Email Yahoo Diserang Jin Pakai Toncit

Minggu lepas Yahoo! Mail aku kena serang dengan Jin Pakai Toncit. Aku ternampak email notification di browser aku ada lebih kurang 1,000++ email. Rasa pelik jugak sebab biasa paling banyak pun ada berpuluh-puluh email je lepas tu aku terus clearkan. Tak pernah lagi dalam masa 1 hari aku terima 1,000 email. Aku bukan glamer pun macam blogger glamer tu sampai orang nak hantar 1,000 email kat aku.

yahoo mail spammer

Ada 1 email aku dapat daripada Kakak aku dia tanya “Virus ke ni??” Dia reply selepas terima email daripada aku yang mengandungi link agak mencurigakan. Bila tengok banyak giler email MAILER-DAEMON, aku syak mesti akaun email aku ni dah hantar banyak email tanpa kawalan. Kena hack dengan spammer kot, atau mungkin jugak virus!

MAILER-DAEMON ni biasanya email yang tak lepas nak hantar kepada seseorang. Dia akan patah balik ke inbox penghantar email. Entah berapa banyak email spam dah dihantar guna alamat Yahoo mail aku.

link spamming email

Link mencurigakan dihantar oleh Jin Pakai Toncit (link dia panjang lagi sebenarnya)

Kepada rakan-rakan yang ada terima email mengarut daripada aku, minta maaf banyak-banyak. Kalau email tu mengandungi link, tolong jangan klik link tersebut untuk keselamatan! Email tu sebenarnya bukan aku yang hantar. Jin pakai toncit yang hantar. Aku minta maaf sekali lagi.

Yahoo! Mail ni dah lama sebenarnya aku tak guna tapi aku masih buka setiap hari tengok email-email yang masuk. Kebanyakannya adalah email daripada spammer yang rajin mempromosi produk kuat tenaga batin, pil viagra, barang baik, dan lain-lain. Aku tak layan pun sebab aku dah ‘kuat’. Haha.

p/s: Lebih suka gunakan Gmail daripada Yahoo! mail..


31 Comments

  1. says

    hahahaha…ni jin toncit kampung mana pulak ni serang email bro ni…

    macam2 email masuk kat kotak yahooo..ada yg pakai nama gadis2 utk perangkap org2 “kuat” macam kita…hahahhaha

  2. Faris Al-Muhandisu says

    pernah kena tp pakai gmail la dulu. hack kot psl habis paswed sume depa tukar. xleh masuk kejap. hacker tu siap mintak duit lg drp email list. haha
    Entri terbaru di blog Faris Al-Muhandisu : Demam CrepeMy Profile