Kertas Iklan Rosakkan Cermin Kereta

Sakit hati betul rasanya waktu balik kerja semalam bila tengok cermin kereta kotor teruk akibat flyer atau kertas iklan yang diletak di cermin depan kereta. Diorang ni tak reti nak berfikir ke apa? Atau akal fikiran tu dah berpindah pergi ke tumit kaki? Ada ke diletaknya kertas iklan kat cermin kereta. Dah la petang tu hujan. Kertas iklan basah, memang teruk habis melekat sisa kertas kat cermin depan kereta aku.

flyer iklan cavenzi rosakkan cermin kereta

Aku tak kisah korang nak edar flyer ke apa ke untuk iklan tapi agak-agak la sampai bertindak selit kertas iklan tu kat wiper kereta. Comot dah cermin kereta aku. Bukan setakat cermin je tapi wiper pun kena sekali. Macam ni boleh rosak wiper kereta aku. Hadoiiii.. Bodo betul. Sebelum ni pun ada juga kertas iklan yang jenis guna gam. Yang tu lagi bangang.

Kertas Iklan Tinggal Kesan Kotor Pada Cermin Kereta

Marah punya pasal aku terlupa nak ambil gambar lepas aku cabut kertas iklan Cavenzi tu. Memang banyak gila melekat sisa kertas putih-putih kat cermin kereta time tu. Dah la susah nak hilangkan sampai mengganggu penglihatan aku semasa drive. Kereta-kereta lain yang parking depan ofis aku pun kena jugak.

Sampai rumah semalam aku cuba hilangkan kesan kertas yang melekat kat cermin kereta aku tapi masih ada yang tak tertanggal. Rasanya nak kena tuntut ganti rugi dengan Cavenzi.

Iklan Online di Internet

Zaman sekarang ni iklan banyak dah guna cara online. Guna internet. Flyer atau segala macam jenis kertas iklan tu dah tak berapa memberi kesan sangat. Orang tengok sekejap je lepas tu buang sebab kebanyakannya adalah iklan yang merepek – iklan pinjam wang along, iklan ‘ubat kuat’, iklan mintak balik hutang cara halus, iklan tikam nombor ekor mintak nombor dengan sami siam, dan macam-macam lagilah.

Cuba tukar cara beriklan guna internet. Orang tengok pun tak sakit hati. Kalau iklan tu merepek boleh terus tekan pangkah kat browser. Bumi pun tak tercemar dengan sampah sarap kertas.

Beriklan lah secara berhemah. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Ada akal fikiran, guna. Bukan diletak kat tumit kaki…

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

22 Comments

  1. Tak beragak betul diorang ni… Tak kira tempat dah nak letak iklan. Yang merananya kita jugak.
    Jom baca entri terbaru di blog Hazmin Hamudin – Salleh Stall Mee Udang Port WeldMy Profile

  2. satu perkataan untuk mereka…MANGKAQ
    Jom baca entri terbaru di blog staibaqhang – Sunrise Jambatan Kedua Pulau PinangMy Profile

  3. kalau saman? iskh ape la mereka ni.. ada akai ke takde akai… hope lepas ni mereka lebihkan berfikir skit
    Jom baca entri terbaru di blog Datin Tyka – Kurang Cemerlang Dalam SPMMy Profile

  4. kat dalam bakul motorsikal saya pun dorang sumbat flyers iklan ni.. :angry:
    Jom baca entri terbaru di blog Mus – Gambar Instagram – Mainan Anak Si UltramanMy Profile

  5. Sampai guna gam lekat iklan..ini..tak..tak..bole ni bro..di Sabah dorang tak berani buat gitu,cuma letak/sisip di cermin atau di wiper jer….
    Jom baca entri terbaru di blog galut – Khasiat Minyak Kelapa DaraMy Profile

  6. slalu gak kena, dn kebanyakan nya pasal pinjaman along..
    nk marah pn xguna..
    Jom baca entri terbaru di blog zul – Tips to Prevent Overheating on LaptopMy Profile

  7. betul tu bro..save the tree..ko saman balik awek seksi yang letak kertas tu..mintak dia cuci kereta skali..haha..kikis guna pisau la bro..tapi jangan tekan kuat..slow2 je.
    Jom baca entri terbaru di blog hafizrahim – Axiata Cup – Up Your GameMy Profile

  8. peh besarnye…sampai melekat
    Jom baca entri terbaru di blog Shahrul – Mencari Pengganti untuk Google Reader?My Profile

  9. pernah kena dulu camni, geram sungguh, kalau ada nmpk tengah letak iklan mau kena terajang dah…
    Jom baca entri terbaru di blog auc – Ada Apa 1 Minit di Internet?My Profile

  10. Oneblogsocial says:

    Kalau dah macam ini apalah boleh dikata,dalam hati kecil hanya boleh berkata mereka ini sedang mencari “makan”
    Jom baca entri terbaru di blog Oneblogsocial – HtaccessMy Profile

  11. Memang payah hendak buat kertas iklan yang melekat pada cermin kereta.
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Wordless Wednesday – Tribute Lahad DatuMy Profile

  12. Kalau sampai jadi macam tu, memang sangat menyusahkan! :angry:
    Jom baca entri terbaru di blog anif – Mancis Cap Lada – Wordless Wednesday #75My Profile

  13. Itu la dugaan pengguna kereta he..23x sabaq ek.. wiper if parking try angkat dia..
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Mati Pucuk Jika Isteri Bergaji LebihMy Profile

  14. Teruk jugakan sampai bleh mekat…..
    Jom baca entri terbaru di blog Manan Qayyim – Gigi Geraham Bongsu, Perlukah Dicabut?My Profile

  15. ada yang pakai gam jugak ke? lagi parah kalo macam tu.. hehehe
    Jom baca entri terbaru di blog KiD – Oh My English! Musim Kedua di Astro TVIQ dan Mustika HDMy Profile

  16. nyusahkan orang siot.
    Jom baca entri terbaru di blog noktahhitam – Nuffnang Credit Card Design CompetitionMy Profile

  17. sabar ajelah wehh..doakan diorang tergolong dikalangan orang-orang yang solehhh..
    Jom baca entri terbaru di blog titan – 8 Teknik AJAIB untuk buat Sales.My Profile

  18. saya pernah kena begini…iklan ‘along’ melekat kat cermin keter bila hujan sampaikan my hubby tanya kenapa cermin keter macam tu…geram betul…sekarang kalau saya tengok iklan kat wiper cermin keter, saya dah buangkan sambil dalam hati marah…..geram betulll…
    Jom baca entri terbaru di blog Sukma – Segmen Nabeel Fikree Mencari BloglistMy Profile

  19. marah juga kalau mcm nie
    Jom baca entri terbaru di blog Faizalpj – TravelEurope London part 2 : Menjejak Kaki Di LondonMy Profile