Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex

Anarm.Net dan webhosting Cubiex

Tadi aku renew domain Anarm.Net ni yang dari dulu sampai sekarang berada di server Cubiex.com. Berkenalan dengan Cubiex ternyata memuaskan hati aku. Walaupun dulu ada sedikit isu berhubung datacenter Anarm.Net yang menyebabkan ramai mengadu cakap blog aku ni susah nak masuk, lambat loading la, slow nak mampos la, Anarm hensem dan sebagainya sebab dok kat datacenter US, tapi berjaya diselesaikan dengan pantas oleh pihak Cubiex (aku tak adu kat Cubiex sebab aku tak reti, tapi diorang usha pulak luahan aku kat blog. Terbaik! Dan aku malu sendiri. Huhuu). Daripada datacenter di US, kini Anarm.Net berada di datacenter Malaysia, tanah air tercinta. Keh3.. Jutaan terima kasih kepada Cubiex.com.

Imbas kembali saat pertama kali aku pasang niat nak gunakan hosting dan domain berbayar. Kebetulan terbaca Cubiex punya thread kat forum Sifoo.com. Time tu pengetahuan aku tentang hosting berbayar boleh dikatakan ZERO! KOSONG! Aku baca thread tu tapi tak faham. Aku tak pernah tau ‘hosting’ dan ‘domain’ tu binatang apa. Nak tanya orang, segan. Bagi aku, kalau nak tanya apa-apa pastikan buat research dulu baru la boleh tanya benda-benda yang kita tak faham. Kalau tanya benda yang kita tak tau langsung, orang terangkan pon dah tentu kita susah nak faham sebab benda baru kan. So, kena la buat research dulu. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit ilmu tentang sesuatu benda tu bagi memudahkan kita faham bila orang explain kat kita. (apa aku merepek ayat berbelit-belit ni?)

Domain yang pertama aku langgan (bersama hosting) dengan Cubiex adalah Sagitaurus.com iaitu hasil gabungan zodiak aku dan awek aku, @surayasagi sebab dia suka baca tentang zodiak. Cuba teka zodiak aku apa? Haha.. Time tu, blog aku guna subdomain je. Beberapa bulan kemudian, baru la blog Anarm.Net muncul membuat onar kat dunia blogger yang penuh warna-warni ni. Domain Sagitaurus.com aku serahkan bulat-bulat dengan hakmilik 100% kepada awek aku untuk dia tulis apa-apa yang dia rasa nak tulis, dan nak merepek-repek kat situ.

Cubiex Hosting Plans

 
Aku ada beberapa projek (blog) yang menggunakan webhosting lain tapi sekarang ni webhosting tu kerap timbul masalah yang menyakitkan hati. 1st time bermasalah tu ok la. 2nd time pon ok lagi. Masuk kali ketiga dan seterusnya, amarah dah mula naik sampai hujung kepala. Sekarang dah nekad nak berpindah ke webhosting yang stabil. Tapi memandangkan aku tak pernah menggunakan webhosting yang dikatakan bagus oleh beberapa orang blogger terkenal, aku fikir lebih baik aku teruskan setia dengan Cubiex sebab aku dah merasai servis yang Cubiex bagi. Dah malas dah nak layan masalah berkait dengan webhosting. Banyak lagi benda lain aku nak kena buat.

Sekarang ni pon blog projek aku tu masih belum dapat diakses sebab masalah pada server. Harap-harap jangan ada data-data yang terhilang time proses baikpulih tu dah la. Macam blog Tuan Zulseffort, habis entri dan komen kat blog dia dah hilang. Erkkk~ Pengajaran kat situ, rajin-rajin la buat backup ye. Huhuu..

Bila sebut Cubiex, aku rasa mungkin tak ramai yang tau kewujudan webhosting ni. Tak kisah la.. Walau apa pun, bagi aku Cubiex tetap yang terbaik! Siapa nak cuba try test pakai hosting Cubiex, boleh rujuk web rasminya di http://www.cubiex.com.

Kalau korang rasa Cubiex tak best, aku sanggup berdiri pakai tangan, jalan keliling dunia. Boleh aku cipta rekod dunia. Kah kah kah..
 

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


95 Comments

  1. pakngah says:

    cubiex hr pertama dh problem..nk dpt akaun baru pon kena tggu smpai 4 hari..lmbat btol la cubiex creat akaun..customer service diorang mmg lambat..

  2. cubiex ni smart, tp blog still setahun jagung. trafik pun x ok lg. nnt dah ok blh la guna. =)
    Entri terbaru di blog geekz36 : Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 SahajaMy Profile

  3. cubiex is the best web hosting.Really helpful and consistent!!Web hosting ni punya customer service memang bagus..apa je persoalan, dpt diselesaikan dan laju.harga reasonable.I akan continue for incoming years.

  4. Salam Anarm,

    tok sebenarnya dah merantau banyak host dlm M’sia ni – drp Sepaku, Jomhosting, Cubiex sampailah ke Mercumaya, Mesra dan Jomlahost. Baca gak review dlm webhosting review site…mcm2 ada +ve, ada -ve. Last2 tok landing kat tnnhost. xtahu pasal apa, mungkin sbb masa tu tertarik dgn promo 1 price for 2 years, lalu tok belilah yg 3GB pakej dgn harga rm40 utk 2 tahun. So far okaylah! 1 blog tok http://panduanpercuma.info dah hampir masuk 8 bulan – xdak problem, respons agak pantas gak (tok biasa mesej dan ym aje). Bila tok banyak guna resources, dia alih blog tok kat server yang kurang klien dan dia benarkan tok gunakan server resources.

    yg best tu, bila let’s say ada server maintenence nak kena buat buat, dan mungkin makan masa agak lama (1/2 hari atau lebih), tok request utk letakkan blog tok kat server lain, dia org pindahkan- tinggal tok cuma pointkan domain tok kpd Nameserver (ns) yg baru.. boleh katakan realible gaklah so far…tok belanggan 1 lg pakej RM100 utk 100GB (2 tahun gak) – taruk domain tokjogho.com dan 2 addon domain lain. alhamdulillah so far ok lg…sorilah kalu panjang citer nyer..sbb nak citer pengalaman aje…xdak promo2!!
    .-= Post terbaru Tok Jogho di blog beliau.. Susahke Nak Berhenti Merokok? =-.

  5. sama la kita guna cubiex. mantap! …setakat ni la hehe
    .-= Post terbaru zaryl di blog beliau.. 404 Error Pages, Make It Useful =-.

    • @zaryl: pakai cubiex gak ke? huhu.. alhamdulillah server kita takde buat apa2 perangai yg tak diingini.. hehe

  6. saya baru minggu lepas renew domain [mohdnadri.com] dgn datakl utk tahun ke-2. so far xde major problem dgn datakl..tp downgrade kpd package yg murah sikit psal isi kandungan yg tak terlalu heavy…
    .-= Post terbaru Nadri di blog beliau.. SEMBANG MALAM JUMAAT: Kisah Ulama & Pramugari =-.

  7. AyieBlog says:

    salam,anarm ayie ada terpikir nak pakai domain + hostin sendiri anarm rasa hosting or mana2 yang tahu hosting murah,stabil :P bagi tahulah ayie melalui e-mail sabhialif@frenzyfm.my.. :blush:

    • @AyieBlog: hosting murah? huhu.. fobia aku dgn perkataan tu.. hehe..
      hosting yg stabil ni biasanye tak murah dan tak mahal sgt.. kira semua org mampu milik laa.. tp ade jugak yg mahal tak hingat.. mungkin sbb nk duit wat bayar gaji pekerja..

      setakat ni yg aku nmpk kt blog2, ramai yg rekemen hosting mcm Cubiex (ni aku rekemen), Fivio, Serverfreak, DataKL, Internet-Webhosting, NetKL, Jomhosting, Exabytes, SealServer, Namsahaz.. bleh la cuba2 tgk pakej yg diorang bagi.. pilih la yg mane berkenan.. jgn lupa tanye pendapat blogger2 lain.. :happy:

      • AyieBlog says:

        @Anarm, fobia?? adess bukan murah sangatlah kalau dalam RM200 kebawah sekali dengan domain kira oklah anarm,just nak guna untuk paham coding laman + untuk personal berblogging yang merapu dan merabang :) lagi satu anarm kan kalau ayie nak beli domian + hostinglah cara pembayaran banking duit leh ker?? :D,budak baru nak belajar beli domain + hosting :blush:

        • @AyieBlog: RM200 tu kalau servisnya tip top takpe laa.. hehe.. tp ade je yg lagi murah.. ape2 pon kene survey btol2 dulu seblom langgan.. tanye jugak dgn blogger2 lain yg ni elok ke tak, yg tu elok ke tak.. bg aku, cubiex dh ckup menepati cita rasa aku.. aku bayar dlm RM90 je setahun (hosting+domain)..

          nak langgan hosting bleh je bayar pkai online banking, pkai mesin ATM ke, credit card ke, yg penting pembayaran tu sampai kat akaun pihak hosting provider tu..

  8. den tak pernah lagi beli apa2 drpada Cubiex ni..
    rasa nak try jugak lah.. kau dah try datakl lom?

    • @Richie: datakl aku tak penah try lagi.. kawan2 ramai gak yg ckp datakl bagus.. mungkin akan datang aku cuba try test.. harap2 tak macam encik paku.. :whistle:

      • @Anarm, haha.. encik paku tu apa? sepaku?

        dataKL mmg terbaik.. aku guna dataKL..

        cuba try test -> tiga2 ni sama maksud.. haha

        • @Richie: apa lagi kalau bukan encik paku yg tu.. hehe..
          nanti la kalo ade side project2 ape2 ke, aku cuba try test datakl plak..

  9. blog aku slalu je ada masalah..aku ingt nk pindah server lah.. klo kita tranfer domain ke server lain macam mane ek..? kita kena backup and letak kt server baru sendiri ke camne..?

    • @broSKL: rasanye hosting provider bleh uruskan proses transfer tu.. cuma utk domain, ko kene bg EPP Code, baru diorang bleh transfer.. kalau tak tau EPP Code, try ko tanye hosting ko pkai skrg..

  10. AkuTypo says:

    salam anarm….
    maaf la kalau aku bertanya. Aku baru nak belajar guna WP ni. Ada niat nak guna hosting sendiri. Skrg ni bljr2 guna dgn hosting dan domain percuma je..

    Yang percuma ni ada bandwith 20GB je… diskspace 5632MB je..
    kalau berbayar, plan plg murah akn dapat unlimited diskspace, bandwidth 250GB sebulan, free domain…yg lain mcm biasa.. dpt 20 addon domain, sub-domain 20, 100 email, MySQL 20, cPanel, fantastico, setup free. Hrganya USD35.88 setahun.

    Kalau plan mcm ni, ok tak? Maaf la…aku mmg jahil psl domain dn hosting… pernah beli dulu tapi terkontang mcm tu je… :biggrin:
    .-= Post terbaru AkuTypo di blog beliau.. Ouch!!!! Sakitnya….!!! =-.

    • @AkuTypo: bab harga tu tak tau nk ckp ape sbb harga hosting2 memang lain2.. ada murah ada mahal walaupun specs lebih kurang sama.. bandwidth 20GB dgn space 5GB tu utk permulaan rasanye dh lebih dr cukup.. bg aku, bandwidth lg penting drpd disk space..

      20 addons domain, subdomain, email, mysql, ape sume tu kalo rasa dh mencukupi kehendak, kira ok la.. kena tau gak tentang downtime & uptime bg hosting tu, takut2 nanti web takleh akses je.. sekuriti pon penting, support after sales pon penting jugak.. apa2 hal jgn lupa baca terma syarat hosting tu kot2 ade bende2 yg ko nak tau ke, then bleh cuba contact hosting provider utk tanye direct dgn diorang..

  11. oh, cubiex ni feymes weh… adik aku pun tau… hahaha… :biggrin:
    .-= Post terbaru Pisyek di blog beliau.. Pengklonan menggunakan Photoshop CS3 =-.

  12. next step, aku nak try cubiex plak ah. pakej agak mnarik :ninja:
    .-= Post terbaru naz di blog beliau.. Memperkenalkan : Fuzzey – Gazet Media Sosial Anda =-.

  13. Extremist Thinker says:

    utk menjadi beloger ganah… demo keno baco belog kawe. haha!
    .-= Post terbaru Extremist Thinker di blog beliau.. Menjadi Beloger Sukses =-.

  14. Klau kdg2 jer ada problem tu biasala.. Nothing is perfect.. Server pun kdg2 kena restart/rehat.. Tapi kalau byk sgt problem mmg aku suggest cabut lari siap2 sbelum data loss.. Aku penah kena sbelum ni.. :pinch:
    .-= Post terbaru kertaz di blog beliau.. Selamat Tinggal Kucing.. =-.

  15. Cubiex ni antara hosting yang saya “usha” semasa di awal pemilihan web hosting. Ternyata hosting “Sepak Aku” mengalami pelbagai komen negatif dari client :lol:

  16. JB Cool says:

    oooo… first time dengar cubiex ni. Kitorang pun tengah survey hosting2 provider ni.
    Anyway, kalau dah ok stick to it sahaja. Selagi tak memeningkan tak perlu pindah-pindah.
    .-= Post terbaru JB Cool di blog beliau.. 300 riders competing in 1Malaysia race =-.

  17. aku suka serverfreak… dah 2 blog aku register ngan dorang. mmg terbaikla.. servis tip top. :D
    .-= Post terbaru Amir di blog beliau.. Winter Trip: Kembara di Canberra =-.

  18. Mr.kroit says:

    Terbaik Wok teruskan, aku pon nk renewal Domain ngan Hosting ni :lol:
    .-= Post terbaru Mr.kroit di blog beliau.. Wau TM buat Kejutan =-.

  19. pernah terfikir nak menapak kat cubiex ni.. tp bila nengok pakej yg depa tawarkan dengan beberapa blog aku yg dah dipakejkan, takde yg sesuai.. btw, kalau ada blog baru yg aku nak buat nanti, maybe cubiex ni boleh dipertimbangkan utk percubaan. huhu..

  20. baru ja sewa domain dan hosting dr fivio.
    lepas ni nak setup wordpress la plak.
    cubiex tu sever kat us ek?
    .-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

  21. tak tau nk komen ape.. tak reti bende hosting2 ni.. tau guna wordpress je.. hehe :tongue:
    .-= Post terbaru Suraya di blog beliau.. Dairi seorang lelaki =-.

  22. laju gak eh load bila dah guna cubiex ni :biggrin:
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable =-.

  23. cubiex.. nie nak bayar pakai debit card boleh???
    .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek =-.

  24. Setakat ni aku rasa Cubiex ni ok sebab tak banyak problem.. Pasal yang blog ko dekat US datacenter tu aku rasa maybe diorang letak sana sebab server MY dah pack/full kot.. Btw aku tengok pakej diorang pun ok, x nampak macam overselling.. :pinch:

    • @kertaz: zaman blog ni kat datacenter kat US tu dah lama berlalu.. dulu aku pon tak tau bende2 camtu.. nasib baik korang2 yg dh expert tolong.. huhuu..

  25. Bgus la tu mari support bumiputra punya hosting (yg stabil) :)
    .-= Post terbaru Nikuve di blog beliau.. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 =-.

  26. salam anarm,

    saya masa mula2 guna hosting xtau mana yang ok..men sapu je..hehe pada muka asik down je, sebulan guna x tahan terus tukar ke fivio, guna sampai sekarang…hehee

    pssttt!!! rasanya ramai yg tau hosting mana saya maksudkan :lol: :lol:

    • @yanmie: bagus la kalau dah ok dah sekarang ni..
      yg penting kita jangan upload bende2 yg dilarang kt hosting.. :wink:

  27. sian kat TT, den tak pernah la lagi jadik gitu walaupun dah banyak kali server tu down ahak ahak(visitor tak ramai so x beri effect sgt la ahak). Ade den denga pasal cubiex nie… mungkin akan cuba pula hosting nie kot pada masa akan datang.

    Stakat ni, dah 3 hosting den guna(pertama under reseller-kali pertama guna hosting berbayar so tak tau ape2, x sampai 3 bln akaun si reseller tu kiok so termasuk ngan akaun den kena skali la. Bila minta kebenaran hosting tu utk dapatkan file-file den-masa ni x guna DB semata-mata PHP+file based, tak boleh la pulak sbb security reason T-T… dah la refund takde file pun ilang ahaks sadis)

    Yg 2nd nie murah nyer hosting dan tempatan lagi(bajet nie :P), kerap kali la down dan ade skali tu wordpress den kena hack abih kuar muka tengkorak ngan bendera turki… So skang nie hosting tu just tuk wat backup and tempat belajar apa yg patut ja-abih den install dan uninstall mcm2 :P.

    Yg ke3 nie nampak reliable sket dan yg penting pree :P(sampai bulan 6 nie ja ahaks)

    Tapi tu la kalau x cuba dan x merasa kita tak tau ye dak

    • @zonIRC: btol tu.. tak cuba sendiri, kita takkan tau hosting tu ok ke tak..
      blog ko kene hack dgn turki ke? hohoo.. penah gak tengok yg tengkorak gambar bendera turki tu..
      blog ko power kot sbb tu diorang try main geli2 skit.. keh3

      • @Anarm, hahah power mana bro… blog tu takde pengunjung pun sbb masa tu baru nak test2 mencuba wordpress then terus kena HEK ahak… tp sampai skang x tau camne depa HEK blog tu… masa tu penin pala x tau nak wat ape den uninstall ja WP :) sampai la duk main install uninstall :P

  28. Stargone says:

    Cubiex ni biasa jugak aku tengok dipromosikan kat forum forum malaysia terutama forum webmaster. servisnya aku tak tahu sebab tak pernah menggunakannya. Tak kira mana mana webhosting pun yang dilanggan, pastikan ada buat backup sendiri dan tidak bergantung kepada automatic backup oleh server.
    .-= Post terbaru Stargone di blog beliau.. Kadar Cas Baru Hotlink Youth Club =-.

    • @Stargone: yup.. aku memang ada buat backup sendiri.. jangan terlalu bergantung dengan server.. diorang ada byk blog nk kene uruskan.. hehe

  29. MASOKIS says:

    hmmmm, banyak betul lelongan hosting…
    isk kena buka syarikat host server ni…
    nak kena tempah blade la…. ke3 :ninja:
    .-= Post terbaru MASOKIS di blog beliau.. Langkah-langkah installasi windows 7 ke dalam komputer =-.

  30. syahzul says:

    baru baru ni terjadi masalah pada portal joomla-my.org di mana database kami hilang tanpa kesan huhu.. abis data dari august 2009 sampai february 2010. tu pun nasib baik ada backup kat pc.

    moral of the story: kena backup selalu database tak kira pakai web hosting mana sekali pun (peringatan untuk diri sendiri juga)

  31. hosting ada harga murah. namun perkidmatan. amat lemah. ini tak sedap badan ni.
    berat lagi hati memandang. berat pelawat sakit mata. mana blog kamu ni. hehehe………

    setakat cuma ada satu blog ada masalah.yang lain stabil je. tu pun guna baitulbytes.

  32. samanosuke_04 says:

    cubiex? hoho, dah banyak webhosting kat m’sia nie senanye.. yang nie aku tak penah dengar.. yang slalu dengar adalah fivio ngan sempoihosting, sepaku gak, netkl.. tue jer…
    .-= Post terbaru samanosuke_04 di blog beliau.. PascaSPM ingin menguasai ‘tudung’ dan ‘pencuci muka’! =-.

    • @samanosuke_04: cubiex ni yg aku perasan die byk buka thread kat forum2.. aku langgan dulu pon melalui forum.. dpt free domain sbb time tu ade offer..

  33. Fazreen says:

    masalah hosting di Malaysia berada pada tahap tidak memuaskan..

  34. Sebelum ni aku tak penah tau pasal cubiex ni. Tapi beberapa bulan lepas, cubiex atau sesapa cuba untuk spam kat blog aku. Promote hosting dkt ruangan komen blog aku. dah la entry takde kaitan apa2. nampak gila sampah mcm spammer lain. gila tak professional. aku hantar email warning dan komplen, takde sikit pon mintak maaf atau apa2. so pada aku, company yg guna cara sampah untuk promote adalah company yg takkan maju. 1st time aku jumpa company hosting malaysia buat spam macam tu.
    .-= Post terbaru mrkay di blog beliau.. Tips Keselamatan Blog =-.

    • @mrkay: huhu.. yg tu aku no komen.. kena pihak yg bertanggungjawab yg setelkan.. aku sebagai pengguna je.. yg penting, takde masalah dekat aku.. :happy:

  35. ajar kawe tukar hosting..xpndai..cubiex brape klu tukar???tweetz kawe..tkt kawe x prase komen kat sni..huhuhu
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook =-.

    • @apiih: kawe pon x pasti.. 1st time nok tukar ni.. keno contact cubiex dulu la tanyo apo2 yg patut.. huhu

  36. wniizzati says:

    anarm, pakai backup plugin wordpress
    .-= Post terbaru wniizzati di blog beliau.. wniizzati: Kisah ati n Google :D RT @anarmnetwork: Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex http://goo.gl/XzkS =-.

  37. InfoPerisian says:

    infoperisian.com turut menyokong penggunaan cubiex hosting…hosting mampu milik kelas sederhana.
    .-= Post terbaru InfoPerisian di blog beliau.. My Diary v4.5 =-.

  38. Frantz-Senpai says:

    dulu aku pun pernah gak pakai hosting murahan lagi bangang.. pastu dengan nekad yang ada pada diri aku, aku terus maju dan beralih kepada fivio kerana “terbaca” promosi kat blog roslan nazri~

    • @Frantz-Senpai: aku pon ada fikir nk pindahkan blog kt hosting bangang tu ke fivio.. tp ada terbaca tentang masalah apa ntah, kat twitter.. lupa plak aku.. last2, amik keputusan nanti nk pindah ke cubiex jela.. setakat ni takde sebarang masalah..

      • Frantz-Senpai says:

        @Anarm: alhamdulillah, sodap btol park bawah fivio.. sblom aku beli, aku tepon dulu bro fadhlullah (fivio admin), cakap dulu, borak2 dulu.. aku cakap la aku nie nak migrate, pastuh dapat satu lagi promotion..

        aku dpt migrate free ke fivio.. just bayar domain je RM20.. nasihat aku, tepon dulu, konfemkan dulu baru beli..
        .-= Post terbaru Frantz-Senpai di blog beliau.. MyBB ease of use =-.

  39. MrRollies says:

    hmm…
    cam best je :p

  40. aku jugak yang merana tak sudah. haha

    • @zaiMi: ko pon pkai sepaku gak ke? jom la berpindah.. huhuu

      • @Anarm, terpikir gak nak pindah. tapi bila baca blog orang lain yang ada masalah masa pindah hosting macam seram pun ada.

        • @zaiMi: kalau buat dengan betol, takde masalah kot.. mintak tolong hosting provider buatkan la.

        • @zaiMi, xsusah la wei,aku buat senang giler.xsampai 3 jam da siap da..dulu aku pungune sepaku gak.tapi
          selalu down.tu yang aku terus tukar ke DataKL..
          kalau kau nak tukar hosting ckpla kat aku.aku leh guide kan..
          kau tukar hosting je.domain stay je kat sepaku.Orang Datakl ckp ok je klu buat cmtu.
          tukar hosting rm70 je,xde mahal sgt,tp berbaloi ooo :biggrin:

  41. oh!dawie says:

    aku pon guna sepaku gk..hehe..seb bek komen jer ilang..sbb aku jrg update blog..aku dh gune plugins utk spam tu..tp br install arini..xtau pe respons nye..

  42. kak jie pn baru tau gak gusip org lelaki nie..hehehe
    kejap lagi habislah sekg tau..makcik2 dah dtg :p

    mula2 blog sama juga, guna webhosting yg entah apa2..down manjang
    6 bulan je bertahan terus tukar serverfreak sampai la ni
    dah dpt komisen pn
    .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Pening – Loya – Mabuk – Muntah =-.

    • @Kujie: bestnye dpt komisen.. hehe..

      hosting ni 1st time beli time baru2 nak belajar selok belok blog.. nasib baik tak tersalah pilih..
      kira ok jugak la hosting ni.. cuma hosting yg ‘tu’ je bermasalah skit.. niatnye nak try servis dr hosting lain,
      tp servis macam tu pulak yg ‘hosting’ tu bagi.. dh amik keputusan, nk transfer ke hosting yg pkai ni..
      under one roof, senang nk manage.. :tongue:

  43. la… baru aku tau bro dgn kak Surayasagi tu couple… haha… padahal tiap2 ari bro tweet sdg dating dgn surayasagi… erk!… komen tiada kaitan dgn entri, hehe… aku tak pakai WP, sbb tu x tau menahu sangat… :happy:
    .-= Post terbaru Daus di blog beliau.. Lock Folder Tanpa Menggunakan Sebarang Software =-.

  44. aku tak de mslh dengan hosting sekarang, tapi dia just trima kad kredit ataupun paypal je.. kad debit aku ada problem… tak terbayar lah nampak gayanya.. mati aku.. :cwy:
    .-= Post terbaru izzat aziz di blog beliau.. 10 Cara Mudah Untuk Hilangkan Gemuruh =-.

    • @izzat aziz: mintak pinjam kad debit/paypal org lain takleh ke? pastu ko bayar la balik kat org tu.. hehe :tongue:

  45. terima kasih bagi ‘pautan kasih-sayang’ – memang pengajaran lah..

    1. selalu backup blog
    2. tukar hosting yang lagi stabil

    haha.. betul anarm.net di dah makin laju untuk akses. barulah aku selesa untuk mengomen. :D
    .-= Post terbaru zuls di blog beliau.. Hosting sepaku problem, Komen dan Post hilang =-.

Trackbacks

  1. yashygsempoi says:

    RT @anarmnetwork: Blog post: Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex http://bit.ly/dCcB8F RT

  2. RT @anarmnetwork: Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex http://gengblogger.com/read/44077