Menjamu Selera di Rumah Makan Cibiuk

Tengahari semalam aku bersama geng Al Ansar Group makan tengahari di Rumah Makan Cibiuk yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Makan tengahari beramai-ramai dibuat sempena menyambut ulangtahun kelahiran 3 orang serentak orang kuat syarikat.

Di samping tu, disekalikan dengan jamuan perpisahan awek praktikal. Lepas ni ofis kitorang dah takde awek dah sebagai penyeri. Semua lelaki je. Huhu..

geng al ansar group

Happy Birthday dan Selamat Hari Lahir kepada Tuan Yusdi, Tuan Denaihati dan Tuan Bakhtiar. Semoga Allah melimpahkan rahmat, dicukupkan usia untuk melakukan ibadah, diberi perlindungan dan keselamatan, memperoleh rezeki yang luas, dan semoga tercapai apa yang dicinta dan yang dicitakan. Aamiinn…

sambut hari lahir di rumah makan cibiuk kajang

Makanan di Rumah Makan Cibiuk tu boleh tahan juga sedapnya. Sampai tak larat nak habiskan semua makanan yang diorder. Tukang order takut tak cukup makanan, rupanya apa yang diorder dah terlebih cukup untuk semua orang. Makanan yang tak habis dimakan semalam bungkus bawa balik ofis.

ikan talapia rumah makan cibiuk

Menu ikan di Rumah Makan Cibiuk yang aku cukup suka. Rasa ikan dia memang sedap. Meratah ikan ni pun best jugak..

ikan keli rumah makan cibiuk

menu rumah makan cibiuk

Sayur dan sambal dia pun sedap. Aku yang tak suka makan sayur ni pun entah macam mana boleh layan pulak makan sayur kat Rumah Makan Cibiuk.

Menu Pisang berkeju pun sedap dan enak. Cuma tak boleh makan banyak. Aku makan 2 ketul je kot lepas tu dah rasa muak tak boleh nak masuk mulut dah.

air rumah makan cibiuk kajang

Bagi aku makanan di Rumah Makan Cibiuk sedap dan sesuai dengan citarasa tekak aku. Aku bagi 4/5 bintang untuk Rumah Makan Cibiuk.

Lokasi Rumah Makan Cibiuk ni pun strategik. Kedai corner lot yang mengadap lebuhraya. Senang nak keluar masuk singgah untuk makan-makan.

rumah makan cibiuk taman putra kajang

RUMAH MAKAN CIBIUK MALAYSIA
No. 1-G, JALAN PUTRA 6, TAMAN PUTRA KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR

Facebook : facebook.com/RumahMakanCibiukMalaysia
Website : cibiukmalaysia.blogspot.com @ cibiuk.my

Selamat Menikmati Makanan Asli Sunda

36 Comments

  1. Hehehe..kenapa tak selitkan sekali muka awek praktikal tu anarm..hehe..semoga dimurahkan rezeki selalu buat mereka yang diraikan tu..

  2. hamboi ..merasa dalam anak tekak ni ..dah telan ayo liur da..huhu..
    sedapnya..nyum3 ..selamat menjamu selera bro

  3. Begitu terbaca judul artikel ini di FB, ada nama yang tak asing bagi saya yaitu CIBIUK.
    Begitu membaca seluruh artikelnya, ternyata persis dengan dugaan saya ini adalah Rumah Makan Khas Sunda. :smile:

      • Saya tak asing dengan nama CIBIUK, karena nama tersebut berasal dari bahasa Sunda dan saya asli orang Sunda :smile:

        Makanan Sunda memang enak2 bro :smile:

      • Wahh, seronoknya makan ya. ;)

        Nak tanya saudara, makanan disana berapa harganya?

        Berpatutan atau mahal sangat?..

        Teringin nak kesana. ;)

        • Harga makanan dia standard macam kedai2 makan yang lain.. Memang berpatutan.. Bukan dalam kategori makanan yg mahal sangat..

  4. Tuan Bakhtiar tu satu kelas ngan gua masa study di KL dulu.

    bila tengok gambar baru ingat kembali.

    kirim kat dia nanti Bro

    • Tu la pasal.. Aku try rasa je sayur dia, sedap pulak.. Yang terpacak tu pisang goreng bersalut keju dengan coklat cair.. Memang sedap tapi cepat muak.. Muak sebab ada keju kot..

Leave a Reply to AnarmCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *