Kit Tindakan Jom Bertindak

Aku baru lepas mendaftar untuk dapatkan “Kit Tindakan Jom Bertindak” daripada Datuk Najib. Hee. Aku terbaca tentang Kit Tindakan ni di entri blog Ejam Othman. Aku tak pasti sangat benda apa Kit Tindakan ni. Dari apa yang aku baca, Kit Tindakan menyediakan kelengkapan asas bagi membantu kita bersiap sedia untuk hadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang bakal menjelang.

Kit Tindakan sempena Pilihanraya Umum

Kit Tindakan ni mengandungi satu pin kolar, sebatang pen, car sticker, beberapa keping pelekat dan satu buku panduan yang menyediakan tips-tips mudah bagi pengundi baru atau mereka yang inginkan rujukan semula.

Tips mudah bagi pengundi baru.. Bagus jugak ada benda ni. Aku pun baru tahun ni pertama kali nak mengundi. Bersemangat nih! Tapi tak tahu sangat tips-tips atau cara untuk mengundi. Ada kit panduan macam ni senang sikit nak buat rujukan.

najib razak kit tindakan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang memegang Kit Tindakan JomBertindak

kit tindakan 1malaysia

Kit Tindakan ni kita boleh dapatkan secara percuma melalui laman web 1Malaysia.com.my. Benda free kita ambil je. Tapi kena daftar dulu. Nanti Datuk Najib akan hantarkan Kit Tindakan ke alamat yang kita daftar kot. Tunggu jela…

Harap-harap Kit Tindakan ni tak dimuatkan unsur-unsur fitnah dan tohmahan seperti kata bro Ejam kerana masyarakat sekarang dah boring dengan perkara-perkara macam tu.


24 Comments

  1. says

    Salam,

    Ada juga tengok berita tentang ni 2-3 hari lepas, nak pi isi form lah…comel plak pen tu hahaha.

    Tak sabar nak mengundi, maklumlah tak pernah nak mengundi sebelum ni, rasa bersalah sangat abaikan tanggungjawab pada negara -..-”
    Entri terbaru di blog yanmie : Bila Anak Kena Demam Chicken PoxMy Profile

    • says

      Waalaikumussalam.. Saya daftar Kit Tindakan pun sebab nak pen tu.. Comel je.. Hehe..

      Saya dah lama daftar mengundi tapi tak pernah mengundi jugak.. Harap2 kali ni dapat laksanakan tanggungjawab pada negara untuk pilih pemimpin..
      Entri terbaru di blog Anarm : Kit Tindakan Jom BertindakMy Profile

Trackbacks