Jom Aktifkan Mykad

Jom aktifkan Mykad“, kata kawan aku beberapa tahun lalu. Masa tu aku tak pernah dengar tentang aktifkan mykad dan untuk tujuan apa. Jadi, aku malas sangat nak layan dan malas nak ambil tahu.

Beberapa hari lepas aku keluar jumpa dengan pelanggan simkad ONEXOX yang aku jual. Tengah rancak berborak tiba-tiba keluar topik tentang aktifkan Mykad. Aku terus tanya dia lebih lanjut memandangkan dia macam tahu banyak tentang hal nak aktifkan Mykad ni.

Rupanya-rupanya benda yang sama macam kawan aku ajak dulu – “Jom Aktifkan Mykad“.

Jom Aktifkan Mykad

Mungkin ramai lagi yang masih tak tahu Mykad atau Kad Pengenalan kita boleh dijadikan sebagai Kad Diskaun / Kad Ganjaran semasa membeli-belah. Lepas tu boleh dapat hadiah melalui mata ganjaran yang terkumpul. Menarik kan? Aku pun baru tahu.

Tapi, nak dapatkan fungsi Mykad sebagai kad diskaun tu kena lah aktifkan Mykad dulu.

Aktifkan Mykad Untuk Diskaun dan Ganjaran Membeli-Belah

Tujuan aktifkan Mykad ni adalah untuk program ‘Mykad Smart Shopper’ yang merupakan satu program affiliate terkini yang bergerak di bawah rangkaian Affiliate Junction. Program yang dibangunkan secara istimewa ini khusus untuk rakyat Malaysia.

Program Mykad Smart Shopper diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berstatus MSC di Malaysia serta mendapat sokongan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Matlamat program ni adalah untuk menawarkan diskaun istimewa kepada pengguna dan juga peruncit.

Membeli belah dengan Mykad Smart Shopper

Tahukah anda Mykad kita sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi kegunaan bukan hanya sebagai kad pengenalan diri, malah boleh digunakan untuk lesen memandu, passport, kad ATM, Touch N’ Go, kad diskaun, loyalti dan lain-lain.

Mykad Smart Shopper adalah aplikasi Mykad yang ke-50. Jom aktifkan Mykad anda.

Kelebihan MyKad Smart Shopper

Antara kelebihan yang boleh kita dapat daripada Program Mykad Smart Shopper ni adalah seperti berikut:

  • Pengaktifan MyKad untuk jadi Kad Diskaun adalah PERCUMA.
  • Tiada yuran tahunan dikenakan seumur hidup.
  • Tak perlu bawa kad tambahan, hanya tunjukkan Mykad saja.
  • Dapat mata ganjaran yang tiada tempoh luput.
  • Dapat tebus hadiah daripada syarikat berdasarkan mata ganjaran terkumpul.
  • Aplikasi Mykad Smart shopper dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat dalam program ini.

Jom aktifkan Mykad anda sekarang untuk menikmati pelbagai diskaun yang tersedia melalui program MyKad Smart Shopper. Untuk aktifkan Mykad boleh buat secara online melalui laman web www.aktifmykad.com.

Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad

Jom Aktifkan Mykad - Contest SEO

Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com

26 Comments

  1. Salam buat Anarm, apa khabar sekarang. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Jom sama-sama pakat aktifkan mykad dan ikiti program mykad smart shopper. Semoga berjaya dengan Contest SEO Jom Aktifkan mykad.

  2. Memang bagus kalau All in 1 dibuat penggunaan MyKad ni, tapi kena selalu beringat la sebab kalau hilang, habis semua….

  3. aku pernah dengar jugak benda ni.. macam best jer.. aku nak try lah.. aktifkan mykad tu free je kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *