Lipat Ganda Hasil Jualan Online

Pagi tadi aku pergi ke seminar anjuran JomNiaga – Triple Your Online Sales! yang diadakan di Plug & Play Technology, The Gardens, Mid Valley. Menarik apa yang dikongsikan dalam seminar tu. Tapi tak ramai yang datang walaupun percuma. Yang datang tadi kalau tak silap aku lebih kurang 15-20 orang je. Banyak seat kosong.

gobala krishnan triple online sales jomniaga

Dalam seminar “Triple Your Online Sales!” tu, Gobala Krishnan iaitu selaku pengasas JomNiaga.com telah berkongsi pengalaman dan teknik bagaimana cara melipatgandakan hasil jualan online. Selain tu juga dikongsikan cara mudah membina laman web yang berkesan memasarkan produk dan buat jualan secara online.

blogger zahari seminar jomniaga

Bro Zahari tekun mendengar Gobala Krishnan berucap kat depan

Dengan menggunakan teknik yang betul, hasil jualan dapat ditingkatkan berkali-kali ganda. Tapi nak dapatkan teknik yang betul kenalah rajin cari ilmu dan belajar daripada orang yang dah berjaya dengan teknik gandakan hasil jualan tu.

Seminar “Triple Your Online Sales!” anjuran JomNiaga.com akan diadakan lagi pada 1 Oktober 2013. Jangan ketinggalan.


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

19 Comments