku tak dengar sebab sibuk ambil gambar.

Bila rasa-rasa dah cukup banyak gambar yang aku ambil baru la aku simpan kamera dan dengar apa yang diucapkan kat depan tu.

Minum petang di Eastin Hotel

Menu Kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Selesai dengan kata-kata pembuka sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee, kitorang dibawa ke Swez Brasserie, tempat makan dalam Eastin Hotel. Part makan free nilah paling seronok sebab hidangan buffet, boleh ambil banyak-banyak makanan yang kita mampu telan.

Lepas diperkenalkan dengan menu makanan-makanan kegemaran P. Ramlee, semua wakil media dijemput mencuba sendiri makanan-makanan yang P. Ramlee suka makan tu. Tapi aku cari kopi O sejuk tak jumpa pulak. Teringat adegan dalam filem P. Ramlee kalau tak silap bertajuk “Masam Masam Manis” di mana P. Ramlee minum kopi sejuk sambil layan muzik jazz, makan pisang dan hisap rokok Lucky Strike sebelum pergi kerja.

“Kopi semalam”, kata beliau. Suasana yang cukup menyegarkan di pagi hari. Boleh cuba ni. Hehe..

Menu kegemaran Tan Sri P. Ramlee

Gambar atas ni adalah apa yang aku makan pada hari tu. Nasi, mee, lauk-pauk kegemaran P. Ramlee semua aku ambil sekaligus letak dalam pinggan. Ingat nak buat skill makan bufet tapi tak sempat sebab kesuntukan masa. Sebab tu aku ambil banyak terus. Tak payah 2-3 kali bangun pergi ambil makanan.

Memang sedap menu-menu yang dihidangkan oleh pihak Eastin Hotel sempena promosi bulan Ramadhan 2012.

Kek dan Aiskrim pencuci mulut Eastin Hotel

Kat atas ni pulak gambar kek dan aiskrim pencuci mulut yang aku makan sebelum disudahi dengan “Alhamdulillah, kenyang”. Kalau ikutkan hati nak bangun ambil lagi askrim tu tapi perut dah ketat sangat penuh dengan makanan.

Lepas siap makan, berborak-borak kejap dengan wakil-wakil media yang lain. Tepat jam 8.00 malam bersurai balik rumah. Pukul 11.00 malam jugak aku sampai rumah sebab naik public transport kan.

P/S: Artis-artis sekarang tak ada seorang pun yang dapat ganti tempat atau menandingi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kan? Beliau memang seorang yang cukup berbakat dalam lakonan, nyanyian, mencipta lagu, mengarah filem dan sebagainya. Filem-filem beliau pun banyak yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan tak macam filem-filem sekarang yang hanya sebagai hiburan semata-mata.

Semoga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertakwa.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *