Jom Pergi Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013

Sepetang Bersama Blogger 2013

UPDATE: Penyertaan telah ditutup. Seramai 137 orang blogger dah confirm akan join majlis #SBB2013 anjuran Denaihati Network (tak termasuk wakil media dari RTM, Astro Awani dan lain-lain). Jumpa di saanaa.. Semoga majlis berjalan dengan lancar.


Tinggal 5 hari lagi majlis anjuran Denaihati Network iaitu Sepetang Bersama Blogger 2013 (#SBB2013) akan diadakan. Tarikhnya adalah pada 26 Januari 2013 bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, bermula dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang. Semasa entri ni ditulis, blogger-blogger yang dah confirm datang join #SBB2013 ni adalah seramai 100 orang dan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 ni masuk adalah PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa. Cuma perlu bayar duit tambang tren, teksi, bas atau duit minyak kereta motor untuk hadir ke lokasi majlis. Lepas tu berkumpul ramai-ramai dengan rakan-rakan blogger yang lain menikmati hidangan makanan yang disediakan. Selain tu ada beberapa aktiviti menarik dalam majlis #SBB2013 nanti antaranya penyerahan hadiah kepada para pemenang contest “iPhone 5 Gadget Impian“, cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang sangat best, mini forum, dan lain-lain.

Suasana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 (Tahun Lepas)

Suasana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 (Tahun Lepas)

Bagi blogger yang rasa nak join majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 nanti, boleh contact aku melalui PM di Facebook atau DM di Twitter. Dalam PM atau DM tu hanya perlu bagi maklumat berikut:

  • Nama Penuh:
  • URL Blog:
  • Alamat Email:
  • No. Telefon:

Pihak penaja dan penganjur majlis melarang blogger bawa bersama kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah atas sebab-sebab tertentu. Hanya dibenarkan bawa pasangan atau seorang rakan blogger. Jika datang berdua, bagi jugak maklumat diri pasangan atau rakan blogger tersebut. Tarikh tutup untuk daftar penyertaan #SBB2013 adalah pada 23/1/21013 sebelum jam 11:59 malam.

Jom ramai-ramai kita meriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.

SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013 (#SBB2013)
Hotel Singgahsana Petaling Jaya
26 Januari 2013 (Sabtu)
2:00 petang – 6:00 petang

Senarai Nama Sepetang Bersama Blogger 2013

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

37 Comments

  1. tengok entri2 sahabat blogger yg lain semua best2 pasal SBB2013 ..sy je tak dapat g
    Entri terbaru di blog syaifuddin alias : Undi Syaifuddin Alias MSMW2013My Profile

  2. Dah daftar,jumpa kat sana yer :)
    Entri terbaru di blog azman : Roti Canai Gulai Kaki AyamMy Profile

  3. Segan pulak nak datanggg…
    Entri terbaru di blog AkmaOmar : Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai PengundiMy Profile

  4. Nak tahu apa komen saya pasal event ni? -,-

    Baca latest post saya :
    Entri terbaru di blog azrijohan : Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !My Profile

  5. emm harap semuanya berjalan lancar..harap sy heppy berada dalam majlis tu nanti..harap perasaan malu tu dapat dibuang jauh2…hahahaha
    Entri terbaru di blog Hafizul : Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013My Profile

  6. kalau takde aral, insyaAllah akan join majlis ni. mesti best!:-)
    Entri terbaru di blog JMR : Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013My Profile

  7. Menarik.. tapi tak dapatlah nak join sebab ada kenduri..
    Entri terbaru di blog fazdlie : Buffet RM9.80 | Makan Sampai Lebam @ Cafe RISDA Shah AlamMy Profile

  8. nampak meriah dan menarik. rugi pulak rasanya sebab tak ada kesempatan nak datang.
    Entri terbaru di blog khairil : Kisah Inspirasi Untuk Dijadikan Pengajaran: Jutawan Yang Bekerja Sebagai Tukang Cuci SekolahMy Profile

  9. Sayang sekali tak dapat turut serta sebab ada komitmen kerja,semoga majlis sepetang bersama blogger 2013 ni berjalan dengan lancar
    Entri terbaru di blog wazy : Wordless Wednesday #46My Profile

  10. Moga semuanya berjalan lancar.
    Nak jugak jumpa blogger2 otai haha.

    Maaf tak dapat join, masih belum berada di Malaysia.
    Harap2 event sebegini akan ada lagi pada tahun2 hadapan. :cool:
    Entri terbaru di blog Affan Ruslan : Masuk MajalahMy Profile

  11. Harap dapat serta bersama :)
    Entri terbaru di blog Izzuddin Fauzi : Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1My Profile

  12. jumpe kat sane nanti…
    Entri terbaru di blog Manan Qayyim : Siapa Pergi Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013My Profile

  13. sayang sekali tak dapat datang.. memang best lah siapa yang dapat pegi #SBB2013 ni.

  14. SEMOGA SUKSESS…SAYA TIDAK DAPAT HADIR ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU…
    APA KATA TAHUN DEPAN BUAT LAKS KAT MELAKA…BOLEH JOIN… :smile:

  15. tak sabar rasanya
    Entri terbaru di blog TiranaAduka : TELES – KEGEBESMy Profile

  16. Apa objektif yg boleh dicapai melalui event ni !
    Entri terbaru di blog Adam : Tips Buat Duit Di InternetMy Profile

  17. sudah register..moga semuanya berjalan lancar..nampaknya tak muat tu kalau susunan meja bulat macam tahun lepas..hehe
    Entri terbaru di blog cikgu naman : Jangan Tinggalkan Menulis Dalam Jangkamasa LamaMy Profile

  18. bestnya…
    dah register… tak sabar nak jumpa kwn2 blogger yg lain…
    Entri terbaru di blog fazrol : Umur vs pangkat dalam syarikat?My Profile

  19. Faris Al-Muhandisu says:

    berhajat sangat nak datang tapi ada perkara lain yang perlu diutamakan nampaknya. Selamat semuanya! InsyaAllah, satu masa nanti cuba untuk meluangkan masa di gathering sebegini :)
    Entri terbaru di blog Faris Al-Muhandisu : 4 Alat Penting Dalam Mengejar ImpianMy Profile

  20. ramai sangat yang datang. segan gua nak datang weh..
    Entri terbaru di blog titan : Demam pertama tahun 2013.My Profile

  21. Insyallah akan hadir untuk kali ke 2 ke majlis ini. :-)
    Entri terbaru di blog akubiomed : Badminton Terbuka Malaysia 2013 milik Lee Chong WeiMy Profile

  22. Semoga banyak blogger yang akan menghadiri majlis sepetang bersama blogger 2013 dan Insya Allah akan banyak manfaat dari pertemuan blogger tersebut.
    Hanya saja saya belum bisa bersilaturahmi menghadiri majelis yang hebat tersebut. Insya Allah bila ada masanya nanti akan bisa bersilaturahmi di lain waktu aamiin
    Entri terbaru di blog Blog Keperawatan : Tanda-Tanda PersalinanMy Profile

Trackbacks

  1. Harap Ada Peluang Bersama #SBB2013 | Izzuddin Fauzi says:

    […] ini masa untuk aku gunakan. Singgah berhenti di blog Pakcik Anarm – tajuk enteri “Jom Pergi Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013” – terus menerjah pautan dari enteri tersebut ke Pakcik […]

  2. Titaniumface.com – Ni bukan blog gua. | EarnCent.com says:

    […] tu. Sama kes macam cendol banting. Kalau gua tak cerita kat blog gua ni, TAKKAN Pakcik Denaihati, Anarm dan krew-krew mereka umpan aku dengan CENDOL untuk datang ke majlis #SBB2013 tu. Dah lebih setahun […]