Kerja Selenggara Bekalan Kuasa

Blog ni baru pulih daripada masalah server down. Terima kasih kepada pihak Cubiex Webhosting kerana telah berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah ini semalam.

Minta maaf banyak-banyak kepada semua pelawat di atas ketidakboleh-akses-san (apa punya bahasa) blog ni buat sementara waktu.

Kerja-kerja Penyelenggaraan Bekalan Kuasa

Gangguan Bekalan Kuasa Di Pusat Operasi JARING

Server down berlaku akibat kerja penyelenggaraan bekalan kuasa di Pusat Operasi Rangkaian JARING.

Kerja penyelenggaraan tersebut menyebabkan beberapa server Cubiex mengalami masalah power failure.

cubiex server webhosting

Selama lebih kurang 3 tahun aku menggunakan hosting Cubiex, yang ni merupakan kali kedua Cubiex mengalami masalah server down yang lama.

Tapi tempoh server down yang sebelum ni lagi lama berbanding yang berlaku semalam.

Seingat aku, server down sebelum ni diakibatkan salah laku pengguna shared hosting Cubiex itu sendiri. Langgar terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, terima kasih sekali lagi kepada pihak Cubiex Webhosting kerana telah berjaya menyelesaikan masalah server down kali ni.

Syabas diucapkan! Teruskan perkhidmatan anda yang superb tu ye.

12 Comments

  1. Cubiex ni best. Jarang sangat dorang down. Cuma beberapa hari lepas je ada problem skit. Tp da ok dah.. Tq cubiex. :D

    • @FD, hahaha.. setukul hosting hidup lagi sekarang.. member aku ade guna.. dia guna takde masalah plak.. setukul jaga customer2 dia yang tertentu je kot.. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *