Lavender Mummy Sampai Bila Nak Menipu Orang

Tak habis lagi rupanya dia ni menipu orang. Sebelum ni dah ramai blogger dedahkan kes penipuan internet yang dia buat dengan pelbagai taktik dan ramai jugak yang dah terpedaya dengan tipu helah dia yang licik tu.

Aku start tahu tentang penipuan dia masa kes pelaburan Cheeze Maz yang melibatkan puluhan ribu ringgit. Lepas tu kes tipu tawaran kerja pengurusan email Pn Masnah.

Kes yang terbaru, si Lavender Mummy ni dengan sengaja telah melakukan satu promosi tanpa kebenaran berkaitan pengembaraan cruise bersama Ustaz Kazim Elias (UKE) yang diusahakan oleh Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd.

lavender mummy menipu program ustaz kazim elias

Kalau sekadar nak berkongsi info pengembaraan tu di dalam blog takde masalah, tapi apa yang menjadi kesalahan adalah Lavender Mummy ni telah buat satu program yang direka sendiri di mana dia mengutip wang daripada mereka yang terpedaya dengan promosi Pelayaran UKE 2.0. Kononnya bayaran tu adalah untuk t-shirt dan cenderamata khas program tersebut.

Pihak Intratama Travel juga ada mengeluarkan status di Facebook mereka berkaitan penipuan yang didakwa dilakukan oleh blogger Lavender Mummy.

Penipuan alam siber yang dilakukan oleh Lavender Mummy ni sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif dan menjejaskan kredibiliti blogger terutamanya blogger-blogger yang mencari rezeki melalui blog.

Yang aku pelik walaupun dah banyak pendedahan tentang penipuan yang dia lakukan tapi masih takde apa-apa tindakan diambil terhadap dia. Dengarnya Lavender Mummy ni pernah masuk lokap tapi dibebaskan macam tu je sebab tiada bukti kukuh atas dakwaan dia melakukan penipuan.

Harap-harap tiada sesiapa lagi terpedaya dengan tipu helah Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. dan mungkin ada banyak lagi identiti penyamaran yang digunakan untuk menipu orang ramai.

Jika ada nak buat apa-apa urusan jual beli atau pembayaran, sila google terlebih dahulu nombor akaun bank dan nama penerima untuk mengelakkan anda ditipu.

54 Comments

    • Sesiapa yg dh terkena tip oleh beliau… leave ur contact number. I will teach U how to get back ur money

  1. Ya Allah…. ada juga manusia macam ni ye… Nauzubillah… Semoga Allah beri hidayah kepadanya agar dia bertaubat dan berubah….

  2. Takutnya PG baca. Takut dan risau juga jika ada lagi yang terpedaya dengan kelicikan LM ni. Sungguh tak disangka. Moga menjadi peringatan buat mereka diluar sana.

    • Harap2 macam tu lah. Kena buat pendedahan lebih sikit tentang taktik penipuan dia ni. Takut ramai lagi kena tipu sebab kurang pendedahan.

    • Memang itu yang dia buat. Join komuniti blogger, lepas tu buat kerja menipu macam ni. Tempiasnya kena kat blogger2 lain. Burukkan nama blogger je dia ni.

  3. Kalau dia betul2 buat bisnes yang halal dan tidak menipu. Mmg boleh jadi peniaga online berjaya. Tapi sayang kebolehan tidak digunakan pada jalan yg betul.

    • Rasanya dia memang buat bisnes dulu, jual serbuk cheese. Ramai jugak beli. Tau2 lepas tu menipu orang pulak dengan pelaburan dalam bisnes serbuk cheese tu. Kalau dia teruskan rasanya boleh maju bisnes dia.

      Tapi sayang dia pilih untuk menipu orang ramai. Bisnes serbuk cheese tu sekadar umpan untuk kaut keuntungan dengan cara menipu.

  4. apa laa nak jadi dengan minah ni.. Allah bagi kebolehan tu guna la pada jalan yang betul.. ini guna untuk menipu orang pulak.. semoga dia dapat balasan yang setimpal..

  5. sepanjang membeli online tak pernah kene tipu alhamdulillah..taaapi ada satu ni saya order dari livingsocial.com belum dapat barang lagi..hopefully just lambat la..sbb try tanya kawan2 ada yang beli dengan livingsocial ni ok je..

    • Alhamdulillah, baguslah tak pernah kena tipu. Tapi tetap kena hati2 jugak ye.. Tentang LivingSocial tu, kalau barang belum dapat lagi, cuba contact / call diorang tanya tentang barang yang order tu. Saya pernah jugak beli barang kat LivingSocial. Barang ok je..

      Ni nombor phone LivingSocial.. 03-2604 5200..

  6. siapa2 yang pernah kena tipu dengan dia tu baik la bersepakat dengan UKE supaya kes2 lama dulu tu di buka semula.kalau tak memang terlepas lagi la dia ni..

    • Dia dapat banyak income dengan menipu, sebab tu dia rajin kot. Kalau tak dapat apa2 hasil mesti dia tak buat kerja2 menipu semua ni. Haha.

  7. semalam ada baca entri dalam blog dia.. cara penjelasan nampak innocent sangat LM nih…huhu.. jangan lah ada sesiapa yang terpengaruh dengan tipu helah dia lepas nih….

    • Jangan percaya sangat apa yang dia tulis. Penjelasan macam mana pun kalau orang dah pandai menipu semua benda dia boleh putar belit..

  8. Kira kebal juga sampai masuk lokap boleh kuar balik. Semoga dapat dijadikan yang benar2x kukuh untuk memberikan pengajaran kepada dia yang tidak pernah serik2x dalam dunia penipuan.

    • Tak tahu la dia ni ada ilmu kebal ke apa. Cuma berharap satu hari nanti penipuan yang dia buat selama ni akan makan diri sendiri. Masa tu tahu la nasib dia..

    • Harap2 macam tu lah. Dakwa dan kenakan tindakan berat terus. Rasa tak selamat bila ada lagi orang macam ni yang bebas menipu sana sini. Kalau bukan kita yang kena tipu, takut kawan2 atau sedara mara kita yang kena. Tu yang buat jadi risau tu.

Leave a Reply to Mohd AzuanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *