Kelas Junior dan Master WordPress Terakhir Akademi Denaihati

Hari ni Kelas Master WordPress sedang berjalan di Akademi Denaihati (pejabat Denaihati Network) di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Semalam dah selesai Kelas Junior WordPress. Alhamdulillah, Kelas Junior berjalan dengan lancar dan sukses.

Kelas Junior WordPress anjuran Akademi Denaihati

Suasana semasa Kelas Junior WordPress dijalankan di Akademi Denaihati

Untuk pengetahuan semua, Kelas Junior dan Master WordPress bulan Disember 2013 ni merupakan kelas terakhir anjuran Akademi Denaihati. Tahun depan kelas dihentikan untuk memberi laluan dan fokus kepada projek terbaru Denaihati Network.

Ramai juga rakan blogger dan orang baru nak belajar WordPress yang tak berkesempatan join Kelas Belajar WordPress ni. Banyak permintaan supaya diadakan lagi kelas untuk tahun 2014. Buat masa sekarang Denaihati Network belum buat sebarang keputusan berkaitan permintaan ramai tu.

Belajar WordPress bersama blogger Shakiddo

Eizil - Food Blogger Melayu Popular

Makan tengahari bersama Eizil, pakar blog WordPress

Sohoque kongsi ilmu dan pengalaman

Peserta Kelas WordPress Junior Akademi Denaihati

Peserta Kelas Junior WordPress yang hadir semalam. Terima kasih kepada “Macha Hebat” (peserta Master Class sebelum ni) sebab sudi datang berkongsi ilmu dan pengalaman

WordPress Master Class Disember 2013

Sekarang ni peserta WordPress Master Class sedang tekun belajar ilmu WordPress peringkat lanjutan. Peserta kelas master hari ni ialah Melastik Bintang dan Nur Istimewa. Sepatutnya ada seorang lagi peserta tapi tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Subjek paling menarik yang diajar dalam Kelas Master WordPress ni semestinya SEO. Bro Eizil mengajar ilmu SEO dengan lebih mendalam dan lebih jelas lagi selain diajar cara selenggara blog WordPress, jaga sekuriti blog WordPress, cara membina jenama blog, dan lain-lain.

Kelas Master WordPress anjuran Akademi Denaihati

Peserta Kelas Master WordPress sesi Disember 2013 (Kedit gambar: Shakiddo.com)

Lepas habis kelas master ni pelajar akan diserap masuk ke group pelajar Master Class Akademi Denaihati yang diberi nama #TeamWork. Nampaknya projek #TeamWork akan jadi lebih menarik dengan kehadiran ahli baru.

Tahun 2014 nanti InsyaAllah geng #TeamWork akan sama-sama laksanakan setiap perancangan yang akan membantu tingkatkan prestasi blog masing-masing dan mencapai impian yang diidam-idamkan.

Update: WordPress Master Class Akademi Denaihati pun berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah..

Pelajar Master Class WordPress Akademi Denaihati

Gambar bersama Pelajar WordPress Master Class Akademi Denaihati sesi terakhir (Disember 2013)

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

21 Comments

  1. sayang sudah berakhir ya akadema blogging ini, moga aja ntar diadakan lagi untuk membantu orang2 yang pengen terjun didunia blogging
    Jom baca entri terbaru di blog fauzie – How To Choose And Select The Right WordPress Themes For Your BlogMy Profile

  2. Sangat bagus join kelas sebegini. Selain dapat mendalamkan ilmu perserta juga dapat bersuai kenal antara satu sama lain. Merapatkan ukhwah sesama insan.

  3. Jadi tidak sabar nie kira2 project dari teamwork-nya apa ya…
    Selamat ya buat Denaihati yang telah sukses dengan kelas Wpnya
    Jom baca entri terbaru di blog Rina – List Of CSS & jQuery Animation Effect Website For Design InspirationMy Profile

  4. wah nampak seru ni kelasnya, moga lain waktu bisa ikut join disana..
    Jom baca entri terbaru di blog 52ask.net – Designing an Elegant Home OfficeMy Profile

  5. nampak macam best je nak join..tapi masa tu masih belum ada nak pergi..kot ada 2014 nanti..Insyallah join..:D
    Jom baca entri terbaru di blog reezluv – Cabaran 2014My Profile

  6. Dashyat blogger sekarang. Makin maju ke hadapan. Tahniah buat korang. :)

  7. Maaf tak dapat nak turut serta kali ini.
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Antara Gadis Pilihan Dan Jejaka PilihanMy Profile

  8. semua dok pakai baju blog sendiri gayanya ni..
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Jangan kerja lewat malam.My Profile

  9. menarik, teringin nak join tapi apa boleh buat, jauh sangat huhuhu..
    Jom baca entri terbaru di blog fahmimustakim – Pengalaman Menggunakan iPhone 5SMy Profile

  10. memang ada niat nak join kelas ni..tapi disebabkan ada anak kecil yang perlu dibawa, rasanya tak sesuai untuk join kelas2 yang macam ni..tak boleh nak fokus nanti..
    Jom baca entri terbaru di blog Mama I.A – Coaching Bersama Mommy Lyna, Pemilik Mysuperkids.NetMy Profile

  11. Kalau ada kelas serupa ini melalui online bagus juga yer!

  12. ousama-sweets.com says:

    Tahniah ! semoga yang sudah join semakin maju… :)
    Jom baca entri terbaru di blog ousama-sweets.com – Hot deals on tabletsMy Profile

  13. kelas terakhir ehh..
    Jom baca entri terbaru di blog ohcikgu – Kita yang kawal kehidupan kita. Bukan “HARGA”.My Profile

  14. Terakhir dah.. semoga info yang dikongsikan digunakan dengan sebaiknya.
    Jom baca entri terbaru di blog Bahrain – Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  15. Sesi terakhir kelas master wordpress..welcome on board dua team member baru. Tahun depan bleh start enjin dah ni.
    Jom baca entri terbaru di blog Hafiz Rahim – Tip Penjimatan Tarif Elektrik Baru 2014My Profile

  16. Rugi aku tak dapat join kelas – kelas ni disebabkan kekangan masa.
    Jom baca entri terbaru di blog Fadhil – Misi TercapaiMy Profile

  17. Kelas macam ni memang perlu utk blogger baru dan blogger lama
    Jom baca entri terbaru di blog MrJocko – Giveaway Fridge Magnet TaiwanMy Profile

  18. tahniah pada yg join.. ! bleh slow2 buat blog hebat laa depa nii.. mantopp