Keputusan Pemenang DiGi WWWOW Awards 2013

Siang tadi telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan DiGi WWWOW Awards 2013. Acara DiGi WWWOW Awards tu disiarkan secara LIVE di YouTube, dan ada juga disiarkan melalui laman web DiGi WWWOW – http://wwwow.my.

nabil sazzy falak digi wwwow awards 2013

Pengacara majlis penyampaian hadiah DiGi WWWOW Awards 2013 ialah Nabil dan Sazzy Falak. Ada juga persembahan daripada artis Hujan, Go Gerila, monoloQue, Johan Raja Lawak dan juga artis-artis lain.

gogerila monoloque digi wwwow awards

Aku rasa macam hambar sikit DiGi WWWOW Awards kali ni. Jadi taktau nak cerita apa lagi terus tengok jela siapa pemenang anugerah DiGi WWWOW Awards bagi tahun 2013.

Pemenang DiGi WWWOW Awards 2013

Pemenang-pemenangnya adalah……..

  • Blogger of The Year by Nuffnang
    IRINE NADIA – irinenadia.blogspot.com
     
  • Shorty Blogger of The Year by ChurpChurp
    JUSTIN TAN WEI JIN – twitter.com/typicalmsian
     
  • Fave Entertainment Blog by MSN
    MOHD IDRIS BIN ISMAIL – kakigosip.com
     
  • Fave Tech Head by Lowyat.net
    ARIF ISHAK – mrpiratz.com
     
  • Online Shop of the Year by Mudah.my
    ARTHUR LOH DIEN LUN – pestlemortarclothing.com
     
  • Fave Video of The Year by SAYS
    MAT LUTHFI – youtube.com/user/matluthfi90
     
  • Most Inspiring Internet for Good Award by Innity
    HEIDY QUAH – fb.com/refugefortherefugees
     
  • Top Online Over-Achiever Under 16 by IACT
    RUTH KEZIA HOPE a/p MUTHU – ruthkeziahopemuthu.wordpress.com
     
  • App of The Year by InMobi
    AMOK : The Villain Heroes – teratotech.com/amok
     
  • PhotoStory of The Year by Yahoo!
    RONAN TAN : The Colour of My Heart – instagram.com/ron_gf
     
  • Breakthrough Youtube Star by Google
    AMRITA SOON – youtube.com/user/AmritaSoon
     
  • Social Media Gathering of The Year by Malaysiakini
    CYRIL DASON : TweetUp Kuching 2012 – twtupkch.com
     
  • Fave Makan-Makan Expert by Nuffnang
    TEO CHEE SENG : EpicMakan Time The Curryseum – youtu.be/kCFola2yivU
     
  • People’s Choice Award by DiGi/Astro
    MYHAZMAN.COM
     
  • Best of The Best by DiGi/Astro
    MAT LUTHFI

Gambar Pemenang DiGi WWWOW Awards 2013

blogger of the year digi wwwow awards

shorty blogger of the year digi wwwow

fave entertainment blog digi wwwow

fave tech head digi wwwow

online shop of the year digi wwwow

most inspiring internet for good digi wwwow awards

top online over-achiever under 16 digi wwwow awards

app of the year digi wwwow awards

photostory of the year digi wwwow awards

breakthrough youtube star digi wwwow awards

fave makan makan expert digi wwwow awards

Ada beberapa scene bagi hadiah aku tak sempat nak buat screenshot. LIVE streaming DiGi WWWOW Awards 2013 melalui YouTube agak menghampakan sebab ada masa-masa tertentu tiba-tiba video sangkut walaupun time tu aku online guna internet UniFi. Lepas tu tinggal nak bagi hadiah untuk 2 kategori lagi tiba-tiba video streaming ada masalah teknikal pulak. Terus aku tutup browser.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang DiGi WWWOW Awards 2013. Mereka yang takde rezeki menang tahun ni mungkin boleh cuba lagi tahun depan.


42 Comments

  1. centraniaga says

    Sebuah pengiktirafan buah dari usaha yang tak kenal lelah dari para pemenang….

    Tahniah….

  2. says

    aik, MrPiratz jadi top 3 runner up bersama dengan Amanz serta Keith Rozario masa DiGi Wwwow Awards 2012. Kali ni dia jadi pemenang pula.. Yang menang pun kroni-kroni Amanz juga.. nampaknya gitulah.

  3. hasrulhassan says

    Irene memang sbb mungkin ada supprt dari rakan blogger dan fans dia yang ramai selain dari hubby dia yang juga Photographer dan blogger, selain daripada sedara mara, malah adik beradik sepupu sepapat lain yang juga blogger. Jadi dari segi support Irene Nadia memang sukar digugatlah.

    Mat Lutfi dari dulu dah top dengan video. Tak perlu nak diperkenalkan tetapi ada je blogger lama yang tak kenal siapa dia, sbb tak tgk sangat video2 ni.

    MrPiratz tahu wujud blog ni…. rasanya pernah interaksi dalam dunia blog.

    Gossip .. hmm dah tua2 ni … dah jarang nak angkat gossip .. muda2 dulu mungkinlah.

    Yang lain aku tak berapa perasan sangat.

    Tahniah buat mereka yang dah menang. Ramai yang keluh sbb ada blog kegemaran mereka tak menang tapi kena ingat .. anda gemar dan suka, takkan sama dengan kegemaran dan kesukaan orang lain. Anda nampak hanya apa yang anda ingin nampak, dan bukan nampak dari segi orang lain nampak. :)

  4. hasrulhassan says

    As-Salam… 3 daripada ramai ni aku kenal … dan pernah singgah blog dan komen kat blog aku. Keputusan yang mungkin agak mengejutkan tetapi pada pendapat aku, masing-masing ada kelebihan sendiri. Yang menang telah pun menang.