Lawan Boling di Shalin’s Bowl, Space U8

Semalam aku, Jaws Ismail dan rakan sepejabat, Yusdi serta isteri dia telah turut serta dalam pertandingan boling anjuran Massa Associates Sdn Bhd yang diadakan di Shalin’s Bowl, Space U8, Shah Alam. Shalin’s Bowl ni merupakan akademi dan pusat boling yang dibuka oleh ratu boling negara iaitu Shalin Zulkifli.

Shalins Bowl Space U8

Dah lama giler rasanya aku tak main boling. Tapi masih OK lagi nampaknya skill aku sebab beberapa kali berjaya ‘strike’ jatuhkan semua pin. Bangga!

Dengan rasa perasan kacak dan penuh bergaya, kitorang lawan boling dengan beberapa team lain yang tak kurang hebatnya. Tapi team kitorang hanya mampu dapat tempat ke-9 daripada 15. Team lain lagi hebat rupanya. Tapi kira OK la sebab masih dalam Top 10. Rasa hebat sangat dah tu. Hehe..

Jaws main boling
Jaws Ismail main boling dengan penuh bergaya. Kadang-kadang penuh sopan santun.
Lawan boling di Shalins Bowl
Pemain boling hebat. Dari kiri Jaws Ismail, Anarm dan Eric Yusdi

Team kitorang yang memenangi tempat ke-9 dalam pertandingan boling ni dapat hadiah hamper penuh dengan jajan. Jaws menang hadiah cabutan bertuah. Sepanjang aku kenal dia, setiap kali ada cabutan bertuah dalam mana-mana event confirm dia akan dapat hadiah cabutan bertuah tu. Untunglah!

Anak Yusdi pula menang tempat kedua pertandingan mewarna yang turut diadakan kat situ. Tahniah!

Juara boling kategori wanita
Awek ni juara main boling kategori wanita (sorry sebab curi-curi ambil gambar)

Rupanya main boling ni boleh buat badan jadi penat sangat. Tangan pulak rasa berat semacam sampai pegang handphone pun asyik nak terlepas dari tangan. Mungkin sebab aku dah lama tak bersenam kot. Sebab tu gemok.

Sampai rumah aku terus tertidur tak sedar apa-apa dah. Cik tunang tersayang call banyak kali pun aku tak sedar walaupun bunyi ringtone kuat lagu black metal.

Satu lagi aku terlepas nak tengok bola Kelantan menang lawan Sime Darby. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada team bola Kelantan!

Pemain boling yang hebat

Agaknya kalau dianjurkan pertandingan boling di kalangan blogger seronok juga kan? Dapat tengok blogger mana terer main boling selain terer blogging depan komputer.

Hadiah Top 10 pertandingan boling
Jaws bersama hadiah tempat ke-9 pertandingan boling berupa hamper yang penuh dengan jajan

30 Comments

  1. tiap kali aku main bowling, mesti kuku ibu jari aku nie terkopek..pelik tul la

    ok la tu top 10,hehe

  2. :w00t: best jugak kalau main boling hujung minggu ni…lama sudah tak membaling bola boling ni…
    Tahniah kerana tersenarai dalam top 10 boling master :lol:

  3. Syioknya gi men bowling… :D next time aku turun KL, lerh aa pi main bowling sesama… hehehe… :D tahniah aa sebab dapat tempat ke 9 dan hadiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *