Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 (PRU13)

Alhamdulillah dah jalankan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia (PRU13) semalam. Aku mengundi di Perak. Undi kali pertama dalam sejarah hidup aku. Best jugak pergi mengundi boleh tengok awek. Cuma penat menunggu sebab ramai sangat orang.

Pilihan Raya akan datang dah tau dah macam mana nak elak daripada menunggu lama. Kena pergi sebelah petang, orang dah tak ramai time tu. Mungkin sebab semua dah pergi beratur kat tempat claim duit balik mengundi.

dakwat kekal pru13 di jari kiri

Gambar jari aku lepas dicalit dakwat kekal, tapi tak kekal pun sebab basuh dengan sabun basuh pinggan Axion je dah boleh hilang. Ditambah dengan sabun basuh baju Daia, terus hilang semua kesan calitan dakwat yang busuk baunya. Tapi tengok TV3 malam tadi orang yang kena interview bagitau dakwat memang susah nak tanggal. Rasa nak tergelak. Hehe..

Pergi mengundi semalam beratur dekat sejam lebih. Dengan cuaca panas pulak tu. Abang aku jugak best dia pergi mengundi sebelah petang. Tak sampai setengah jam kot tiba-tiba dah terpacak dalam rumah dah siap mengundi. Kalau aku tau takdenya aku nak pergi tercongok kat pusat mengundi tu pagi-pagi. Huh!

Pukul 5:00 petang semalam semua pusat mengundi ditutup secara rasmi. Rugi la siapa yang tak mengundi. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 pun dah diketahui.

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13

keputusan rasmi pru13 malaysia

Parlimen

BN
PR
LAIN-LAIN
133
89
0

* 222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds

Dewan Undangan Negeri

 
BN
PR
LAIN-LAIN
Perlis (15)
13
2
0
Kedah (36)
21
15
0
Penang (40)
10
30
0
Perak (59)
31
28
0
Kelantan (45)
12
33
0
Terengganu (32)
17
15
0
Pahang (42)
30
12
0
Selangor (56)
12
44
0
N. Sembilan (36)
22
14
0
Melaka (28)
21
7
0
Johor (56)
38
18
0
Sabah (60)
42
12
0

* Nombor dalam kurungan menunjukkan jumlah keseluruhan kerusi

Kerusi-Kerusi Undangan Terhangat

Shah Alam
PAS won by 10,000 votes
Pasir Mas
PAS won by 8,047 votes
Pekan
BN wins
Lumut
PKR wins by almost 5k votes
Kota Raja
PAS wins by 30k votes
Lembah Pantai
PKR wins by 1,860 votes
Bandar Tun Razak
PKR wins by over 10k votes
Putrajaya
BN wins by 5,438 majority
Seremban
DAP wins by 11,553
Segamat
BN wins by 1204
Pulai
BN wins
Gelang Patah
DAP wins by 16,868 votes
Kluang
DAP wins by over 7k votes
Keningau
Pairin wins battle of brothers again
Sibu
DAP wins by 2,759 votes
Saratok
BN wins by 2,081 votes

Nampaknya BN menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Harap-harap keputusan yang dipilih oleh rakyat adalah betul. Semoga BN akan memerintah negara Malaysia ni dengan sebaik mungkin, dengan penuh adil dan saksama. Tahniah BN! Tahniah Najib!

bn menang pru13 najib razak

Untuk Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang rasmi boleh lihat melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) / MyUndi / MalaysiaKini.


15 Comments

  1. says

    Kagum dengan golongan veteran dengan sabar beratur panjang di saluran 2. Orang muda rata-rata merungut bermacam-macam walhal hanya mengundi sekali setiap 5 tahun.

    Semalam saya keluar agak lewat dan selesai mengundi tidak sampai 5 minit pun. Ibu saya masih lagi beratur menunggu giliran untuk mengundi.

    Pendapat saya mengenai dakwat kekal yang dikatakan kekal tidak mempengaruhi undi ia sekadar untuk membeza yang sudah membuang undi atau belum.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Sudah terlambat untuk mengundi PRU13My Profile

    • says

      Betul tu.. Cuma dakwat tu tak seperti apa yang diberitahu.. Katanya akan kekal dijari selama beberapa hari tapi basuh kejap je dah boleh hilang.. Jumlah wang yg diguna utk beli dakwat kekal tu pulak harga juta2 tapi kualiti macam dakwat biasa.. Mungkin kos dia tak sampai juta2, yang selebihnya masuk kocek sendiri.. Wallahua’lam..

      Apa2 pun, tahniah lah untuk BN sebab menang.. Harap2 Malaysia lebih berjaya dalam masa 5 tahun ni di bawah pucuk pimpinan BN..
      Entri terbaru di blog Anarm : Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 (PRU13)My Profile