Kenapa Blogger Perlu Ada Akaun PayPal

Tutorial Buka Akaun PayPal

Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahu tak apa itu Paypal dan kenapa ramai orang cakap kita perlu ada akaun PayPal? Untuk pengetahuan semua, PayPal boleh diumpamakan sebagai sebuah “bank online” dalam rangkaian internet. PayPal banyak digunakan untuk membuat pembayaran dan penerimaan wang secara online di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kini PayPal menjadi sistem pembayaran online yang terkenal dan terbesar di dunia.

PayPal is the safer, easier way to pay and get paid online. The service allows anyone to pay in any way they prefer, including through credit cards, bank accounts, PayPal Smart Connect or account balances, without sharing financial information.

Aku rasa setiap blogger atau pengguna internet mesti ada akaun Paypal. Memudahkan kita menjual dan membeli belah secara online. Kadang-kadang aku tengok sesetengah barang lebih murah dijual di kedai-kedai online luar negara. Aku pernah beli wallet berharga $10 (RM30) dari US. Di pasaran Malaysia jenis wallet yang sama aku tengok harganya lebih kurang RM50 hingga RM60. Kenapa perlu bayar lebih?

Bagi blogger pula, ramai yang cakap domain dan hosting di Malaysia ni mahal. Tak mampu nak bayar. Dah tu, cari la domain dan hosting dengan syarikat luar negara. Ada yang jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kenapa perlu bayar lebih? Untuk bayar boleh guna akaun Paypal sebab syarikat luar negara majoritinya ada sediakan sistem pembayaran melalui PayPal.

Cashout duit Gushcloud melalui PayPal

Cara Buka Akaun PayPal

Langkah pertama, buka laman web PayPal dan tekan pada link “Sign Up”. Kemudian korang akan dibawa ke satu halaman yang memaparkan antaramuka seperti berikut:

Cara Daftar akaun PayPal

Di sini korang perlu buat pilihan jenis akaun PayPal yang sesuai dengan korang. Setiap jenis akaun ada perbezaannya. Tapi aku recommend daftar akaun PayPal jenis “Premier” untuk rasa lebih best. Yang mana dah ada akaun Personal tu boleh upgrade bila-bila masa.

  • Personal – Untuk membeli belah secara online.
  • Premier – Untuk perniagaan secara perseorangan yang melibatkan urusan menjual dan membeli secara online.
  • Business – Untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat.

Kemudian korang boleh teruskan langkah-langkah pendaftaran dengan mengisi borang. Isi borang selengkapnya dengan maklumat-maklumat yang diminta. Bila tiba di langkah yang memerlukan korang buat pengesahan akaun menggunakan kad kredit/kad debit, korang boleh skip proses tu (boleh buat lain kali) dan terus ke dasboard akaun PayPal yang dah siap register.

Cara Verify Akaun PayPal

Bagi akaun yang belum buat pengesahan, perkataan “Unverified” akan terpapar di bahagian status akaun. Bagi akaun yang dah buat pengesahan dengan kad kredit/kad debit ianya akan dipaparkan status “Verified”.

PayPal yang dah verify

Untuk verify akaun PayPal, korang perlu ada kad kredit atau paling busuk pun kad debit. Ada akaun Maybank? Kalau ada tapi masih guna kad Maybank yang biasa, boleh upgrade kad Maybank korang tu jadi kad debit. Kemudian verify PayPal dengan kad debit Maybank.

Bila dah ada akaun PayPal yang dah verified, bolehlah korang shopping online sesuka hati. Untuk mereka yang guna bank selain Maybank aku tak berapa pasti macam mana cara untuk verify PayPal sebab dulu aku guna kad debit Maybank je. Tapi rasanya kad debit bank lain pun dah boleh guna untuk verify akaun PayPal. Try Google dulu. Apa-apa masalah boleh tanya di bahagian komen ye.

Rating: 4.5

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


34 Comments

  1. klu kita nak guna kad kredit suami contohnya boleh x dalam paypal ni?

  2. nk tanya sikit kalau buka personal account blh tak dpt transfer payment dari org lain? account personal cuma boleh beli saja ke? tak blh dpt money from org lain ke account kite?

  3. kalau gne nickname wat akaun boleh kew…
    & kalau nk tukar nama dalam akaun boleh ke kalau nama lain…
    tq

  4. Salam..nk tye..akaun paypal ni mmg free ke klu nk bkak akaun??

    Ni ke kad debit maybank

    klu dh bkak akaun paypal ni..wit dlm maybank 2 msuk dlm paypal ke or akaun paypal 0?

  5. gogongepenk says:

    verify akun paypal juga sangat mudah dengan debit kad RHB
    Entri terbaru di blog gogongepenk : Pentingnya mendaftarkan blog ke technoratiMy Profile

  6. mohon share :) sy akan letak link blog anda untuk blogger ke sini

  7. Aank Budi Santoso says:

    mas kalo verifikasi pake bank lokal apa bisa untuk transaksi pake pembayaran dollar?
    Soalnya di situ ditulis “All transaction are in your local currency ( must use indonesian rupiah”
    Ato pembayaran dari luar negeri langsung di convert ke Rupiah?

  8. .bro,kalau sy tkde kad debit or kredit,still boleh bwt lg kn paypal account?tp bole shopping gne paypal x?kalau ad duit dlm paypal yg x verified lg,x lesap kn slagi sy blum verified paypal ni?pning la.

  9. dzuandiey says:

    ada akaun maybank..boleh la try..haha.. :cheerful:

    Entri terbaru di blog dzuandiey : [Tips] Bila Berhenti Di Lampu IsyaratMy Profile

  10. maxis pon leh topup akaun paypal kan??
    Entri terbaru di blog Jebeng Otai™ : Stamina Motorola Razr Droid MaxxMy Profile

  11. Wah tapi saya belum punya akun bank ataupun kartu kredit bagaimana dong?

  12. OrangAkaun says:

    buat masa ni aku lom jumpa full tuts paypal dalam bahasa melayu..kalau step by step untuk noobie sedap gak weh..keke
    Entri terbaru di blog OrangAkaun : Angry Woman’s Road Rage In BrazilMy Profile

  13. W.HabibuRahman says:

    saya kanak-kanak lagi,masih belum cukup umurnya untuk membukak akun paypal…hoho
    Entri terbaru di blog W.HabibuRahman : Menangi Hadiah RM1000 Dari PTSMy Profile

  14. ohcikgu says:

    banyaknya duit dalam akaun paypal dia.. :happy:
    Entri terbaru di blog ohcikgu : Super Spontan – Daphne Iking turut serta dalam rancangan baru Astro – 30 Mac 2012My Profile

  15. Sudah lama ada akaun PayPal tetapinya duit tidak ada. :-)
    Entri terbaru di blog akubiomed : Doktor tolong selamatkan burung sayaMy Profile

  16. Banyak kelebihan ada Paypal ni,terutama macam kita ni sebagai blogger,macam-macam boleh buat guna Paypal :biggrin:
    Entri terbaru di blog wazy : Kalau Dahi Tak Mencecah SejadahMy Profile

  17. wajib ada maa..rugi takde akaun paypal. haha.. :devil:
    Entri terbaru di blog titan : Komisen pertama dari MonavieMy Profile

  18. terima kasih atas info ni.. Sy mang tertanya2 kperluan paypal ni dan cara daftarnya serta tahap keselamatan bershopping secara on9..

  19. Dulu, saya verify guna kad debit ja. kad debit public bank. :cheerful:
    Entri terbaru di blog Naziman : Drama 2012 ‘King 2 Heart’My Profile

  20. dah cuba cimb pun boleh jugak :cheerful:
    Entri terbaru di blog auc dot com : Asal Perisian TiruanMy Profile

  21. cantik, nak buat tapi tak reti..haha
    plus aku pun tak de account maybank, nampak gaya kena bukak satu la..
    dah tu, duit dia transfer ke akaun paypal ke? atau sebaliknya…………
    dan ada imbuhan ke simpan dalam paypal ni..kehkeh noob bertanya
    Entri terbaru di blog syahrilhafiz : I Love You, Thesis?My Profile

Trackbacks

  1. […] Debit Card, COD atau online banking seperti Maybank2U, CIMB Clicks dan lain-lain. Bayar menggunakan PayPal pun […]

  2. [...] ke Namecheap sebab ada promosi transfer domain USD $1 time tu. Lebih kurang RM3 je dan bayar guna PayPal. Web hosting pulak sebelum pindah blog ke hosting Serverfreak aku pernah cuba guna web hosting luar [...]